Ketuk ketampi? Budak-budak tadika ngan citer Labu Labi bolehla bang...
Sesiapa pun mesti pernah kena denda atau cikgu bagi hukuman kalau kita buat salah. Ini sebenarnya adalah satu perkara biasa semasa menempuh alam persekolahan. Tapi bagi aku, hukuman kat sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju 1 (SKWM1) adalah hukuman yang paling unik dan takkan dapat dilupakan sama sekali. Ada antaranya memang tak pernah terfikir dek akal. Maka aku mengesahkan cikgu-cikgu aku dulu sebagai cikgu yang kreatif dalam bab-bab menghukum. Antara hukuman-hukuman yang masih segar dalam ingatan :
1. TAK SIAP KERJA CUTI SEKOLAH : Semua beratur panjang, orang depan gantung papan tanda bertulis "SAYA PEMALAS. SAYA TIDAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH" pastu beratur macam ular masuk semua kelas daripada kelas darjah 1 sampai darjah 6 untuk perkenalkan group pemalas ni. Yang paling malu for sure orang depan sekali. Siapa belakang-belakang boleh menyorok muka siap gelak-gelak.
2. TAK HAFAL SIFIR : Pergi hafal sifir kat groundfloor sekolah sambil gigit pensel 2B. Sebelum tu salam perkenalan dulu... satu kelas kena berdiri atas kerusi bergelek sambil nyanyi lagu 'Sumba Gelek-Gelek'!
3. KENA TANGKAP MAIN-MAIN DALAM SURAU : Hukuman dia kena solat dalam kelas orang tengah belajar. Dengan khusyuknya dia solat sebab tau akan kena bedal lepas tu. Masa kat surau tak nak pulak dia khusyuk ye tak?
4. KENA TANGKAP KOYAK BUKU LATIHAN BUAT KERETA THUNDERCAT NGAN HELIKOPTER AIRWOLF : Hukumannya buat 500 buah setiap satu pakai kertas. Each made separately. Sebelum balik sekolah kena tunjuk kat cikgu. Huuu... jenuh bang buat ngan tak cukup masa lagi.Hahaha...
5. TAK SIAP BUAT KERJA SEKOLAH : Kerja yang tak siap tu cikgu akan tulis 'Pelajar ini tidak menyiapkan kerja sekolah seperti yang diarahkan' pastu kena tunjuk kat ayah (mak tak dibenarkan) dan ayah kena sain kat bawah ayat penyata tu.
6. TAK LULUS UJIAN SUBJEK : Berdiri kat luar kelas beratur panjang. Bunyi je loceng balik, budak kelas ujung akan lalu dan tarik hidung kitaorang. Bayangkan berapa ramai budak keluar kelas daripada hujung sekali. Kelas aku dahla yang last. Memang sakit giler hidung sampai merah-merah. Menangis memang dah konpem. Sebab tu hidung aku mancung sampai sekarang.
7. SALAH JAWAB SOALAN KATA AKAR BAGI PERKATAAN 'KUCUPI' : Satu kelas gilir-gilir ke depan tonggeng pastu punggung kene sebat ngan roti panjang (pembaris kuning yang besar panjang tu ler). Pembaris 'Roti Panjang' Keramat pun tak tahan kalau satu kelas kena sebat! Patah je pembaris tu, siap pinjam plak kat kelas sebelah pastu sambung balik sebat. Hahaha.. Start besok aku lebih berhati-hati, pakai seluar 2 lapis plak. Baru kurang sikit sakitnya. Hehehe...
8. TAK DAPAT JAWAB SOALAN CIKGU : Satu kelas berlari keliling padang sekolah. Waktu tengahari plak tu. Tak taula camane plak ngan soalan seterusnya. Pergh...
9. DEGIL TAKNAK MASUK KELAS LEPAS WAKTU PJ HABIS SEBAB SYOK MAIN BOLA : Cikgu suruh main bola terus sampai lebam. Kesudahannya Guru Penolong Kanan panggil sebab heran budak-budak main bola daripada pagi sampai tengahari tak berenti-renti.
10. LUPA FORMULA MATEMATIK "TITIK PERPULUHAN TERLETAK DI ANTARA PERPULUHAN DAN SA" : Boleh salin ayat ni dalam kertas kajang sebanyak 1000. Semua budak kena dalam kelas takde sape terkecuali. Tu yang busy satu hari copy paste secara manual ayat nih. Kalau tak siap lagi teruk kena. Hahaha...
11. TAK BAWAK RECORDER KE KELAS MUZIK : Sapa tak bawak kena tiup pensel berlagak macam tiup recorder masa latihan.Denda paling mudah tapi macam jadi orang tak betul je rasa...
12. Dalam banyak-banyak hukuman ni, ada satu style cikgu yang mengajar ko-kurikulum yang agak hebat jugak psiko dia. Murid-murid langsung tak berani main-main dalam kelas. Semua pakat serius. Betul-betul rasa terancam kalau masa cikgu ni. Bagi yang sekelas ngan aku taula. Hahaha...
Anda ada punishment-punishment yang nak dikongsi bersama?
Apa itu SUMBA GELEK-GELEK? Sila klik ---> http://youtu.be/u5nMw6K3Pzw
P/S : Kalau diperhatikan majoriti gaya hukuman-hukuman ni berdasarkan seorang buat salah, satu kelas tanggung akibat. Sebabnya cikgu taknak ada kes keciciran atau ketinggalan walaupun seorang dalam kelas dia. Apapun cikgu-cikgu dah buat yang terbaik untuk anak murid dan semua ikhlas dalam mendidik kami. Ampunkan saya cikgu kalau cerita ini tersebar... Tujuan cerita ini bukan nak menunjukkan siapa betul siapa salah ataupun menunjukkan kami ni penakut dengan cikgu, tapi sebab kami hormat cikgu sebagai pendidik kami dan kami sedar akan kesalahan kami. Kami bangga dengan diri kami sekarang disebabkan oleh kesedaran yang cikgu bagi masa denda kami dulu! Terima kasih cikgu!!!
----> SELAMAT HARI GURU <----
----> SELAMAT HARI GURU <----
In fresh memory... Cikgu Umi Kalthom, Cikgu Rasyid, Cikgu Maizal, Cikgu Rokiah, Cikgu Rahman, Cikgu Jeyakumar, Teacher T.Michael, Cikgu Azman, Cikgu Ooi, Ustazah Halimah, Cikgu R.Vasagam, Cikgu Zamri, Cikgu Shaliza, Cikgu Nordin, Cikgu Khairul, Cikgu Ghaffar, Tuan Hj. Idris Bin Maarof (Guru Besar) dan lain-lain guru yang saya sudah terlupa namanya.
L
ReplyDeleteL
L