Pages

Monday, July 22, 2013

Mercun-Mercun Lagenda Yang Sudah Pupus


Puas aku belek mercun-mercun dan bunga api yang dijual kat Bazar-Bazar Ramadan sekitar Wangsa Maju. Bukan nak beli tapi saja nak tengok. Dah lama rasenyer aku tak tengok budak-budak main mercun jenis yang aku main masa kecik dulu. So aku suspek mercun-mercun ni dah pupus. Mungkin dah susah nak dapat kot sebab maklumlah, mercun kan dah di haramkan. Hehehe...


Mercun Katak : Yang ini meletup sambil melompat-lompat. Agak berbahaya juga mercun ini kerana selalu meragut jari-jari kawan aku. Tau-tau esok sekolah jari ada yang berkaler kuning ngan biru. Hahaha... 

Mercun Gasing : One of my faveret... Cantek api dia bila mercun ni berpusing. Suka main kat atas court badminton belakang rumah. Tu yang hitam-hitam simen court tu. Hehehe...

Mercun Ayam : Susah sikit nak dapat mercun jenis ni. Tapi pada aku mercun ayam ni takdela best sangat. Api dia keluar ikut buntut ayam tu. Kira macam ayam nak bertelur la. Hahaha...

Mercun Mancis : Pun dah tak nampak dah jenis ni. Cara main sebijik macam cara kita nyalakan mancis, pastu campak kat tanah biarkan meletup. Jangan lepas gores korang pegang kat tangan macam pegang mancis pulak!

Mercun Papan : Mercun jenis ini kaler dia lusuh jer. Tak macam mercun papan untuk Tahun Baru Cina yang lebih besar dan kaler merah menyala. Tapi dari segi sound effect, aku rasa sama jer.

Mercun Padi Thunderclap : Maksud aku jenama yang ini. Dah tak nampak lagi dah. Selalu digunakan sebagai peluru bazooka buatan sendiri sebab lebih ringan dah murah.


Mercun Tarik @ Tali : Selalu digunakan untuk menyakat orang dengan mengikat tali mercun ini pada tombol pintu. Kadang-kadang sampai ke sekolah budak-budak bawak. Menyakat orang je budak-budak dulu. Hehehe...

Mercun Bola : Bunyi kuat giler. Selalu budak-budak letupkan dalam longkang supaya bunyi lagi power. Mercun ni sebenarnya popular pada lewat-lewat tahun 90-an. Makcik aku kat kampung selalu bawak gi kebun sebagai senjata takutkan binatang buas macam harimau atau babi hutan.

Bunga Api King Cat : Memang otai bunga api ni. Selalu dimainkan oleh budak-budak perempuan atau budak baru berjinak-jinak main bunga api. Selalu masuk dalam tv yang budak-budak pusing-pusing mainkan bunga api jenis ni. Pemegang dia jenis besi. Ingat lagi?

Mercun Lebah : Kena berhati-hati main mercun ni. Mercun ni akan terbang mengejar orang tak kira siapa yang ditujunya. Cara terbaik mengelakkan mercun ini daripada mengejar kita ialah jangan cuba main mercun ini.

Bunga api yang paling banyak dijual dan popular semenjak dulu sampai sekarang ialah mercun pop-pop a.k.a mercun bawang. Haaa.... yang ini mungkin tak akan pupus. Layak dimainkan oleh budak-budak bawah 6 tahun ataupun gadis-gadis yang pemalu. Hahaha...

Bunga Api Pop-Pop

P/S : Apapun mercun memang berbahaya. Nak-nak pulak zaman sekarang ni. Ramai sangat yang kreatif tak bertempat. So jauhi perkara-perkara yang berbahaya dan membazir. Cukuplah zaman kita saja semua ini kita merasa. Kalau setakat bunga api biasa-biasa tu bolehla kot...



No comments:

Post a Comment