Followers

Monday, April 28, 2014

Info Mengenai MERS

Sejenis virus akut pernafasan misteri berasal dari Timur Tengah, dilaporkan amat mudah merebak antara manusia sekali gus lebih bahaya berbanding virus SARS.

Menurut laporan AP, sekumpulan pakar perubatan yang mengkaji rebakkan sindrom pernafasan akut Timur Tengah (MERS) di Arab Saudi melaporkan, lebih 60 kes disahkan membabitkan jangkitan MERS termasuk 38 kematian direkod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam 2012.

Pakar mendedahkan virus MERS yang merebak teruk di Arab Saudi dan mengorbankan lebih 30 nyawa memiliki beberapa persamaan ketara dengan SARS.

Pakar epidemiologi kanan pusat Perubatan Johns Hopkins, Dr Trish Perl menerusi laporan di dalam Jurnal Perubatan New England berkata, pasukannya masih belum dapat memastikan sama ada MERS disebar menerusi air liur, pernafasan atau dengan sentuhan.

"Sebahagian pesakit yang dijangkiti berkedudukan agak jauh antara satu sama lain tetapi entah bagaimana ia boleh berlaku.

"Tetapi, dalam satu andaian yang agak tepat, kita menjangkakan sebaran MERS berlaku menerusi letupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar," kata Perl.

Menurut Perl, virus MERS mula dilaporkan merebak di tanah Arab pada 24 Semptember 2012 dan ia masih belum dapat diubati.

Setakat ini, rekod menunjukkan MERS mula menjangkiti penduduk di Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Jerman, Itali dan Tunisia yang mana pesakit pernah menjejakkan kaki ke rantau Timur Tengah.

Penghidap disahkan mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Pakar tidak menolak MERS berkait rapat dengan virus kelawar walaupun sebahagian daripada mereka mengesyaki ia merebak menerusi haiwan sakit seperti unta atau kambing.

Satu lagi hipotesis mengatakan, kelawar yang dijangkiti mampu mencemarkan makanan seperti buah kurma yang sering dituai dan menjadi hidangan pemanis masyarakat Arab Saudi dan dunia.

Sementara itu, pasukan kesihatan di Arab Saudi memulakan operasi secara besar-besaran membasmi rebakkan menjelangnya bulan Ramadan.

Thursday, April 17, 2014

Beza Cacar Air Dan Campak

Ketika risau dengan penularan wabak denggi, anak saya terkena pula cacar air. Seperti biasa saya akan membuat sedikit kajian ilmiah bagi penyakit tersebut. Orang kata kena kenali musuh dulu kalau nak kalahkan musuh. Ye tak?

Banyak fakta menarik yang telah saya pelajari. Maka saya ingin kongsikan di blog saya ini.

Campak dan Cacar Air : Serupa atau berbeza?


"Cacar air ni kena sekali seumur hidup je. Kalau kena kali kedua tu memang kes terpencil."
"Eh, yeke? Abang aku dah kena banyak kali dah."
"Dulu waktu dekat-dekat SPM aku kena banyak kali."

Fakta cacar air akan menjangkiti seseorang sekali seumur hidup memang betul, dan diperakui oleh doktor dan saintis seluruh dunia. Jadi bagaimana ada orang yang kena banyak kali?

Kebanyakan orang tersilap fakta. Ramai menganggap campak dan cacar air merupakan perkara yang serupa. Hakikatnya, dua penyakit ini hampir serupa, namun tak sama.


Cacar air (dalam English : chicken pox) dan campak (dalam English : measles) mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya berpunca dari dua virus yang berbeza, tetapi memberikan simptom yang hampir sama.

Secara umumnya, kebanyakan orang lebih teruk sekiranya terkena campak berbanding cacar air, mempunyai demam yang lebih tinggi, dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi.Beberapa persamaan antara campak dan cacar air dapat dikenalpasti pada hari pertama penyakit. Kedua-dua penyakit berkongsi tanda-tanda awal seperti demam, hidung berair dan batuk. Campak penghidap mungkin melaporkan sakit tekak, tetapi sekali-sekala cacar boleh terbentuk di tekak, menyebabkan kerengsaan (irritation).

