Pages

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Klasik Budak Kuih Di Wangsa Maju


Kuiiiihhhhhh....... Kuiiiiihhhhhh...... Nasiiikkkk..... Lemaaakkkkk......

Siapa masih ingat lagi melodi dan rentak tempo laungan ayat di atas waktu pagi-pagi kita bersiap-siap nak ke sekolah?

Aku rasa mereka yang masih bersekolah ketika era akhir 80-an dan diawal 90-an pasti terngiang-ngiang melodi ini di ingatan.

Kalau korang nak tau, budak-budak yang meniaga kuih dan nasik lemak daripada satu blok ke satu blok yang lain ni dah pun berumur antara 33 dan 34 tahun. Hahaha...

Penat bang meniaga pagi-pagi... Dua bakul sekali kena angkat. Satu nak letak nasik lemak, satu lagi nak letak kuih-muih. Dahla nak kejar masa pergi sekolah. Kalau sekolah petang tak apa lah. Belah petang pun meniaga gak. Tapi kuih-muih sahaja. Nasik lemak pagi-pagi je ada...

Yang sorang ni cover blok C dan D...

Yang sorang ni plak, cover blok A dan B...

Yang sorang ni plak cover blok F...

Blok E kalau ada masa lebih dorang pergilah panjat sampai tingkat 5...

Mungkin ada antara korang kenal sapa dorang nih. Hahaha...

Kalau ingat lagi, nasik lemak rasanyer harga 40 sen hingga 50 sen.
Kuih-muih standard 20 sen satu. Tak kira kuih apa. Biasa karipap, lepat pisang, kuih lapis dan ondeh-ondeh...

  




Kalau di ingat balik, rasa rindu plak nak dengar suara dorang pagi-pagi macam dulu.
Dahla memang sedap-sedap jualan dorang. Tak sama langsung ngan kuih-muih bawah PUTRA tu.


Aritu aku jumpa budak yang cover jualan blok C dan D tu. Budak-budak kuih ni kawan-kawan aku gak sebenarnya. Dia gelak je aku bukak cerita pasal kuih ngan nasik lemak nih. Bila aku nak amek gambar, dia tak nak pulak. Hahaha...


Riuh betul nostalgia pagi-pagi di Wangsa Maju dulu ngan budak-budak kuih. Sejuk subuh dulu pun tak macam sejuk subuh sekarang...

P/S : Itulah cara orang Wangsa Maju dulu carik duit lebih. Sekarang dah takder lagi budak-budak jual nasik lemak dan kuih-muih dari pintu ke pintu. Inilah kelainan Wangsa Maju atau lebih tepat lagi : 'HANYA BERLAKU DI WANGSA MAJU!'



9 comments:

  1. Sapa yg meniaga tu? Hehe saya salah satu dari mereka

    ReplyDelete
  2. Dulu masa sekolah kat SKWM1 darjah 6 (1992) ada sorang kawan (lelaki) yang jual nasi lemak kat sekolah. Dia tolong emak dia yang meniaga nasi lemak. Nasi lemak dia sedap! Siap ada rendang daging! Tak ingatlah nama dia... Waktu rehat kitorang makan kat tepi longkang sebelah blok makmal KH. L)

    ReplyDelete
  3. Salam. Thanks coz share kenangan ni & buat semua pelangan nasi lemak mak saya iaitu mr admin serta penghuni block f seksyen 1. Sokongan anda amat dihargai.... :-)

    ReplyDelete
  4. Ni wakil Blok D...sampai tingkat 5 pun bebudak ni sanggup naik mnjual kuih muih...demi mnambah pndapatan keluarga...terharu rasanya pngorbanan yg ditunjukkan yang mana amat sukar dilihat pada generasi kini...

    ReplyDelete
  5. Apa pon kuih muih n nasi lemak sekitar wangsa maju nie mempunyai aura yg tersendri..

    Zaman persekolahan merupakan zaman kegemilangan nasi lemak n kuih muih nie.. Bak kata Admin, ramai wakil yg menjalankan urusniaga dgn mengambil tempahan sehari awal..

    Disebabkan nasi lemak diluar mendpt sambutan, makcik kantin pon surrender nk jual nasi lemak.. Kalo ade jual, buat cukop syarat..

    Apa pon terima kasih utk semua warga pengedar nasi lemak zaman sekolah..

    Terima kasih juga utk Admin sbb buat aku tetiba nak cari nasi lemak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..saya pon sama dulu jual nasi lemak..-Jamu-

    ReplyDelete
  7. Assalammuailaikum....sy wakil nasi lemak cik ani..klu korg ingt lagi...yg niaga kat depan balai polis...hehehe..saat tue mmg happy sgt...smbil mak niaga nasi lemak..kitorg adik beradik tolong jual kuih2 kat blok2 kat area wangsa maju seksyen 1....rindu sangat saat tue..mulanya malu2..lepas tue rasa happy plak..sambil mulut menyanyi alunan..kuihhhhhh...kuihhhhhh...nasi..lemakkkkk...hehehe......rindu sgt kenangan tue...thanks tue admin sebab mengingatkan kenangan dlu....:)

    ReplyDelete
  8. Salam admin.. terima kasihle post cite budak kuih Wangsa Maju.. terharu aku bile baca cite ni sbb teringat tahun 91 jual kuih n nasi lemak yg mak buat kat area blok D n C waktu pagi... ptg plak skola kat SMWM2.. masa tu form 2.. umur 14 taun.. skang umur da 37.. hehehehee Admin x nak wat cite psal psar mlm w.maju k??? yg dibuka taun 91... sampai skang ada grai lejen yg masih bniaga kat psar malam tu..

    ReplyDelete
  9. Saya adik beradik dari Blok F4 adalah salah sorang Budak Jual Kuih @ Nasi Lemak yang paling awal berniaga di Wangsa Maju Seksyen 1 ( Cover gak sampai Seksyen 10 )...Kenangan Terindah membantu Mak Ayah )

    ReplyDelete