Pages

Saturday, June 22, 2013

Senarai Game-Game Micro Genius Yang Osem!

Ada sekali anak buah aku pernah bertanya, "Uncle masa kecik-kecik dulu tak minat main video game ke macam X-Box ke... Play Station ke?

Aku pun tersenyum sambil menjawab, "Uncle main jugak video game ni tapi sekarang dah tak minat dah."

Zaman aku dulu manalah ada Play Station, PSP, X-Box menatang alah semua nih. Cuma ada satu je jenama yang popular masa tu... 'MICRO GENIUS'!

Set lengkap Micro Genius, each sold separately!

Bila aku bagitau masa aku kecik dulu takder mende alah ni semua, mesti dia ingat zaman kanak-kanak aku dulu membosankan.

Kalaulah dia tau betapa hantunya aku dan budak-budak sezaman dengan aku, main game Micro Genius masa cuti sekolah daripada tengah hari sampai kul 8 malam (kena stop sebab orang tua
nak tengok berita), pastu sambung kul 10.30 malam (selepas abis dunia jam 10) sampai ke subuh, mesti dorang tergezzuut!

Oklah, jom mengenang kembali game-game Micro Genius yang pernah menjadi ketagihan kita suatu ketika dahulu :
                                               
Xevious

Yie Ar Kung Fu*

Twin Bee

1942*

Macross

Exciting Soccer Konami Cup*

Karateka

Bomber Man**

Contra*

Galaga

Adventure Island*

Ice Climber

Load Runner

Excite Bikes

Circus Charlie*

Donkey Kong Jr.

Battle City*

Dig Dug

Tetris

Mappy**

Pac Man

Road Runner

Super Mario**

* My feveret
** My sooper feveret

Aku tak masukkan game Street Fighter, Marvel Superheroes, Samurai, Mortal Combat dan Dragon Ball Z sebab game-game ni ada class nya yang tersendiri.

P/S : Micro Genius ialah syarikat permainan video yang berpengkalan di Taiwan ketika lewat 80-an. Mereka banyak mengubahsuai permainan video daripada Jepun seperti Konami dan Nintendo dalam strategi marketing mereka. Pada tahun 1994, Micro Genius telah menghentikan pengeluaran permainan mereka disebabkan kemunculan permainan video generasi terbaru. Game-game Micro Genius dulu sungguh simple, tidak kompleks macam video game zaman sekarang but still kita ketagih nak main. Osemmm!!!


No comments:

Post a Comment