Followers

Showing posts with label Cerita dan Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Cerita dan Nasihat. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Pokok Terakhir Hutan Seksyen 10 Wangsa Maju

Pokok Terakhir (The Last Tree)...

Menurut Fhiz Mazlan, ini adalah pokok terakhir sebelum disodok semalam berdekatan simpang masuk traffict light Seksyen 10.Beliau agak sedih dalam mesejnya kepada Admin semalam.Bertabahla wahai semua orang Wangsa Maju yang sayangkan alam sekitar sekalian...

Era Kegemilangan Komik Hong Kong

KISAH KLASIK UNTUK MASA HADAPAN

Era Kegemilangan Komik Hong Kong : Alam Perwira, Pedang Setiawan, Raja Rimba, Dewata Raya, Juara Wira, Jejak Wira, Pendekar Laut, Wira Tunggal dll.

Pertarungan epik, protagonis dan antagonis dengan jurus-jurus terkenal sepanjang zaman.

1. Alam Perwira - Rahib Esa Vs Ifrit Utama (Hikmat Alam Semesta, Gaya Menggempa Bumi Membelah Langit Vs Hikmat Pengikis Tulang) dan Ji Fat (Hikmat Alam Semesta dan Hikmat Cermin Sakti Kayangan).
2. Pedang Setiawan - Penjejak Badai (Cakar Menolak Awan), Penjejak Badai (Tendangan Angin Puyuh) dan Tanpa Nama.
3. Raja Rimba - Harimau Kumbang (Tinju Naga Angkasa), Waja Timur (Api Angkasa) dan Chang Kong (Pedang Tidak Terbatas).
4. Juara Wira - Penyelamat Dunia Vs Rayz (Aura Mara, Gaya Neraka Vincci Vs Tinju Ribut Pasir).
5. Jejak Wira - Tiger Wong (Hikmat Suria) dan Dragon Long (Hikmat Kebal Loceng Emas).
6. Dewata Raya - Harimau Hitam (Tendangan Vijra), Naga Merah (Hikmat Kebal Titanium).
7. Pendekar Laut - Pendekar Laut Vs Orga (Tinju Maut Pendekar Laut 1,000,000 hp Vs Tinju Maut Paus 999,999.99 hp).
8. Wira Tunggal - Wunan (Tinju Maut Pendekar Laut) Vs Hikmat Kitaran Asura.

Komik paling terkenal : Pedang Setiawan
Komik paling popular : Alam Perwira
Komik lukisan paling cantik : Pedang Setiawan
Komik yang berjaya di filemkan : Pedang Setiawan dan Jejak Wira
Hero paling misteri : Penjejak Awan (Pedang Setiawan)
Hero paling tak konsisten : Ji Fat (Alam Perwira)
Hero paling kuat : Pai Chueng Lang aka Pendekar Laut (Pendekar Laut)
Hero paling tenang : Tanpa Nama (Pedang Setiawan) dan Chang Kong (Raja Rimba)
Gandingan hero terbaik : Tiger Wong dan Dragon Long (Jejak Wira)
Awek heroin paling cun : Hitomi (Pendekar Laut)
Penjahat paling ganas : Ifrit Utama (Alam Perwira) sesuai betul dengan nama.Kehkehkeh...!

Budak-budak zaman sekarang kalau baca post ni mesti pening.What the hell is this???!!!

Aiskrim Milo Malaysia

Suruh mak buat Aiskrim Malaysia perasa Milo malam-malam pastu esok lepas penat main rondes kat padang, tumbuk-tumbuk kat dinding blok kasi hancur senang nak makan.Takpun kalau beli terpakse suruh tokey potong dua sebab sian kat member nak.Sape pernah buat? Hahaha... Khayal!

