Followers

Tuesday, July 31, 2018

Asal usul nama Kem Wardieburn

Asal usul nama Kem Wardieburn

Ramai yang mengatakan bahawa asal usul nama Kem Wardieburn terdiri daripada tiga perkataan bahasa Inggeris iaitu war (perang), die (mati) dan burn (bakar). Namun hakikatnya itu adalah mitos semata-mata.

Rentetan sejarah Kem Wardieburn bermula dengan pengambilan nama 'wardieburn' yang diambil daripada Wardieburn Estate yang dibuka pada tahun 1888 oleh Robert Meikle dan Christopher Miekle. Mereka menamakan ladang mereka sebagai Wardieburn Estate bersempena dengan nama tempat tinggal bapa mereka di Wardieburn, Edinburgh, Scotland. Ladang ini telah dimulakan dengan penanaman pokok kopi yang mendapat tempat dalam pasaran ketika itu diikuti dengan penanaman pokok getah pada tahun 1899 dan 1900.

Miekle bersaudara bukanlah nama asing kepada Malaya ketika itu. Nama mereka ada tercatat dalam sejarah perladangan dan pengurusan di Malaya. Mereka antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan kelab golf yang antara tertua di Asia iaitu Kelab Golf Diraja Selangor di Kuala Lumpur pada tahun 1893. Robert Miekle kemudiannya meninggalkan Malaya untuk menjadi appointed Govenor di British East Africa.



Wednesday, March 8, 2017

Setapak Central a.k.a KL Festival City



KL Festival City telah beroperasi secara rasmi pada 20hb Oktober 2011 dan 'grand opening'nya telah diadakan pada 9hb Mac 2012.Landmark terbesar Setapak ini adalah milik Parkson Holding Berhad (PHB) sebelum dijual kepada AsiaMall Sdn Bhd dengan harga RM349 juta sekitar Ogos 2014.KL Festival City secara rasmi telah bertukar nama kepada 'Setapak Central' pada 5hb Oktober 2015.

Setapak Central terkenal dikalangan warga Setapak dan Wangsa Maju khususnya golongan muda.'Retail Philosophy' Setapak Central ialah "Menyediakan mall yang mencukupi untuk warga Setapak supaya mereka tidak perlu lagi memandu jauh ke pusat bandar KL untuk membeli-belah."

Sesuatu yang menarik mengenai tempat ini ialah walaupun telah bertukar nama, ramai antara mereka yang masih memanggil shopping kompleks ini dengan nama lamanya iaitu 'Festival City'.

Friday, October 21, 2016

Oshin Dan Yaohan

Apa Kaitan Antara Yaohan (The Mall) Dan Oshin?

Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen popular dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh saluran NHK di Jepun pada waktu pagi daripada 4hb April 1983 sehingga 31hb Mac 1984. Siri ini mengisahkan kehidupan Oshin daripada zaman Meiji sehingga zaman moden awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980-an dan pernah diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mengasaskan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya terkenal di Asia.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebut.