Followers

Wednesday, November 18, 2015

Cendawan Tahun @ Taun

Musim hujan ni memang banyak cendawan tumbuh. Ada yang boleh dimakan, ada yang tidak boleh malah beracun. Kalau kat kampung Admin, nama cendawan ini ialah 'Kulat Taun' @ 'Kulat Tahun'. Juga dikenali sebagai 'Cendawan Petir'. Biasanya bila tumbuh sekali banyak. Tapi di Wangsa Maju ni Admin perati cendawan jenis ini tumbuh sedikit tapi merata-rata. Ini gambar perbezaan satu hari. Bila dah kembang jadi keras jadi tak sedap atau dah tak boleh dimakan.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah.

Kebiasaannya kulat tahun sedap dimasak tumis air, digoreng, bagi masyarakat sebelah Pantai Timur, mereka buat masak tempoyak atau disebut juga gulai masam kulat tahun. Rasanya sememang amat sedap. Tapi awas harus diketahui  tidak semua kulat atau cendawan ini boleh dimakan kerana ianya beracun. Cuma seratus peratus kulat tahun tidak beracun. Kecuali jika tanah atau tapak tersebut sudah disembur racun atau kesan lainnya, jika ianya tidak dimasak dengan cara yang betul atau tidak cukup dimasak. Mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Tips dan petua untuk mencabut kulat tahun ini, kita mestilah mulakan dengan Bismillah hir-Rahman nir-Rahim sambil berkata "lembut-lembut" dan sambil menggoyangkannya pasti ianya akan tercabut dengan mudah. Jika tidak mungkin kulat tersebut akan akan patah atau tertinggal sebahagiannya dalam tanah.

Gugurnya Bunga Cinta - Nizam Arjuna (Laksamana)

Malam semalam layan Gegar Vaganza menyaksikan Amir Ukays tersingkir. Sayang sekali kerana vokal Amir memang mantap sebenarnya cuma di usia begini nafas pun tak berapa nak menyengat. Muncul pula seorang otai yang bernama Nizam Arjuna. Isteri saya bertanya siapakah beliau, lalu saya jawab beliau ialah ex vokalis kumpulan Laksamana. Itu pun dia tak tahu.Bila saya nyanyi lagi hit beliau iaitu 'Gugurnya Bunga Cinta', baru dia terlopong teringat. Haa... bukan tak tau tapi lupa. Banyak sangat lagu best time tu. Hahaha...

Lagu ini meletup sekitar tahun 1991 dan merupakan antara lagu yang berjaya berada di final AJL1991. Lagu ini merupakan ciptaan Ismail Ahmad Nawab dan lirik puitisnya ditulis sendiri oleh vokalis kumpulan Laksamana iaitu saudara Nizam Arjuna sekaligus mengangkat nama kumpulan Laksamana sendiri.

Apa yang menariknya, lagu ni mampu buat orang tangkap syahdu habis kalau layan. Kalau orang yang frust ni saya berani jamin dia menangis la. Inilah kekuatan lagu-lagu rock lama, gandingan alunan muzik dan lirik mampu membunuh perasaan sesiapa yang mendengar. Sebab tu la lagu-lagu rock lama mampu bertahan sampai ke hari ni. Satu fakta yang menarik... ketika itu tidak ada satu pun lagu popular Indonesia yang berjaya menembusi pasaran Malaysia. Hebat kan?

Untuk sesiapa yang tak tahu lagu ni malahan tak pernah dengar, saya cadangkan korang dengar sekali. Cuba hayati setiap bibit lontaran lirik lagu ni, mesti korang akan jatuh cinta. Mesti lepas ni korang akan buang segala koleksi lagu-lagu indie korang tu. Hehehe...

Lirik Lagu Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana

Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh

Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...