Sunday, September 20, 2015

SKEM, Awang Buncit Dan Siti Nurhaliza

SKEM Gombak ni memang famous di kalangan warga pinggir kota termasuk Wangsa Maju kerana di sini adalah tempat pegawai JPJ menguji calon-calon ujian memandu.Lokasi tempat ini ialah sebelum Hospital dan Muzium Orang Asli, jalan lama nak ke Genting Highland, hampir dengan UIA Gombak.Tahun 1999 atau 2000 rasanya Admin amek test kereta kat sini.Masa tu lesen kereta baru kena RM400.Macam-macam cerita masa hari test ngan JPJ.Sampai calon bawak keluar kereta tapi masuk balik SKEM pegawai JPJ yang bawak.Kalau dah tahap tu paham-paham jela result.Hahaha...!
Lesen motor B full pulak baru RM300.Tapi test motor masa tahun 1997 masih kat Jalan Genting Kelang lagi.Sekarang dah takde dah SKEM Genting Kelang kat area PV128 tu.Teringat masa amek lesen motor tu sekali amek dengan Siti Nurhaliza.Masa tu album pertama dia tengah meletop.Instructor Siti Nurhaliza tu rasanya pelakon arwah Awang Buncit.Budak Wangsa Maju yang amek lesen dengan arwah mesti tau cerita ni.Hehehe...

Pengajaran Daripada Kisah Pembancuh Simen

PENGAJARAN DARIPADA KISAH PEMBANCUH SIMEN

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, penyakit, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa yang demikian itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan untuk meminta pertolongan dan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Thursday, September 3, 2015

Tai Chi

TAI CHI

Berdasarkan sejarah, tai chi adalah sejenis seni mempertahankan diri yang diamalkan lebih 2,000 tahun dulu di China. Namun pergerakannya yang lembut dan kurang memberi tekanan pada kaki menjadi antara senaman yang boleh merehatkan badan dan minda.

Ada banyak jenis pergerakan tai chi, tetapi semuanya dilakukan secara perlahan dan lembut yang disertakan pernafasan dalam serta meditasi. Ada yang menggelar tai chi sebagai meditasi bergerak. Tai chi sesuai diamalkan semua peringkat umur dan tahap kesihatan, tetapi lebih popular di kalangan orang tua kerana pergerakannya lembut dan kurang tekanan.

Ramai menjadikan tai chi antara cara mengawal masalah kesihatan. Tai chi bukan bertujuan merawat masalah kesihatan, tetapi senaman ini jika diamalkan boleh membantu meningkatkan daya ketahanan, kekuatan badan dan ketenangan fikiran.

Walaupun tidak banyak penyelidikan klinikal dijalankan untuk mengetahui semua manfaat tai chi, beberapa kajian mengesahkan dakwaan kebanyakan pengamalnya melaporkan mereka berasa tahap kesihatan secara keseluruhan bertambah baik.

Sama seperti senaman lain, pergerakan tai chi merangsang badan untuk menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan seseorang berasa ‘selesa dan gembira’. Ini yang dinamakan ketagih positif kerana ia mampu membantu pengamalnya lebih sihat, tenang dan bertenaga.

Seperti disebut di atas, tai chi adalah seni mempertahankan diri dan bukan senaman. Bagaimanapun, pergerakannya yang lembut dan perlahan membuatkan ia juga sesuai dijadikan senaman, terutama bagi orang tua dan individu yang tidak boleh melakukan senaman cergas.

Ramai tidak percaya bagaimana tai chi yang mempunyai pergerakan perlahan boleh dijadikan seni mempertahankan diri. Ramai tidak sedar, setiap pergerakan tai chi boleh dijadikan pergerakan untuk menahan dan menyelamatkan diri apabila diserang. Bagaimanapun, teknik ini perlu dipelajari dengan tekun dan sabar.

Untuk melakukan tai chi, anda perlu menumpukan fikiran dan mesti ada keharmonian antara fikiran, pergerakan serta anggota badan. Tai chi tidak memerlukan pakaian khas asalkan selesa. Ia boleh dilakukan di mana saja, sama ada di dalam atau luar bangunan, namun ada kelebihan jika bersenam di taman kerana dikelilingi banyak tenaga (daripada tumbuh-tumbuhan).

Hentian Greenwood

Sesiapa yang menggunakan perkhidmatan bas ke Pantai Timur, tempat ni pasti menjadi sebahagian daripada kenangan manis mereka.Termasuk Admin sendiri...

Rindu Nasi Lemak Ujang!

Thursday, July 2, 2015

Kisah Klasik Promoter D'Urban Jaya Jusco

Kisah klasik hampir 20 tahun yang lepas menjelang Aidilfitri di outlet D'urban Jaya Jusco Wangsa Maju...

Promoter (menunggu result SPM) dan customer;

Customer : Dik, ada jenis semi carrot tak seluar ni? Straight cut je abang tengok semua ni.

Promoter : Semi carrot tu apa bang? Carrot susu saya taulah.

Customer : Haaa.....????

MORAL : KENALI PRODUK JUALAN ANDA SENDIRI!

Tuesday, June 23, 2015

Lagenda Drama Melayu Terbaik

Sekarang ni kalau kita tengok dah bermacam-macam rancangan serta program TV berbahasa Melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke ala-ala drama latin la pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang Melayu beragama Islam. Yang tren terkini tajuk entah hapa-hapa. Ada satu tajuk tu mak aii... 'Kekasihku Dari Neraka'! Itu tak masuk lagi moral seorang isteri dalam drama terkini yang sering dipersoalkan.
Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu ek... di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.

1. Opah

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..

Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya

Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

2. Naik Tangga Turun Tangga

Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.

3. Rumah Kedai

Aku suka gak ngan citer nih. Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.

8. Hanbali seorang Jeneral

Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..

10. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!

Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Anjang Aki, Slot Spektra, Identiti. fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat Melayu beragama Islam.huh..

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-257878.html

Monday, June 15, 2015

Fesyen 'Windbreaker' Zaman 90-an

Salah satu fesyen yang pernah menjadi kegilaan remaja di Wangsa Maju dulu sekitar tahun 1995 sehingga 1998 ialah mengenakan 'Windbreaker' tak kira siang atau malam.Okay... sebelum kita bercerita lebih jauh, mari kita kenali apa itu windbreaker.
Windbreaker ialah satu istilah pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik untuk dipakai bagi menghalang badan si pemakai daripada terkena angin sejuk dan air hujan yang renyai.Windbreaker cukup popular di Amerika Utara dan Jepun.Penduduk sana memakai windbreaker semasa awal musim panas dimana angin sejuk masih lagi bertiup.
Walaubagai manapun, ketika zaman 90-an, windbreaker cukup digemari oleh remaja Malaysia.Bukan sahaja nampak sporty, malahan memang cuaca di Malaysia terutama di bandar termasuk Wangsa Maju ketika itu masih dapat menikmati suhu yang sejuk kerana kesan 'Rumah Hijau' masih belum menunjukkan kesannya.
Kesan Rumah Hijau dapatlah ditafsirkan sebagai kegagalan keseimbangan dimana bumi tidak dapat melepaskan haba ke atmosfera kerana terperangkap dalam lapisan perangkap yang dicipta oleh manusia sendiri kesan daripada pembebasan bahan api fosil daripada kenderaan yang semakin banyak saban tahun, pembebasan CFC yang membentuk lubang di lapisan ozon, penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal dan banyak lagi jenis pencemaran.
Sebab itu dulu kita masih dapat rasa sejuk sampai ke tengahari berbanding sekarang kalau hujan waktu malam pun masih terasa bahang.Perasan tak dulu-dulu lepas hujan kita dapat dengar bunyi katak 'ong ong' begitu kuat kedengaran berkaraoke.Tetapi sekarang? Ke mana mereka pergi?

