Pages

Monday, July 8, 2013

Gerai Burger Paling Otai Wangsa Maju

Gerai burger Abang Lan memang cukup popular di Seksyen 1 Wangsa Maju. Bagi penduduk asal atau yang sudah lama menetap di sini, gerai makan ini memang dikenali sebegitu. Ini berbeza dengan generasi baru dan terutamanya orang luar  seksyen 1, gerai ini dikenali mereka sebagai 'Lanina Cafe'. Lokasi gerai ini ialah berdekatan dengan jalan keluar masuk ke seksyen 1 daripada jalan utama hentian PUTRA. Nak senang cerita berdekatan Blok E (blok yang kaler oren tu lah)... tepi jalan utama dalam seksyen 1. Carik je dalam Foursquare tu. Macam besar sangat je seksyen 1 ni. Hehehe...
Gerai burger Abang Lan merupakan gerai burger yang pertama di seksyen 1. Bermula secara tidak serius pada tahun 1987, gerai ini perlahan-lahan berkembang seperti yang kita lihat hari ini setelah Abang Lan mengusahakan perniagaannya secara serius pada tahun 1989.

Rupanya dah berusia 25 tahun gerai burger Abang lan ni. Saya masih ingat lagi ketika saya berumur 10 tahun, gerai Abang Lan ni sama seperti gerai burger biasa macam 99 Burger dan Otai Burger yang tumbuh macam cendawan lepas hujan kat KL sekarang ni.

Mengikut kata Abang Lan, burger ayam dan daging ketika itu cumalah berharga RM1.50. Manakala benjo berharga 90 sen sahaja.  Masa tu masih belum wujud lagi burger arnab, burger rusa dan burger ikan... apatah lagi oblong dan burger bakar. McDonald pun belum ada 'Samurai Burger' lagi! Hahaha... 
Kali pertama saya datang membeli kat sini dulu, saya ingatkan harga burger macam harga pasar malam (RM1 sebungkus dulu kat pasar malam Wardieburn Jalan Tumbuhan, ingat lagi???). Biasala... budak kecik, ingat semua harga sama masa tu. Hahaha... nasib baik Abang Lan sporting. Mungkin dia tau budak-budak selalu keliru dengan harga pasar malam. Dapat gak saya merasa burger daging hari tu.

Sesuai dengan peredaran masa dan persaingan sengit di seksyen 1, Abang Lan kemudiannya mempelbagaikan bisnesnya seperti burger bakar, char kue tiaw, air buah, kerang bakar, masakan panas seperti tomyam dan makanan western. Walau bagaimanapun sesiapa yang masih lagi teringin nak makan burger original Abang Lan, dia masih lagi jual cuma harganya dah berubah sesuai dengan perubahan zaman. Hahaha...

Suasana 'Lanina Cafe' pada waktu malam. Nak parking kenderaan mudah di sini.


Kalau makan western kat sini, mak mentua lalu belakang pun tak sedar. Hahaha...

Macam-macam minuman dalam peket ada sini. Kena datang banyak kali kalau nak rasa semua!


Minuman Coke dan Sprite dalam botol kecik... Antara tarikan unik 'Lanina Cafe'.

Bawak family kena makan kat dalam... kat luar tu untuk orang belum kahwin! Hahaha...


Suasana 'Lanina Cafe' pada waktu petang. Elok gak singgah minum lepas balik opis...


Duduk makan kat sini memang tidak membosankan. Suasana tempat makan di sini memang sesuai sekali untuk pelbagai lapisan masyarakat. Siap ada 3 buah tv screen flat dan kemudahan internet WIFI. Pendek kata memang strategiklah dan yang lebih penting, masakan panas dan western Abang Lan memang tidak mengecewakan. Sebelum saya lupa, 'Lanina Cafe' di tutup setiap hari Isnin kerana lokasinya yang berhampiran Pasar Malam seksyen 1. Bukan setakat Gerai Abang Lan saja, gerai-gerai yang berhampiran pun kebanyakkan tutup pada hari Isnin. Bagi peluang kat peniaga pasar malam carik duit plak sambil ada kesempatan untuk bercuti ye tak?

P/S : Abang Lan adalah contoh terbaik orang Wangsa Maju yang menjadi usahawan gerai makan yang berjaya. Jadi sesiapa yang baru nak belajar berniaga, elok tanya selok-belok ilmu perniagaan pada beliau untuk di kongsi bersama. Selamat menjamu selera di LANINA CAFE!


No comments:

Post a Comment