Followers

Tuesday, April 23, 2013

Hantu Yang Paling Digeruni Oleh Orang Wangsa Maju


HANTU SUSU... Ingat lagi? Kalau ada lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan sakit lutut disarankan baca post ni kat tempat ramai orang dan terang-benderang...

Dulu kecoh satu sekolah pasal hantu susu yang sedang melanda  1 Malaysia ketika itu, tahun 1991 rasanyer. Dari murid sekolah hinggalah kepada cikgu-cikgunya, mulut tak lekang dari bercerita tentang hantu susu ni. Naik seram dibuatnya. Nasib baik waktu kelas hanya bermula pagi ke tengah hari bagi sesi pagi dan tengahari ke petang bagi sesi petang. Kalau ada kelas malam, pakat pakat semua ponteng lah. Kelas mesti kosong. Silap silap cikgunya pun tak datang dek kerana takutkan hantu susu!

Dekat area Wangsa Maju ni, termasuk Sri Rampai, Kampung Pasir dan Setapak Jaya tak kurang jugak tersebar cerita hantu susu ni. Kalau kat pasar atau pun kat lokasi Pak Aji meniaga sayur pakai lori tu, cerita hantu susu ni lah yang jadi topik perbualan hangat antara kaum ibu. Ini semua menguatkan lagi cerita hantu susu ni al-maklumlah lidah mereka lebih tajam daripada mata pedang. Memang menjadi cerita dan mudah tersebar. Nak-nak pulak tv masa tu memang tengah popular cerita-certa seram Indon macam Gondorowo, Toyol, Sundel Bolong, Ratu Buaya lakonan Suzanna, pastu citer-citer hantu cina vampire yang lompat-lompat tu. Tu pun menyumbang gak tu. Dalam suratkhabar jangan ceritalah, hari hari keluar story hantu susu. Tambahan akhbar-ahkbar dan majalah yang kurang ilmiah dan yang penuh dengan mistik dan tahyul macam Warta Perdana dan Variasari, cerita hantu susu ni lah yang jadi pelaris cerita dorang.

Ada sekali tu masa kemuncak cerita hantu susu ni, aku ingat lagi bapak aku kerja luar masa tu. Tinggallah aku ngan mak, adik-beradik perempuan aku duk umah. Malam tu sepupu aku ngan bini dia datang umah nak amek anak dorang sebab mak aku yang jaga masa dorang kerja.Dalam pukul 8 malam, memang dah sunyi seksyen 1 masa tu. Punyalah takut kat hantu susu ni. Bunyi pintu kena ketuk ngan sepupu aku pun mampu membuatkan aku mengigau malam tu. Hahaha... Sepupu aku plak masuk-masuk dah takde topik lain. Citer hantu susu gak! Dia pun takut-takut tu sebab duduk pun kat seksyen 2. Memang terasa 'vibration' nya. Dah abis citer-citer, tengok jam dah kul 9 cakap nak balik takutnya pasal. Lepas dorang balik boleh plak ada orang menyapu kat luar waktu suasana betul-betul tengah sunyi sepi. Pergh... punyalah takut kitaorang sampai duk selimut dalam bilik. Nak jengok tingkap pun tak berani!

Tu dia penangan hantu susu kat Wangsa Maju ni.Yang peliknya hantu susu ni pandai pulak berpindah randah. Daripada Perak sampai ke KL dia boleh merantau. Musafir sungguh hantu susu nih!

Hantu susu ni khabarnya kalau ikut version luar, ceritanya bermula bila seorang ibu dan anaknya kemalangan jalan raya dan meninggal. Maka hantu si ibu akan berkeliaran memakai baju putih dan telekung putih sambil menggendong anaknya. Si ibu akan pergi dari rumah ke rumah bak salesman syarikat gores dan menang, lantas memberi salam dan mengetuk pintu. Bila pintu dibuka, si ibu akan meminta susu untuk anaknya yang digendong. Anak kecilnya akan menangis teresak esak. Tuan rumah akan sediakan susu kerana kasihan. Bila kain yang membalut anaknya dibuka, yang digendong bukannya bayi tetapi batu nisan panjang. Hantu susu tersebutpun menunjukkan mukanya yang pucat dan menyeramkan lantas berlalu sambil mengilai ngilai panjang hiii hi hi hi hiiiiiiiii...