Thursday, June 4, 2015

'Kepala Air' Sungai Pisang, Gombak

Gambar 'Kepala Air' baru-baru ini yang sempat dirakam kat Sungai Pisang, Gombak.Hati-hati kepada mereka yang melakukan ekspedisi ke sana ketika musim hujan.

Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air, buat di bahagian atau kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, jika tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik- belajar daripada kaki pancing.

Tanda-Tanda Kepala Air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau di tempat air jatuh mesti ada buih). Maksud saya, di tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul, itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudian, akan ada daun basah hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain. Biasanya perubahan ini sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Sama kes di Dam Chamang, Bentong, saya dah alaminya. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

Gambar oleh Kelab Wangsa Maju Greener (WMGreener).

Thursday, May 28, 2015

Kisah Desa Setapak Tomyam

Dah 18 tahun tak menyinggah Desa Setapak Tomyam ni.Mengimbau tahun 1996-1997 dulu, tempat makan ni hanya berbumbungkan kanopi pacak ala-ala Cendol Pak Wahab masa meniaga kat Tasik Sri Rampai.Tempat ni kosong je dulu berbatu kerikil.Restoran Mydina kat sebelah ni pun dulu ialah kedai repair barang elektrik.
Teringat kenangan kerja kat Jusco dulu, pukul 10.30 malam je cargas dengan kawan makan tomyam daging.Budget RM5 cukup untuk makan dua orang! Tomyam RM4, nasi 2 (satu 50 sen) dan ais kosong 2 free! Aduhai... mana nak dapat dah sekarang???
Hari-hari makan situ sampai dah terbaik ngan makcik taukey.Peramah makcik ni walaupun pelat Kelatey dia pekat.Anak lelaki yang membantu dia, Azrul pun sebaya kami.Terus jadi kawan.Cerdik-cerdik anak dia.
Datang-datang semalam jumpa anak lelaki bongsu makcik tu (kita orang teka je sebab muka ada iras-iras).Daripada dia kami tahu makcik dah meninggal semenjak 5 tahun yang lepas.Allahu akhbar... innalillahiwa innahirojiun... kawan kita orang dulu (Azrul) pun dah berkeluarga, bekerja dan menetap kat Ipoh lepas graduate daripada USM.Harap boleh jumpa reunion di sini, boleh berborak kisah lama kat Wangsa Maju ni walaupun berwajah baru.Huhuhu...
Lama tak makan sini jom order menu lama;
Tomyam Daging 1, Nasik kosong 1, Sky Juice 1 (pening pelayan tu bila order sky juice, air apa tu?) Walaupun harga baru, tapi tetap sedap macam dulu!! Hahaha...!!!

~ Kisah Lejen Di Wangsa Maju

Wednesday, May 20, 2015

Belajar Mengaji Di Wangsa Maju

Siapa sempat mengaji Muqaddam dan Al-Quran menggunakan font style macam ni? Nostalgia bukan? Dulu Admin mengaji dengan makcik jiran je.Rasa-rasanya ramai budak lejen Wangsa Maju dulu pun begitu.Masuk rumah makcik jiran, beratur secara bersila.Yuran pun seikhlas yang mampu.Kalau tak salah, mak Admin bagi RM6 sebulan.Jangan lupa rehan lejen dan penunjuk lidi yang diambil daripada pelepah pokok kelapa kontot atau lidi satey! Hehehe...

~ We Are Lejen

Wednesday, May 13, 2015

Kamen Rider Black Dan Space Cop Gaban

Padang Lejen Sunyi Antara 4.30 Petang Hingga 5.30 Petang!

Ingatkah lagi anda cerita fiksyen Jepun suatu ketika dahulu yang mampu membuatkan kanak-kanak lejen tidak hadir latihan rumah sukan dan sekolah agama waktu petang? Hahaha... sudah tentu cerita paling lejen, 'Kamen Rider Black' dan 'Space Cop Gaban'!

