Followers

Friday, May 31, 2013

Ayah! Awan Pun Kejar Kita!


Di dalam keretapi yang menuju utara... seorang ayah melayan keletah anak lelakinya yang berumur belasan tahun...

Apabila keretapi menempuhi jalanraya Sang anak terus berkata “ayah! tengok tu... kereta tu semua kejar kita!”

Di satu sisi tempat duduk yg lain sepasang suami isteri memerhatikan telatah remaja tersebut bersama ayahnya...

Apabila keretapi melalui pokok-pokok dan hutan-hutan. Anaknya tersebut sekali lagi bersorak.. Eh ayah! tengok pokok itupun ikut kita!

Sang ayah tersenyum dan melayan telatah anaknya itu...



Pasangan suami isteri itu tetap memerhati...

Kemudian remaja tersebut bersorak “ayah! awan pun kejar kita!”.. Sang ayah melayan dan tersenyum...

Tiba-tiba... pasangan suami isteri tersebut berkata pada ayah remaja itu... “Kenapa dengan anak encik ni? Merepek je dari tadi macam orang tak betul. Sakit ke?”

Dengan tersenyum Sang ayah berkata... “Kami baru pulang dari hospital.Berbelas tahun anak saya buta... baru sekarang dia dapat melihat keindahan dunia”...

Pasangan suami isteri itu terus terpaku dan terdiam...

Itulah lumrah kehidupan kita, seringkali kita membuat penilaian sebelum kita tau hal sebenar.

Dan apabila kita mengetahui keadaan sebenar baru lah kita tersedar akan kekhilafan kita... Tapi berapa ramai yan sanggup meminta maaf?

Tiap orang punyai kisah cerita yang tersendiri.Jangan mudah membuat penilaian dengan mata kasar...

P/S : Setakat dengar dan lihat dengan mata kepala sendiri belum tentu kita betul-betul memahami...

Wednesday, May 29, 2013

Apa Hak Anda Sebagai Penumpang Marin Dan Udara?


Pernah kah anda menaiki kapal terbang? Helikopter? Atau menaiki Star Cruise? Feri? Atau sekadar bot pemancing laut?

Saya rasa kebanyakkan pasti pernah.

Jejak sahaja ke dalam salah satu pengangkutan yang tersenarai di atas, boleh dikatakan ramai yang mengambil mudah isu keselamatan diri. Ada segelintir yang hanya berminat untuk mengetahui di mana Emegency Escape atau Pintu Keluar, tapi berapa kerat yang berminat dengan jaket keselamatan (Life Jacket) yang di sediakan? Mungkin ada yang tau di mana, tapi bila terjadi sesuatu, baru mula kelam kabut belajar cara nak pakai. 

Anda mempunyai hak untuk memiliki satu jaket keselamatan apabila anda menaiki salah satu sistem pengangkutan yang tersenarai di atas. Apabila anda tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan, anda berhak bertanya kepada Kapten atau pihak pengurusan untuk memiliki satu. Perlu diingatkan, jaket keselamatan tidak boleh dikongsi!

Ramai juga yang sombong mengatakan tidak perlu jaket-jaket keselamatan ini semua... saya pandai berenang la! 

Perlu di ingatkan terutama sekali apabila anda karam atau terhempas di laut, walaupun anda jaguh renang setaraf Olimpik sekali pun, sampai ke mana anda larat nak berenang? Buat darat yang terdekat jarak 50 km macam mana? Tak payah 50 la... 1 kilometer pasti anda kepenatan disebabkan keadaan dan luasnya laut. Dengan kesejukan air laut apatah lagi di waktu malam, anda pasti terkena simptom Hypothermia. Ini ialah keadaan di mana suhu teras badan manusia telah jatuh ke bawah paras normal disebabkan faktor luaran seperti air laut yang sejuk dan menyebabkan kegagalan fungsi anggota badan serta organ dalaman.  Dan ianya hanya memerlukan tidak sampai 1 jam untuk berlaku.

Bagi pelaut seperti saya yang bertugas di laut yang serba luas ini, jaket keselamatan adalah 'Harta Karun' saya. Begitu sekali saya letakkan taraf jaket ini. Andai kata syarikat perkapalan gagal menyediakan jaket keselamatan kepada anak-anak kapal, kami berhak untuk tidak bekerja dan boleh mengadu kepada pihak berwajib seperti Jabatan Laut dan sebagainya. Penalti yang keras akan di kenakan kepada pihak syarikat dan kapal tidak akan di benarkan belayar sehingga kekurangan ini di penuhi.

Saya pernah tidur beralaskan jaket keselamatan pada tahun 2001 semasa saya menjalani praktikal di atas salah satu kapal milik syarikat antarabangsa tempatan. Saya ingat lagi ketika itu kami baru keluar daripada Ulsan, Korea Selatan menuju ke Singapura. Cuaca tidak baik dan ombak ketika itu setinggi 12-14 meter. Anda bayangkan perasaan kami bagaimana? Hilang pening jadi takut sebab belum pernah melihat ombak setinggi itu. Doa saya kepada Allah SWT tidak putus-putus agar kami semua selamat. Mujur kapal saya bersaiz besar iaitu sepanjang 275 meter dan lebar 37 meter. Tapi kami masih tetap merasa goyangan dan hempasan ombak ganas di geladak (dek).Speed kami yang normal ialah 24 knots menjadi 14 knots sahaja ketika itu. Saya menyaksikan kapal-kapal yang lain ada speed nya menjadi negative!

Ship in the rough sea (Youtube)

P/S : Dalam tragedi bot karam di Belaga ini, kalau diperhatikan penumpang adalah melebihi had, jadi sudah pasti akan kekurangan jaket keselamatan. Perlu di ingatkan kapasati yang dibenarkan oleh pihak berwajib mesti di penuhi walaupun terdapat lebihan jaket kerana ia akan membabitkan isu keselamatan yang lain seperti stabiliti kapal dan sebagainya, Jika rasa tak selamat, anda berhak untuk turun dan memanggil pihak pengurusan untuk pencerahan,

Saturday, May 25, 2013

Sepetang Di Chow Kit : Kisah Cendol Si Mamak


“Mamak, cendol pulut satu!”

“Wokay!” Sapa saja yang mencuba cendol mamak yang satu ni kat Chow Kit, pasti terpana dengan keenakannya. Putaran mesin yang mengikis ketulan air batu sehingga jadi habuk putih dan diisi dalam mangkuk. Lalu diisi pula dengan santan, cendol dan di atasnya diletak gula merah dan pulut oleh lelaki separuh abad itu. Perghh... Sambil aku menjamah,

“Mamak,dah berapa lama niaga sini?”

“Suda 30 tahun lebey, dulu ayah saya niaga sini..”

“Oo.. selalu ramai tak macam hari ni?”

“Tengok juga la adik.. kalu waktu kerja, dia orang lunch ada sikit ramai la sama itu balik punya jam..”

“Lepas ni,ini warung bagi sama sapa?”

“Tada sapa…”

“Tada anak ka?”

“Ada.. tapi suma suda kerja besar, mana mau niaga ini macam.”

“Anak brapa orang?”

“Ada 5 orang.”

“Suma duduk sama dengan mamak?”

“Tada.. saya sama bini juga duduk.. flat pekeliling.. anak-anak suma tinggal jauh.. sana itu Perak,Johorla. .yang kici blaja sana Australia..”

“Dia orang tak datang sini warung?”

“Tada.. mana ada.. saya sorang niaga cendol juga..mana sama macam dia orang suma.”

“Mamak tak rindu sama anak-anak ka?”

“Sapa kata tak rindu, bapak mana tada rindu sama anak-anak? Adik kasi fikir, saya kasi makan anak-anak dari ini gerai juga, dia orang boley blaja tinggi-tinggi..”