Demam campak akan meningkatkan suhu badan sehingga kira-kira 104-105 darjah F (40-40.56 darjah C). Sebaliknya, penghidap cacar air cenderung untuk demam pada suhu yang lebih rendah, walaupun beberapa orang yang benar-benar sakit, sama ada bayi atau remaja dan orang dewasa, mungkin mempunyai suhu badan yang lebih tinggi.Ruam campak bermula dengan bermulanya demam dan peningkatan suhu badan. Biasanya, ruam cacar air berlaku sedikit lebih awal dan tidak diikuti demam yang teruk. 

KOMPLIKASI PENYAKIT

Penyakit cacar air boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk, terutamanya bagi orang dewasa (kanak-kanak jarang mengalami komplikasi).

>    Cedera parah pada kulit anda
>    Radang otot jantung (myocarditis)
>    Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
>    Radang hati (Hepatitis)
>    Radang pankreas (Pankreatitis)
>    Keradangan testis (radang testis)
>    Keradangan pelbagai bahagian mata
>  Komplikasi yang paling teruk berpunca dari penyakit ini adalah jangkitan bakteria dan radang paru-paru.

NASIHAT & PANTANG LARANG KETIKA DIJANGKITI

> Jumpa doktor!
  
  Ini merupakan perkara pertama yang paling penting untuk dilakukan sekiranya sudah nampak tanda-tanda akan dijangkiti.
     Doktor akan bagi nasihat dan ubat yang sepatutnya. Patuhi arahan dengan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang komplikasi lanjutan.

> Elakkan dari menggaru
  
 Kalau nak garu sikit-sikit tu boleh la, tapi jangan kerap sangat. Takut nanti satu pecah, jangkit banyak-banyak ke kawasan lain pulak.
    Kalau tak nak jadi hodoh sebab parut penyakit ni, baik ikut petua ni.

> Losyen Calamine
   
 Losyen ni memang berkesan untuk mengurangkan rasa gatal. Dan juga boleh meredakan penyakit dalam masa yang lebih singkat.
    Selalunya losyen ni akan diberikan oleh doktor, tidak kira anda menghidap cacar air mahupun campak. Wa rnanya putih dan cepat kering.

> Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa

    Pastikan air kelapa tersebut fresh dari buahnya. Jangan beli dalam cawan yang jual tepi jalan tu. Isi buah kelapa yang warna putih tu tak termasuk dalam senarai yang perlu dimakan sekali.
    Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.


> Daun Semambu

    Ha... ni petua tradisional. Letakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.








> Pantang larang Makan
   
 Elakkan makan kicap/makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam. Elakkan juga makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.

> Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.


TAKUT KENA JANGKIT?

Alhamdulillah, teknologi sekarang telah berkembang. Manusia zaman sekarang boleh pilih untuk dijangkiti sekali seumur hidup atau tak dijangkiti langsung seumur hidup.

Caranya, pergi ke klinik atau hospital, bagitau nak dapatkan suntikan cacar air/campak. Bukan nak suntik virus penyakit tu dalam badan, tapi nak masukkan antivirus yang akan membunuh virus dari penyakit tersebut andai cuba dijangkiti.

Memang bagus vaksin ni, tapi agak rugilah kerana tak berpengalaman nak rasa penyakit ni. Nanti kalau anak-anak terkena, tak dapat nak cerita pulak. Kalau boleh vaksin ni diambil oleh hanya mereka yang sering terkena demam campak.



Friday, April 4, 2014

Apa Itu Demam Denggi Dan Nyamuk Aedes?

Demam Denggi

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Mandi jerlum.
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya/sawan.
Sesak nafas.
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.