Pada pukul 4.30 petang setiap Isnin hingga Khamis, RTM1 akan menyiarkan Kamen Rider Black yang juga dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai 'Suria Perkasa Hitam'.Ini kisah superhero cyborg seperti belalang yang menentang musuhnya yang bertiga iaitu 'Gorgom'.Musuhnya yang terhebat ialah abangnya sendiri iaitu 'Shadow Moon'.Antara hikmat-hikmatnya yang digeruni lawan ialah 'Tumbukan Padu Maut' atau 'Rider Punch' dan 'Tendangan Padu Maut' atau 'Rider Kick'.Dia juga memiliki jentera yang cukup hebat iaitu 'Belalang Tempur' dan 'Wira Perkasa'.Cerita fiksyen kanak-kanak ini sebenarnya cukup berat dan bagus kerana kanak-kanak Jepun telah didedahkan awal kepada sains dan teknologi dalam setiap episod dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.Ini yang Admin kagum dan respek!

Selesai 'Kamen Rider Black', fiksyen kanak-kanak lejen ini disusuli 'Space Cop Gaban' ataupun 'Polis Angkasa Gaban'.Kisah ini berkenaan seorang anggota polis daripada angkasa lepas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu organisasi alien yang ingin menakluk bumi dan alam semesta.Presentation cerita fiksyen ini nampak lebih futuristik dan menarik perhatian kanak-kanak ketika itu, contohnya superhero ini boleh bertukar dalam masa 0.05 saat.Mak aii... berapa punya cepat da...! Antara ayat-ayat yang popular dalam cerita ini ialah 'Baju tahan api akan di hantar sebentar lagi!', 'Seret Gaban ke ruang Angkasa Setan!' (Part ni best.Bila ketua jahat tu sebut ayat ni, rasaksa burung akan ketawa sambil menolak gear 'mesin masa'.Maka bumi secara automatik akan berputar melawan arah paksinya sendiri dan Gaban akan terperangkap dalam dimensi lain yang menjadikan lawannya lebih kuat 2 kali ganda) dan 'Gaban Z potong dua!' (Kadang-kadang potong 3, kadang-kadang potong 5 pun ada).Kehkehkeh!

Fiskyen-fiksyen Jepun ini sememangnya lejen.Masakan sampai sekarang budak-budak boleh cakap "Giler tahap Gaban!" padahal cerita Gaban dia tak pernah tengok pun atau pun kalau gurau-gurau, akan cakap "...kau nak kena tumbukan padu maut aku ke?".Hahaha...! 

So kalau ikut tajuk, korang takkan jumpa budak-budak lelaki lejen kat luar rumah antara 4.30 petang hingga 5.30 petang!