“…..”

“Tapi tada apa, dia orang bahagia suda cukup, saya sama bini cukup puas ati. Dia orang tara datang pun tara apa.. dia orang suda berjaya..tara apa, suda cukup..”

Dia senyum sambil memutar mesin itu. Pelanggan silih berganti. Langit makin senja. Kicau burung layang-layang pun makin menyepi. Aku beredar dengan mata yang berkaca-kaca...


Thursday, May 23, 2013

Nasik Lemak Wak In Memory


Masih ingat lagi Wak yang jual nasik lemak dalam tong ke hulu ke hilir pakai basikal lama satu Seksyen 1 dulu?

Bukan takat nasik lemak je, Wak pun ada jual bihun goreng, mee goreng dan kuih muih sekali.

Satu kelainan jualan Wak ni ialah dia tak stesen satu tempat je. Habih satu Seksyen 1 dia pusing. Bayangkan dalam usia macam tu dia boleh tahan pagi-pagi sampai tengahari menjaja makanan pakai basikal semata-mata untuk orang breakfast... respek!

Kalau masih ingat lagi sambal nasik lemak tu dia lapik pakai daun pisang tak macam nasik lemak sekarang. Pastu dia letak telur dadar tak macam kebanyakkan orang letak telur rebus.

Bihun dan Mee goreng bungkus dia memang sedap. Lembut je bihun dia. Istimewa dia ada letak sambal hijau ala-ala sambal nasik padang lapik kat plastik. Kadang-kadang rase tak cukup sambal tu. Huhuhu... pedas boleh tahan!

Kuih muih bagi aku biasa-biasa je sebab aku memang tak minat makan kuih pun. Orang perempuan sukala makan kuih muih ni.

Aku ingat lagi sebab family aku duk tingkat lima, jadi mak aku dah sediakan satu bakul ngan tali panjang senang bila wak datang nanti, jerit je order pastu Wak amek duit dalam bakul dan letak apa yang di order masuk dalam bakul. Kadang-kadang sampai kena pinjam ngan jiran sebelah! Hehehe...

Satu kualiti yang ada pada Wak sebagai orang tua, dia selalu nasihat budak-budak yang datang beli supaya belajar rajin-rajin. Dia pernah sound aku dengan loghat Jawa dia tu supaya aku pegang Al-Quran betul-betul sebab waktu tu aku baru balik ngaji. Al-Quran ngan rehan main kepit dua-dua macam tu je. Tak letak dalam beg. Bagus Wak nih...

Kepada siapa yang rindu ngan nasik lemak Wak leh datang ke Restoran Al-Hilmi kat Taman Melawati sebelah Bank Islam. Rasa memang ada iras-iras nasik lemak Wak, cuma bungkusan tak pakai surat khabar tapi pakai kertas coklat, sambal tak lapik pakai daun pisang dan dia tak letak telur dadar tapi letak telur rebus.

Berita terakhir yang aku dengar daripada orang tua-tua kat Wangsa Maju ni, Wak dah lama meninggal dunia. Wallahua'lam bissawab... kalau betul, semoga Allah SWT tempatkan dia dalam golongan orang yang beriman.

Wednesday, May 22, 2013

Top 30+2 Gambar-Gambar 1001 Cerita (Bahagian II)

Al-kisah maka tersebutlah kisah.... Taiyyib.... 

Mini Compo... masa aku sekolah rendah dulu, boleh dikatakan semua rumah kat Wangsa Maju ni mesti ada satu mini compo tak kiralah jenama apa. Rumah aku jenama Singer. Senang nak dengar radio ataupun mainkan kaset kumpulan Rock Kapak.

Honda C70 ataupun Honda Cub yang paling otai keluaran Boon Siew. Boleh dikatakan ramai kawan-kawan aku termasukla aku, bapak dorang mesti memiliki motor ni. Sayang bapak aku dah jual motor ni... Korang tau tak motor ni paling tahan lasak berbanding motor-motor zaman moden? Respek!

Sweater ataupun famous dipanggil 'Windbreaker'... zaman aku SPM dulu memang cukup popular pakaian ni. Mungkin gara-gara pengaruh rap masa tu macam kumpulan KRU, 4U2C ataupun NICO. Jangan katakan masa malam atau hujan je pakai, waktu siang-siang tengahari panas terik pun aku pakai. Aku pakai jenama Mizuno. Trend ler katakan...

Haaa... zaman tape VCR masa sekolah menengah dan selepas SPM. Ke hulu ke hilir pegang tape yang besar kaler hitam tu. Kalau bawak merata mesti orang pandang serong. Hahaha... Kalau korang ingat lagi, dulukan ada kedai sewa tape ni. Tapi sekarang takde dah. Sekarang zaman Flash Memory... DVD pun orang dah tak mainlah.

Ingat lagi trend seluar ni? Inilah style 'Bell Bottom'... Kat sekolah dulu geng-geng 'Pailang' je yang pakai. Cikgu disiplin cakap, geng-geng yang pakai ni macam majlis perbandaran sebab dia sukarela menyeret sampah kat lantai. Memang anti betul dia ngan budak-budak sekolah pakai seluar macam ni. Hahaha...

Basikal BMX, aku menangis-nangis suruh orang tua aku beli. Gara-gara tak tahan tengok kawan-kawan semua dah ada basikal BMX. Rasa menyesal pun ada ngan perangai dulu. Hahaha... basikal ni menjadi saksi geng-geng sekolah pergi mengembara sampai ke Bukit Belacan kat Ampang!

Brick Game... Aku rase semua kawan-kawan aku ada handy game ni. Pernah seketika jadi fenomena masa aku sekolah menengah dulu. Yang bagusnya game ni, dia boleh jadi jam loceng kejut aku bangun pagi!

Aku pengumpul buku-buku camni. Tapi sekarang buku-buku ni dah ghaib secara misteri, semisteri buku-buku tersebut. Beli kat pasar malam je dulu. Ramai yang minat cerita-cerita macamni masa sekolah dulu. Aku minat cerita Tok Awang Ngah aje. Kalau cerita Tamar Jalis macam 'Bercakap Dengan Jin' aku kureng sikit.

Gunting paling murah dan senang nak bawak kemana-mana. Aku rasa harga dia dulu dalam 50 sen. Made in China. Hahaha...

Kaset... ituje medium hiburan zaman aku sekolah dulu. Mana ada CD ngan DVD lagi. Harga kaset dulu agak mahal juga dalam belas-belas harga. Kalau nak murah beli cetak rompak kat pasar malam! Satu RM5. Aku taula sebab pernah beli...

Aduss... paling malas betul kalau subjek pendidikan seni bila tiba giliran menatang nih... dahla tangan bangku tak reti nak ukir. Aku macam biasala, buat yang paling senang... ukir bintang!

Haaa... yang ini mesti korang tau! Micro Genius! Feveret dowhh... sampai ke pagi aku main game kalau cuti sekolah. Hahaha... antara game kegemaran aku adalah Contra, Street Fighter dan Super Mario. Satu je keburukan main game nih, TV arieal point cepat rosak sebab asyik cucuk keluar masuk ngan kabel game.

Motor Yamaha RXZ... motor idaman setiap remaja yang baru lepas SPM. Pengaruh Gila-Gila Remaja. Kerja tak lagi tapi nak suruh orang tua belikan. Bapak cakap pakaije Honda C70 dulu tapi taknak... malu tak up to date katanya... Hahaha...

Konpem masing-masing ada dulu. Aku ingat lagi jenama pertama yang bapak aku belikan dulu jenama Philips, harga RM150 kat JJ Alpha Angle. Inilah pioneer kepada MP3 player yang ada sekarang. Walaupun besar gedabak, tapi aku suka part rewind atau fast forward kaset pakai manual button. Memang nostalgia sungguh!

