Pages

Thursday, June 27, 2013

Rahsia Minyak Zaitun : Minyak Yang Makan Minyak


Saya pernah dengar seorang pakcik ni mengatakan minyak zaitun ialah 'Minyak Yang Makan Minyak'. Apa maksudnya pun saya tak berapa pasti. Tapi rasanya maksud pakcik tu mungkin begini : Minyak yang terbaik dan berkhasiat, tidak seperti minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari, minyak jagung dan sebagainya yang dimakan berlebihan akan memudaratkan manusia. Minyak zaitun ialah minyak yang bertindak sebagai penjaga kesihatan manusia. Jelas sekali minyak zaitun adalah salah satu pemakanan sunnah seperti bukti dibawah,

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat At-Tirmizi)
Zaitun atau lebih dikenali di dalam istilah saintifik sebagai Oleaeurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Pokok zaitun di Greece yang dipercayai berusia 1500 tahun.

Khasiat-khasiat minyak zaitun :

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melancarkan fungsi usus.
3. Menghalang pembentukan batu dalam hempedu.
4. Menyihatkan kulit, rambut dan kuku dengan cara menyapu ditempat berkenaan.
5. Membantu mencegah keracunan makanan.
6. Mencegah ulser perut dan mengurangkan risiko batu karang.
7. Minyak urutan untuk menguatkan otot dan sendi.
8. Menyingkir parasit pada usus dan mencegah kanser usus.
9. Memulih dan melancarkan sistem penghadaman.
10. Mereda dan memulihkan tahap kolestrol dalam badan.
11. Membantu menghilangkan kesan parut.
12. Mencegah dan memulih masalah arthritis dan penyakit gout.
13. Menjaga kesihatan buah pinggang.

Cara pengambilan : 1 sudu teh 2 kali sehari atau mencampurkan 2 sudu teh ke dalam setiap hidangan makanan harian anda. Gred yang boleh dimakan begitu sahaja ialah Extra Virgin Oil dan pastikan tahap keasidan pada label adalah kurang daripada 1%.

Minyak zaitun mempunyai gred yang berbeza-beza. Ini membezakan penggunaannya sebagai minyak masakan, perasa tambahan dalam makanan, sebagai ubat-ubatan dan sebagainya. Malahan pakar-pakar masakan daripada Eropah seringkali menganggap minyak zaitun sebagai minyak masakan yang terbaik dan mempunyai class nya yang tersendiri. Walaubagai manapun, harganya yang mahal berbanding minyak masakan biasa membuatkan kita berfikir dua kali untuk membelinya.

Saya pernah ke farmasi demi mencari krim untuk kulit anak saya yang sering kering dan menggelupas. Sebelum ni saya menggunakan Vaseline dan beberapa jenama tetapi tidak menunjukkan hasil positif. Akhirnya farmasis syorkan saya minyak zaitun dalam botol kecil khusus untuk kulit (sebenarnya sama sahaja dengan gred extra virgin yang dijual di supermarket). Setelah menggunakan beberapa kali, nampak perubahan positif kepada kulit anak saya. Rupanya penyakit Ekzema juga sesuai diubati dengan minyak zaitun. Insaf saya kerana kita sibuk-sibuk cari ubat moden, Rasulullah rupanya dah lama rekomen minyak ini kepada umatnya.

Minyak zaitun 250 ml keluaran Turki (RM12 pasar malam)

Saya selalu beli minyak zaitun kat pasar malam aje...

P/S : Post seterusnya saya akan perkenalkan tiga lagi makanan sunnah iaitu susu kambing, buah kurma dan cuka kurma. Banyak kelebihan makanan sunnah kepada kesihatan kita. Kita saja yang selalu lupa atau tidak mengetahui kerana lebih mempercayai perubatan barat.


7 comments:

  1. Alhamdulillah. menurunkan kolestrol adalah salah satu khasiat minyak zaitun. kalau susah nak telan minyak, boleh beli yang kapsul je.

    ReplyDelete
  2. Ada beza tak minyak zaitun yg utk dimakan begitu sahaja dgn minyak zaitun yg utk masak.

    ReplyDelete
  3. Tiada beza asalkan ia adalah gred yg sama extra virgin oil.cuma kalau masak tu jgn campurkan dengan minyak masak biasa.wallahua'lam...

    ReplyDelete
  4. Pastinya ada beza. Gred untuk masak adalah gred rendah. Yang telah melalui proses penyulingan & ditambah bahan Kimia. Gred yang terbaik ialah Extra Virgin Olive Oil Unfiltered (Tidak BERTAPIS). Sebagaimana setiap benda ada tahap kualiti yang membezakan antara satu sama lain walaupun dlm jenis yang sama. Begitu juga dgn Minyak Zaitun. Ibarat kereta. Merc & kancil tetap 2-2 kereta tapi membezakan ialah kualiti.

    ReplyDelete
  5. Pastinya ada beza. Gred untuk masak adalah gred rendah. Yang telah melalui proses penyulingan & ditambah bahan Kimia. Gred yang terbaik ialah Extra Virgin Olive Oil Unfiltered (Tidak BERTAPIS). Sebagaimana setiap benda ada tahap kualiti yang membezakan antara satu sama lain walaupun dlm jenis yang sama. Begitu juga dgn Minyak Zaitun. Ibarat kereta. Merc & kancil tetap 2-2 kereta tapi membezakan ialah kualiti.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum slm sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.πŸ‘‰πŸΌ En Mohd Zuhairi- 0174687570

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan ubatan paling mujarab , termasuk kencing manis kronik seperti kaki berlubang dan bernanah sehingga tidak perlu dipotong .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr kanser.
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪️Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 sahaja .
    /
    ~~~~~~~~
    ▪️Puan Aspalilah binti Abdullah.
    Pengidap kencing manis bacaan 20 ke atas, kaki luka bahagian betis dan berlubang. Luka sudah berbulan bulan tetapi dengan minum Jus Alam Jutawan herbs, serta 10 paket herba luka kering dalam 10 hari sahaja. Sebelum ni dah berhabis beribu ringgit beli pelbagai jenis produk kencing manis, akhirnya sekarang hanya amalkan Jus Jutawan Herbs, sekejap je dah luka kering. Harga pun mampu beli.

    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

    πŸ‘πŸ»In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼

    NOTE :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete