Musim hujan ni memang banyak cendawan tumbuh. Ada yang boleh dimakan, ada yang tidak boleh malah beracun. Kalau kat kampung Admin, nama cendawan ini ialah 'Kulat Taun' @ 'Kulat Tahun'. Juga dikenali sebagai 'Cendawan Petir'. Biasanya bila tumbuh sekali banyak. Tapi di Wangsa Maju ni Admin perati cendawan jenis ini tumbuh sedikit tapi merata-rata. Ini gambar perbezaan satu hari. Bila dah kembang jadi keras jadi tak sedap atau dah tak boleh dimakan.
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah.
Kebiasaannya kulat tahun sedap dimasak tumis air, digoreng, bagi masyarakat sebelah Pantai Timur, mereka buat masak tempoyak atau disebut juga gulai masam kulat tahun. Rasanya sememang amat sedap. Tapi awas harus diketahui tidak semua kulat atau cendawan ini boleh dimakan kerana ianya beracun. Cuma seratus peratus kulat tahun tidak beracun. Kecuali jika tanah atau tapak tersebut sudah disembur racun atau kesan lainnya, jika ianya tidak dimasak dengan cara yang betul atau tidak cukup dimasak. Mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.
Tips dan petua untuk mencabut kulat tahun ini, kita mestilah mulakan dengan Bismillah hir-Rahman nir-Rahim sambil berkata "lembut-lembut" dan sambil menggoyangkannya pasti ianya akan tercabut dengan mudah. Jika tidak mungkin kulat tersebut akan akan patah atau tertinggal sebahagiannya dalam tanah.