Water color ni la yang paling murah dan senang di dapati kat kedai-kedai. Jenama PANDA Made In China! Pendek kata setiap murid wajib ada menatang ni dulu disamping crayon ngan pensel warna. Hahaha...

Songkok lipat... aku nagn geng-geng surau aku semua ada. Senang nak lipat taruk dalam kocek baju melayu. Sekarang orang dah tak pakai songkok jenis ni dah...

Kasut Top masa sekolah menengah dulu. Sekali lagi... 'Pailang-Pailang' kelas pertengahan jer yang pakai. 'Pailang-Pailang' high class pakai kasut jenama 'Penguin' kalau tak salah aku. Geng-geng nerd macam aku pakai Pallaz Jazz jer. Hahaha...

P/S : Sorry gambar main beterabur je taruk. Malas plak nak susun ikut hierarki masa dan zaman. Hahaha...

Tuesday, May 21, 2013

Kemalangan Ngeri Di MRR2 Berhampiran Bukit Antarabangsa


Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bukit Antarabangsa. Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada petang 19 Mei 2013. Keadaan mayat sungguh tragis dan mengerikan akibat impak kemalangan tersebut.Oleh sebab itu saya tidak mampu meletakkan gambar live mangsa-mangsa tersebut di sini.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.
Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.






Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya. Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.


Identiti Mangsa Maut

Identiti mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani 26 dan Nurul Intan Syahida, 22 serta sepupu Nurul Intan iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28 dan Asma Ismail, 22.


AL - FATIHAH... Semoga roh-roh mereka ditempatkan ke dalam golongan orang yang beriman.


P/S : Jangan ingat minyak enjin dan minyak gear atau auto saja yang kena tukar. Minyak brek dan power steering pun kadang-kadang kita ambil mudah saja penukarannya. Semak jadual penukaran minyak. Paling lama bertahan pun, 6 bulan dah kena tukar. Itu belum lagi check benda-benda lain macam chasis condition, suspension, alternator, kondisi tayar dan sebagainya. Mari kita ambil iktibar. Memang semuanya adalah ketentuan Tuhan tetapi sebagai manusia kita berusaha mengurangkan risiko.

Kembalikan Kegemilangan Skuad Bolasepak KL!




Suatu ketika dulu ketika era 80-an dan awal 90-an, adalah menjadi suatu kebanggaan bagi seorang warga KL terhadap pasukan bolasepak yang bergelar City Boys atau The Hawks ini. Kalau kat Wangsa Maju, pasukan KL adalah idola kepada budak-budak town seperti kami yang selalu main bolasepak petang-petang kat padang sekolah atau padang permainan blok perumahan Wangsa Maju semasa era tersebut.

Mau tidaknya, pasukan KL telah menjuarai Liga Malaysia (ketika itu Semi-Pro) pada tahun 1986 dan 1988. Pasukan ini juga menjadi Juara Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut daripada tahun 1987, 1988 dan tahun 1989 selain juara Piala FA pada tahun 1993, 1994 dan tahun 1999.

Pasukan ini juga terkenal dengan perlawanan lagendanya bersama satu lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya dan berpengkalan di Lembah Kelang iaitu Selangor Darul Ehsan. Setiap kali pertemuan antara dua pasukan ini, seringkali akhbar arus perdana akan menguar-uarkan perlawanan yang kononnya bakal menentukan Juara Lembah Kelang ataupun dikenali sebagai 'The Klang Valley Derby'.

Zaman kemuncak kehebatan pasukan KL ialah apabila dibarisi pemain-pemain yang cukup menyerlah ketika itu seperti Serbegeth Singh, Razif Ismail, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim, Subadron Aziz, Yap Wai Loon, Hashim Marman dan penjaga gawang kebangsaan, Abdul Rasyid Hassan. Jurulatih KL yang berkaliber dan terkenal ketika itu pula ialah Chow Kwai Lam.

