Pages

Friday, April 26, 2013

Rahsia Air Kolah Masjid

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “merakam” pesanan.

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molekul air terbentuk seperti kristal yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molekulnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika muzik 'Heavy Metal' diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.


Mengikut hasil kajiannya juga, antara molekul air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Penggunaan air kolah masjid dalam perubatan biasanya dikhususkan kepada pesakit-pesakit kronik dan mereka yang mengalami gangguan sihir atau gangguan Jin.Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba perubatan ini haruslah merujuk kepada mereka yang arif dan berpengalaman.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang di doakan boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah SWT.


Senarai Masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang ada kolah . (6 daripadanya berhampiran Wangsa Maju).

Sesiapa yang memerlukan air kolah masjid, bolehlah mendapatkannya di masjid-masjid yang tersenarai di bawah:

Kuala Lumpur

1. Masjid Jame' Kg Baru KL
2. Masjid Jame' Bandar KL
3. Masjid Jame' Alam Shah, Jln Pasar, KL
4. Masjid Jame' Al-Akram, Dato' Keramat, KL
5. Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL

Selangor (Berhampiran Kuala Lumpur)

6. Masjid Al-Ridzwan, Jalan Ulu Klang
7. Masjid Jame' Kg Cincin, Gombak
8. Masjid Zakaria, Bt 8, Gombak
9. Masjid Jame' Kg Nakhoda, Selayang
10. Masjid Jame' Pandan Jaya
11. Masjid Jame' Seksyen 14 Petaling Jaya
12. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya
13. Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
14. Masjid Jame' Sayyidina Ali, Pdg Balang, Gombak
15. Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang

P/S : Penulis mendapat maklumat bahawa Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Mindef di Jalan Semarak juga mempunyai kolah.Walau bagaimanapun hasil tinjauan penulis, Masjid Muaz tidak lagi menyelenggarakan kolah itu dengan baik manakala di Masjid Mindef, kolah sudahpun digantikan dengan binaan lain.Serahkan segalanya kepada Allah SWT.Kita hanya berusaha dan merancang, Allah yang menentukan...


4 comments:

  1. Tambahan area Selangor (Ampang):-

    1. Masjid Taman Kosas, Ampang
    2. Masjid Lembah Jaya, Ampang

    ReplyDelete
  2. Tuan tahu masjid yang mana kolahnya menakung air hujan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.tiada maklumat.rasanya susah mencari kolab air hujan sekarang ini disebabkan isu kesihatan.mungkin ada di belah luar bandar.

      Delete
  3. Di masjid jamek kampung melayu kolahnya tadah hujan kalau tak silap

    ReplyDelete