Pages

Wednesday, May 15, 2013

Kerja Naik Taraf Jalan Genting Kelang Sehingga 2015




Kerja menaik taraf Jalan Genting Klang akan bermula esok hingga Mac 2015 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, kerja naik taraf itu akan bermula dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II.

"Ia melibatkan pelebaran sebahagian Jalan Genting Klang sepanjang 1.5 km daripada empat lorong kepada enam lorong dan kerja-kerja tanah, menanam cerucuk serta membina tembok penahan di sebelah kawasan hijau dan cerun Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja itu juga melibatkan pembinaan dua jejantas pejalan kaki di persimpangan Taman Bunga Raya dan persimpangan jalan masuk ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju; menjajar dan membina semula longkang aliran air hujan sepanjang lima kilometer, serta membuat pengalihan utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment