Pages

Saturday, September 21, 2013

Ingat Lagi 'Jejak Kasih TV3' Pagi-Pagi Dulu?


Adakah anda masih ingat lagi slot 'Jejak Kasih' di TV3 suatu ketika dulu di era 90-an? Memang cukup popular rancangan ini tiap-tiap pagi antara pukul 6.45 pagi hingga pukul 7.15 pagi. Pendek kata, setiap ibu bapa dan anak-anak, sama ada sebelum bergerak ke tempat kerja dan sekolah, mereka semua di syaratkan untuk mengeluarkan air mata pada waktu pagi. Hehehe...

Mengenang kembali rancangan paling menyedihkan itu, teringat kembali bagaimana cara rancangan itu dijiwai sepenuhnya oleh Aziz Desa yang turut disulami dengan lagu Kenny Remy Martin iaitu 'Suratan Atau Kebetulan'. Memang bertepatan sekali lagu ini digandingkan dengan konsep 'Jejak Kasih' ini iaitu menemukan insan-insan yang sudah lama terpisah tanpa mengenal erti saudara atau setiakawan. Yang penting ia sebuah reunion sentimental yang ditunggu-tunggu. Pergh.... Aku sendiri tak leh tahan tengok rancangan ni sebab aku tak tahan tengok ayah aku menangis pagi-pagi. Aku kadang-kadang je. Peace yo! Hahaha...



Tapi ada jugak beberapa siri yang benar-benar menyentuh perasaan terutama bila ada adik beradik yang terpisah lama sampai bertukar agama disebabkan kepayahan hidup di era pra dan pasca kemerdekaan dulu. Ada satu siri tu menemukan kakak (dipelihara keluarga Melayu) yang bertemu adik-beradiknya yang berketurunan Cina. Walaupun mereka sudah berbeza agama dan cara hidup, tetapi sentimen adik-beradik mereka amat kuat. Tengok cara mereka menangis pun dah tau.



Ingat lagi 'Malaysia Hari Ini' MHI, Hai, Hai, Hai? - Ini ayat popular daripada Aziz Desa setiap pagi.





Cerita pasal Aziz Desa plak setau aku dia tu penyampai berita yang biasa-biasa je dulu. Lepas dia hoskan rancangan ni baru nama dia melonjak. Aku agak salute juga cara dia menjiwai rancangan ni. Lepas dia keluar daripada TV3, rase macam dah tak best 'Jejak Kasih' ni. Mungkin ini antara punca rancangan ini dihentikan sebab rating turun atau semua rakyat Malaysia yang terpisah dah kembali bertemu? Entahla... TV3 yang buat pilihan.

Jejak Kasih TV3 tanpa Aziz Desa Via Youtube

'Suratan Atau Kebetulan' Via Youtube

P/S : Pada aku selain melonjak rating, elok jugak rancangan ini diadakan semula sebagai salah satu tanggungjawab sosial TV3 pada rakyat Malaysia. Lagipun ramai kes orang hilang sekarang ni!


No comments:

Post a Comment