Pages

Tuesday, May 12, 2015

Konduktor Bas Dalam Kenangan

Semenjak post konduktor bas dimansuhkan, perkhidmatan bas kini menempuh era sistem baru.Terasa masa menjadi lambat apabila penumpang terpaksa beratur di hadapan pemandu bas merangkap cashier.Yang tak bestnya kita terpaksa menyediakan wang kecil secukupnya.Hanya jika anda mempunyai Touch N Go, anda dapat menjimatkan masa.
Dahulu fungsi konduktor bas bukan setakat menjadi cashier dan ticketing malah boleh menjadi pembantu  serba boleh kepada pemandu bas.Pekerjaan konduktor bas barangkali di anggap enteng oleh sesetengah orang tetapi bebanan kerja pemandu dapat dikurangkan dan pemandu dapat menumpukan perhatian dalam soal keselamatan jalanraya.Malahan dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Antara VIP yang pernah menjadi konduktor bas ialah tokoh perfileman Dato' Yusof Haslam.Anak kelahiran Jalan Pahang, Setapak ini pernah menjadi konduktor bas Sri Jaya yang menyediakan perkhidmatan dari Setapak ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Memiliki Restoran Haslam di Jalan Pahang bersebelahan Hospital Tawakal, Dato' Yusof Haslam kini menetap di kawasan perumahan Taman Melawati di pinggir Kuala Lumpur.Admin rasa ramai tau rumah dia yang mana satu kan?

~ You Are Lejen

No comments:

Post a Comment