Followers

Monday, June 8, 2015

Malaysia Sebelum Tahun 1998

Ketidakstabilan politik, skandal dan fitnah yang tidak bernoktah, perpaduan rakyat yang goyah, MH370 dan MH17, pencerobohan Lahad Datu, jenayah berleluasa, banjir besar Pantai Timur dan terbaru gempa bumi di Sabah.Kadang-kadang aku rindu Malaysia zaman sebelum 1998.Itulah zaman kegemilangan kita.Zaman di mana ada rancangan tv 'Alam Ria Cuti Sekolah', 'Mega Movie', 'Maero Attack' dan 'Rumah Kedai', zaman buku Dewan Pelajar, Bambino, Al-Ain, Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis dibaca, zaman lagu-lagu evergreen tercipta, zaman kanak-kanak boleh berjalan-jalan di kaki lima tanpa rasa takut, zaman di mana permainan rakyat di mainkan, zaman ada 'Larian Jantung Hatiku', zaman kita sangat kenal siapa Datuk Bandar KL dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, zaman di mana Thailand, Indonesia dan Singapura belasahan Harimau Malaya, zaman KL pegang Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut, zaman anak-anak Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang membantu Malaysia merampas Piala Thomas, zaman team takraw Thailand goyang dengan libasan pemain kita, zaman di mana kita hormat dan takut dengan guru-guru kita... banyak sangat! Dan yang paling aku ingat, aku bangga bangun pagi menonton tv siaran langsung sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka setiap tahun.Selepas tahun 1998, segala-galanya berubah.

Ya Allah... Selamatkan Malaysia.Aku inginkan yang terbaik untuk negara ini.

Thursday, June 4, 2015

'Kepala Air' Sungai Pisang, Gombak

Gambar 'Kepala Air' baru-baru ini yang sempat dirakam kat Sungai Pisang, Gombak.Hati-hati kepada mereka yang melakukan ekspedisi ke sana ketika musim hujan.

Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air, buat di bahagian atau kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, jika tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik- belajar daripada kaki pancing.

Tanda-Tanda Kepala Air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau di tempat air jatuh mesti ada buih). Maksud saya, di tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul, itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudian, akan ada daun basah hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain. Biasanya perubahan ini sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Sama kes di Dam Chamang, Bentong, saya dah alaminya. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

Gambar oleh Kelab Wangsa Maju Greener (WMGreener).

Tuesday, June 2, 2015

Suami Ratu Elizebeth II Di Kem Wardieburn

Gambar menunjukkan His Royal Highness, The Duke of Edinburgh (sekarang merupakan suami kepada Ratu Elizebeth II) sedang memeriksa barisan Kompeni 1, Batalion Pertama, anggota Rifle Brigade (1 RF) di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, Malaya pada 1hb November 1956 sebelum berlepas ke Singapura untuk mengawal rusuhan di sana.Kem ini kemudiannya diserahkan kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) sepenuhnya selepas kemerdekaan Malaya.
Gambar-gambar ini merupakan gambar paling lama dan vintage area Setapak, Wangsa Maju dalam simpanan arkib Admin.