~ We Are Lejen

Sunday, April 12, 2015

Pakcik Samad Tukang Gunting Rambut Lejen

Dah lama tak datang ke kedai Pakcik Samad ni.Rasanya semenjak tahun 1995 dah.Mak aii... dah 20 tahun tak menggunting rambut dengan Pakcik Samad.Mengenangkan kisah Pakcik Samad yang lejen kat Wangsa Maju ni, Admin datang juga semata-mata nak bertanya khabar dan berkongsi pengalaman dengan orang Wangsa Maju yang lain.
Mengikut cerita Pak Samad, beliau mula membuka kedai gunting rambut ini pada tahun 1988.Masa tu kerusi gunting rambut diletakkan diluar rumah, kemudian diletakkan diruang tamu, kemudian di dalam bilik sehinggalah diletakkan diluar belakang rumah seperti sekarang ini.
Seingat Admin, fesyen yang paling terkenal sekali ialah 'Fesyen Sekolah' sebab ramai penduduk sini (Seksyen 1) menghantar anak-anak mereka menggunting rambut dengan Pakcik Samad atas faktor harga yang murah.Pakcik Samad ketika itu meletakkan harga budak sekolah atau belum bekerja sebanyak RM1.50 dan dewasa bekerja RM3 kalau tidak salah.Dulu waktu operasi ialah jam 9 pagi sampai 9 malam sebab Pakcik Samad kerja sekuriti sebelah malam tetapi kini tidak lagi.
Kalau nak tau kedai Pakcik Samad pun ada nama gak dulu dikenali sebagai 'Kedai Gunting Rambut Manja'.Dan ayat nota yang terkenal oleh kedai ini ialah 'Gunting rambut tempat lain tidak boleh diperbetulkan disini.'
Pakcik Samad ni boleh dikatakan agak Profesor Serba Tau jugakla.Macam-macam cerita boleh borak dengan dia termasuklah politik.Masa Admin budak-budak dulu, rasanya semua pernah kena tuduh kentut padahal dia yang kentut!
Admin pernah buat gaya GQ dan Bros.Dua gabungan fesyen yang menjadi kutukan selama 2 minggu kat sekolah.Hampeh tulla.Hahaha...!
Siap dah menggunting rambut hari ini sambil berborak isu semasa.Mujur takde sapa yang kentut semasa proses ini terjadi.Lagipun Admin pun bukan budak-budak lagi dan dia pun dah berusia.Mana nak layan benda-benda camni dah.
Akhirnya selepas bersalaman dan membayar RM5 kepada Pakcik Samad, Admin pun beredar sambil tersenyum tiba-tiba Admin teringat, lupa nak tanya apa tujuan atas kening pelanggan digosok oleh jari Pakcik Samad selepas selesai menggunting.Akhirnya rahsia itu kekal misteri.Rasanya itu kasi customer nampak berseri kot?

Tuesday, January 20, 2015

Kisah Pasar Larut Malam Di Wangsa Maju

Hari ini kebetulan saya ke rumah kawan saya berdekatan area Pasar Malam Seksyen 1.Selepas meletakkan kereta ditepi jalan dimana sampah sarap sudah dibersihkan, saya pun terpandang seorang peniaga yang masih mundar mandir sambil menyepak batu-batu kecil berdekatan motor tiga rodanya.Ini bukan kali pertama saya terpandang abang ini.Seringkali saya perhatikan beliau antara yang paling lambat berkemas.Kali ini dengan kehendak Allah SWT, saya pun tergerak hati untuk melihat barang jualannya.Saya pun menyapa, "Lambat tutup bang? Semua dah balik.Kul 11.30 dah ni?".Dia pun tersenyum sambil memberi alasan yang mungkin kereta lalu-lalang tengah malam, ada antara mereka yang ingin melihat barang jualannya.Saya pun mengiyakan saja.
Saya perhatikan barang jualannya agak sukar untuk dijual.Maksudnya barang-barang yang bukan keperluan; contohnya topeng-topeng hantu, barang mainan kanak-kanak, kasut-kasut yang agak sizen, lampu suluh, semuanya dalam keadaan sizen dan kuantiti yang kecil.Timbul persoalan di dalam hati, "Siapa yang nak beli barang-barang begini?".Saya pun terpandang mangga (padlock) dan bertanya kepada beliau, "Yang ini berapa bang?".Dia tidak menjawab soalan saya tetapi bersungguh bercerita mangga ini bagus kerana mengeluarkan bunyi alarm.Dia pun menunjukkan saya bagaimana mangga ini berfungsi.Daripada usahanya itu saya perhatikan jari-jarinya yang bengkok menandakan beliau seorang OKU.
Kagum dengan layanan yang mesra dan bersungguh-sungguh, timbul rasa kasihan walaupun saya memang tidak memerlukan mangga itu langsung.Selepas menerangkan penggunaannya saya pun bertanyakan harganya sekali lagi.Sebelum itu saya nampak harga di paketnya itu tertulis RM80.Ketika itu saya sudah berniat akan membayar saja harganya tanpa tawar-menawar."Biasa saya jual RM50 tapi abang saya bagi RM40!".Saya pun bersetuju lantas membayar harga mangga tersebut.Saya teringin membayar RM50 tetapi bimbang beliau akan terasa kerana manusia ini ada kehormatannya sendiri.Saya tidak mahu menjatuhkan martabatnya sebagai seorang peniaga, bukan sebagai seorang peminta sedekah.Saya perhatikan beliau sungguh teruja dan berulang kali memberitahu jika mangga itu ada masalah carilah dia di sekitar situ kerana tempat berniaganya di pasar malam ini tidak tetap.Dia juga menawarkan nombor telepon untuk dihubungi tetapi saya katakan kepadanya saya percaya bahawa mangga ini adalah produk yang baik.
Selepas memberi salam dan meminta diri, saya pun berlalu pergi sambil teringatkan waktu saya berniaga dulu ditepi jalan, tidak ada satu customer pun untuk saya hari itu.Malahan orang yang lalu lalang pun tak pandang barang jualan saya.Sukarnya mengharungi hidup ini jika kita serba kekurangan.Tetapi yakinlah bahawa Allah bersama kita dan percayalah rezeki Allah itu ada untuk setiap hambanya.Yang penting kita tawakal dan berusaha.Abang peniaga pasar larut malam ini sebenarnya lebih mulia daripada mereka yang merompak, mencuri dan meragut.Hati saya sebak.Saya doakan semoga abang ini lapang rezeki dan bahagia hidupnya.Amin...

