Malam semalam layan Gegar Vaganza menyaksikan Amir Ukays tersingkir. Sayang sekali kerana vokal Amir memang mantap sebenarnya cuma di usia begini nafas pun tak berapa nak menyengat. Muncul pula seorang otai yang bernama Nizam Arjuna. Isteri saya bertanya siapakah beliau, lalu saya jawab beliau ialah ex vokalis kumpulan Laksamana. Itu pun dia tak tahu.Bila saya nyanyi lagi hit beliau iaitu 'Gugurnya Bunga Cinta', baru dia terlopong teringat. Haa... bukan tak tau tapi lupa. Banyak sangat lagu best time tu. Hahaha...
Lagu ini meletup sekitar tahun 1991 dan merupakan antara lagu yang berjaya berada di final AJL1991. Lagu ini merupakan ciptaan Ismail Ahmad Nawab dan lirik puitisnya ditulis sendiri oleh vokalis kumpulan Laksamana iaitu saudara Nizam Arjuna sekaligus mengangkat nama kumpulan Laksamana sendiri.
Apa yang menariknya, lagu ni mampu buat orang tangkap syahdu habis kalau layan. Kalau orang yang frust ni saya berani jamin dia menangis la. Inilah kekuatan lagu-lagu rock lama, gandingan alunan muzik dan lirik mampu membunuh perasaan sesiapa yang mendengar. Sebab tu la lagu-lagu rock lama mampu bertahan sampai ke hari ni. Satu fakta yang menarik... ketika itu tidak ada satu pun lagu popular Indonesia yang berjaya menembusi pasaran Malaysia. Hebat kan?
Untuk sesiapa yang tak tahu lagu ni malahan tak pernah dengar, saya cadangkan korang dengar sekali. Cuba hayati setiap bibit lontaran lirik lagu ni, mesti korang akan jatuh cinta. Mesti lepas ni korang akan buang segala koleksi lagu-lagu indie korang tu. Hehehe...
Lirik Lagu Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana
Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh
Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang...
No comments:
Post a Comment