Followers

Thursday, May 28, 2015

Kisah Desa Setapak Tomyam

Dah 18 tahun tak menyinggah Desa Setapak Tomyam ni.Mengimbau tahun 1996-1997 dulu, tempat makan ni hanya berbumbungkan kanopi pacak ala-ala Cendol Pak Wahab masa meniaga kat Tasik Sri Rampai.Tempat ni kosong je dulu berbatu kerikil.Restoran Mydina kat sebelah ni pun dulu ialah kedai repair barang elektrik.
Teringat kenangan kerja kat Jusco dulu, pukul 10.30 malam je cargas dengan kawan makan tomyam daging.Budget RM5 cukup untuk makan dua orang! Tomyam RM4, nasi 2 (satu 50 sen) dan ais kosong 2 free! Aduhai... mana nak dapat dah sekarang???
Hari-hari makan situ sampai dah terbaik ngan makcik taukey.Peramah makcik ni walaupun pelat Kelatey dia pekat.Anak lelaki yang membantu dia, Azrul pun sebaya kami.Terus jadi kawan.Cerdik-cerdik anak dia.
Datang-datang semalam jumpa anak lelaki bongsu makcik tu (kita orang teka je sebab muka ada iras-iras).Daripada dia kami tahu makcik dah meninggal semenjak 5 tahun yang lepas.Allahu akhbar... innalillahiwa innahirojiun... kawan kita orang dulu (Azrul) pun dah berkeluarga, bekerja dan menetap kat Ipoh lepas graduate daripada USM.Harap boleh jumpa reunion di sini, boleh berborak kisah lama kat Wangsa Maju ni walaupun berwajah baru.Huhuhu...
Lama tak makan sini jom order menu lama;
Tomyam Daging 1, Nasik kosong 1, Sky Juice 1 (pening pelayan tu bila order sky juice, air apa tu?) Walaupun harga baru, tapi tetap sedap macam dulu!! Hahaha...!!!

~ Kisah Lejen Di Wangsa Maju

Wednesday, May 20, 2015

Belajar Mengaji Di Wangsa Maju

Siapa sempat mengaji Muqaddam dan Al-Quran menggunakan font style macam ni? Nostalgia bukan? Dulu Admin mengaji dengan makcik jiran je.Rasa-rasanya ramai budak lejen Wangsa Maju dulu pun begitu.Masuk rumah makcik jiran, beratur secara bersila.Yuran pun seikhlas yang mampu.Kalau tak salah, mak Admin bagi RM6 sebulan.Jangan lupa rehan lejen dan penunjuk lidi yang diambil daripada pelepah pokok kelapa kontot atau lidi satey! Hehehe...

~ We Are Lejen

Wednesday, May 13, 2015

Kamen Rider Black Dan Space Cop Gaban

Padang Lejen Sunyi Antara 4.30 Petang Hingga 5.30 Petang!

Ingatkah lagi anda cerita fiksyen Jepun suatu ketika dahulu yang mampu membuatkan kanak-kanak lejen tidak hadir latihan rumah sukan dan sekolah agama waktu petang? Hahaha... sudah tentu cerita paling lejen, 'Kamen Rider Black' dan 'Space Cop Gaban'!

Pada pukul 4.30 petang setiap Isnin hingga Khamis, RTM1 akan menyiarkan Kamen Rider Black yang juga dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai 'Suria Perkasa Hitam'.Ini kisah superhero cyborg seperti belalang yang menentang musuhnya yang bertiga iaitu 'Gorgom'.Musuhnya yang terhebat ialah abangnya sendiri iaitu 'Shadow Moon'.Antara hikmat-hikmatnya yang digeruni lawan ialah 'Tumbukan Padu Maut' atau 'Rider Punch' dan 'Tendangan Padu Maut' atau 'Rider Kick'.Dia juga memiliki jentera yang cukup hebat iaitu 'Belalang Tempur' dan 'Wira Perkasa'.Cerita fiksyen kanak-kanak ini sebenarnya cukup berat dan bagus kerana kanak-kanak Jepun telah didedahkan awal kepada sains dan teknologi dalam setiap episod dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.Ini yang Admin kagum dan respek!

Selesai 'Kamen Rider Black', fiksyen kanak-kanak lejen ini disusuli 'Space Cop Gaban' ataupun 'Polis Angkasa Gaban'.Kisah ini berkenaan seorang anggota polis daripada angkasa lepas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu organisasi alien yang ingin menakluk bumi dan alam semesta.Presentation cerita fiksyen ini nampak lebih futuristik dan menarik perhatian kanak-kanak ketika itu, contohnya superhero ini boleh bertukar dalam masa 0.05 saat.Mak aii... berapa punya cepat da...! Antara ayat-ayat yang popular dalam cerita ini ialah 'Baju tahan api akan di hantar sebentar lagi!', 'Seret Gaban ke ruang Angkasa Setan!' (Part ni best.Bila ketua jahat tu sebut ayat ni, rasaksa burung akan ketawa sambil menolak gear 'mesin masa'.Maka bumi secara automatik akan berputar melawan arah paksinya sendiri dan Gaban akan terperangkap dalam dimensi lain yang menjadikan lawannya lebih kuat 2 kali ganda) dan 'Gaban Z potong dua!' (Kadang-kadang potong 3, kadang-kadang potong 5 pun ada).Kehkehkeh!

Fiskyen-fiksyen Jepun ini sememangnya lejen.Masakan sampai sekarang budak-budak boleh cakap "Giler tahap Gaban!" padahal cerita Gaban dia tak pernah tengok pun atau pun kalau gurau-gurau, akan cakap "...kau nak kena tumbukan padu maut aku ke?".Hahaha...! 

So kalau ikut tajuk, korang takkan jumpa budak-budak lelaki lejen kat luar rumah antara 4.30 petang hingga 5.30 petang!


~ We Are Lejen