Pasar malam WMS1, 11.30 malam 19/01/2015.

Sunday, June 8, 2014

Kanak-Kanak Dahulu Vs Kanak-Kanak Sekarang

Kanak-kanak dahulu : Sungguh kreatif.Hanya memerlukan benda-benda sekeliling dan sokongan kawan untuk bermain.Kadangkala mewujudkan kawan imaginasi jika bermain berseorangan.
Kanak-kanak sekarang : Memerlukan laptop, handphone dan tablet untuk bermain.Tidak memerlukan kawan walaupun kawan imaginasi.

Friday, June 6, 2014

Bilal Haji Manan Dan Sejarah Bilal RA

Bilal Madrasah Assa'adah, Haji Manan sedang memberi peringatan kepada jemaah solat Jumaat, "Barangsiapa yang berkata-kata ketika Khatib sedang berkhutbah maka hilanglah pahala solat Jumaatnya."

Bilal pertama dalam sejarah Islam ialah Bilal Bin Rabah ra.Beliau digelar Muazzin al-Rasul kerana rapat dengan Rasulullah.Sebab itulah muazzin dipanggil 'Bilal' sebagai penghormatan kepada muazzin pertama umat Islam.Tahukah anda bahawa Bilal Bin Rabah tidak lagi melaungkan azan selepas kewafatan baginda Rasulullah kerana terlalu sedih? Selepas bertahun-tahun tidak melaungkan azan yang syahdu, akhirnya Bilal melaungkan azan di Madinah setelah dipujuk oleh cucu kesayangan Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin ra apabila semua sahabat baginda termasuk Saidina Abu Bakar dan Umar ra gagal memujuk beliau.Seluruh kota Madinah bergema dengan tangisan para sahabat baginda dan penduduknya kerana tersentuh jiwa mendengar laungan azan Bilal.Mereka terkenangkan susah senang mereka bersama Rasulullah menegakkan Islam di bumi Arab ini.

Wednesday, June 4, 2014

Aku Budak Minang Vs Budak Wangsa Maju

Kisah hidup lagenda seorang anak Minang... kita membesar dengan membaca kisah hidupnya.Tanpa sedar ia menjadi tauladan dan sempadan untuk kita menjadi kuat dan cekal dalam meneruskan kehidupan ini.

- Aku Budak Wangsa Maju -

Monday, June 2, 2014

Gosok Gigi Kat Sekolah Dulu-Dulu

Masihkah kau ingat siapa antara geng kelas korang yang paling beriya sangat gosok gigi sampai penuh mulut ngan buih ubat gigi? Sekali uweekkksss.Eeiii....Hehehe...