Kalau ikut version Wangsa Maju, hantu susu ni asalnya sorang ustazah kat Perak yang mati kena bunuh ngan suaminya yang kuat berjudi masa mengandung. Tu yang orang cakap, kalau salah baca ayat Kursi, hantu susu ni boleh betulkan. Ntah ye ntah tak. Kalau bab batu nisan, datang ketuk pintu rumah ke rumah ngan mengilai tu memang sebijik sama.

                                                                           Gambar hiasan der...

Sebelum ini budak-budak kat Wangsa Maju akan bermain sepuas hati pada waktu petang. Selagi tak Maghrib tak sah nak balik rumah. Sekarang tidak lagi. Bila cerita hantu susu ni tengah top, kawan kawan sepermainan yang lainpun takde sorang pun yang berani nak tunggu sampai azan Maghrib. Biasanya  bila dah pukul 6, mak bapak dorang terjerit jerit memanggil balik. Sejak cerita seram ni tersebar, kerja keibubapaan semakin mudah. Tak payah nak disuruh, semua masuk rumah tepat pada waktunya. Patutnya ibu bapa kena ucapkan 'thank you' kat hantu susu ni. Hahaha...

P/S : Ini semua tahyul-mahyul!


13 comments:

  1. Kalau nk kata mcm2 lg gangguan terutama yg 1st batch dok kat w.maju (86').Bunyi budak nangis lak, org berjalan berlegar2 depan umah, tingkat atas umah berbunyi meriah... Woo

    ReplyDelete
  2. masa tu darjah 4 aku rasa. ada tusyen dgn cikgu maizal...tunggang langgang aku lari malam tu lps balik tusyen gara2 kisah hantu ni....hantu betul!

    ReplyDelete
  3. Hahaha...pecah rahsia lari xcukup tanah! Tapi memang betulla hantu susu ni buat kit a semua takut klua rumah.duk dalam umah pun takut.thanks to hantu susu sebab tambahkan lagi kenangan kat wangsa maju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti die Kate welcome lh sbb kau kte thank you

      Delete
  4. Tumpang tanye.. ada sapa2 tau tak info pasal rumah flat kat seksyen 10, blok B2 top floor.. aku baru je terbyr booking utk unit tu.. pastu terborak2 ngan jiran2 kat situ diorg ckp unit tu rupanya dah lebih 5 tahun takde org duduk.. diorg ckp dgr2 citer ade kes bunuh diri kat unit tu.. aku dh mula nk gelabah nie, dah la nak masuk awal july nie.. anak2 stil kecik lagi.. tanye agent, agent ckp dah tak boleh nk refund duit booking.. adoiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sahkan cerita dengan meminta maklumat daripada balai polis wangsa maju.cerita bunuh diri pun dah lama.mungkin khabar angin.sorang kawan drp seksyen 10 pun tak tau kisah ini.kalau ada cerita yang lain akan saya beritahu.

      Delete
    2. suami aku org seksyen 10 tp duk kat blok c.cerita bunuh diri kat blok b tu suami aku prnh cerita.tp dia gantung diri kat luar rmh bkn kat dlm rumah.aku xpasti la kalau rumah yg kau cakap ni ada kes jugak.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. parent sye duk kat w.maju sek 10 blok b2... cter tu smua mitos je... parent sye tggal tgkat 3 smpai skarang... xde plak kejdian spt yg di nyata kan... lg pon adik sye yg bongsu hmpir setiap mlam mlepak kat tgkat 4 x pin tgkat 5 ngan kwan2 dye.. xde plak pape jdi.... so far mmg xde pape jdi la... dont worry...

      Delete

      Reply

      Delete
  5. Aku start duduk wangsa maju tahun 84..blok E..sebab abah kerja ketua pengawal ngan PJK kat wangsa maju tu..masa tu blok banyak kosong lagi.tak penuh cam sekarang.jusco pon blom ada..memalam slalu dgr bunyi2 tak sedap dr tingkat atas..adoiyai..senyum sorang2 kalo teringat balik kenangan kan..haha

    ReplyDelete
  6. Tapi penah dengar cite x....pasal istana harta karun timbul kat padang sebelah mesjid(suatu ketika blom ade bangunan umah kedai) akan timbul kul 3pagi then tenggelam kul 5pg

    ReplyDelete
  7. Tidak usah pcaya itu semua mainan syaitan...

    ReplyDelete
  8. Very nostalgic story Masa tu aku form 2.

    ReplyDelete