Serbegeth Singh, bekas pertahanan The City Boys yang kini aktif menjadi komentator.

Manakala barisan trio import yang cukup berbisa adalah daripada Singapura iaitu Fandi Ahmad, Malek Awab dan K.Kannan. Mereka memang cukup terkenal dengan ketajaman serangan mereka merobek gawang pasukan lawan. Pendek kata, pasukan KL memang cukup ditakuti dan dihormati oleh pasukan lawan.

Trio import handalan daripada Singapura : K.Kannan, Fandi Ahmad dan Malek Awab

Saya ketika itu yang masih bersekolah rendah memang cukup sedar akan kehebatan dan mengenali pasukan ini termasuk dengan presiden nya sekali. Sesuai dengan terkenalnya Datuk Bandar dan selaku Presiden pasukan KL ketika itu iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar. Cuba kita tanya budak-budak sekolah sekarang, kenal tak Datuk Bandar sekarang dan siapa? Tak payah tanya budak sekolahla, ramai orang tua kat KL ni pun tak tau dan aware siapa Datuk Bandar KL sekarang. Kehebatan Tan Sri Elyas Omar ketika itu adalah sama hebatnya dengan pengurus Manchester United iaitu Sir Alex Ferguson. Hahaha...

Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Dato' Elyas Omar adalah antara individu penting selain Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir dalam perancangan bandar secara penswastaan seperti Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. Beliau juga bertanggungjawab merangka sistem pengangkutan bersepadu seperti yang ada sekarang dan pembasmian setinggan di bandar KL adalah hampir seratus peratus tercapai semasa di bawah pengurusan beliau.

Tidak setakat mengetuai pasukan bolasepak KL, beliau juga bertanggungjawab membawa Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 dan menjadi Chef-De-Mission pasukan Olimpik Malaysia di Barcelona yang menyaksikan Malaysia meraih pingat pertamanya (pingat perak) di Olimpik melalui Razif dan Jailani Sidek dalam acara regu badminton. Beliau juga merupakan antara Commitee Members dalam usaha pembidaan Sukan Komenwel yang membawa kepada tercapainya hasrat Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komenwel ke-16 pada tahun 1998.

Hebat sekali cerita mengenai pasukan KL dan mereka-mereka yang bertanggungjawab membawa pasukan KL ke zaman kegemilangan.... Sekarang tidak lagi semenjak memasuki alaf baru. Kegemilangan pasukan KL telah berkubur bersama pengisytiharan Stadium 'Keramat' KL iaitu Stadium Merdeka sebagai bangunan warisan Malaysia. Saya rasa ramai yang malu kalau nak kata : 'Saya penyokong skuad Kuala Lumpur!'. Wujud lagi ke penyokong KL nih??? Maharaja Lawak Mega minggu ke-8 tulla. Hahaha...

Baru-baru ni dalam sebuah akhbar perdana, terdapat dakwaan mengatakan pasukan City Boys terlibat dalam pengaturan perlawanan oleh bookie-bookie tempatan. Jika ini adalah benar, maka malanglah arena bolasepak negara Malaysia secara am nya. Harap-harap akan ada tindakan untuk menyiasat dakwaan ini dan post-mortem menganalisa sebab-sebab kekalahan demi kekalahan memalukan pasukan KL semenjak tahun 2000. Dan jangan lupa... carik jalan dan kaedah lain untuk menaikkan semula kegemilangan pasukan bolasepak Kuala Lumpur. CUKUP CUKUP SUDAH!!! 


P/S : Teringat masa sekolah rendah dulu, tiga tahun berturut-turut berdebar-debar tengok KL lawan masa final Piala Malaysia. Nasib baik menang bergaya... tak sia-sia berjaga sampai lewat malam sampai tak siap kerja sekolah. Hehehe...




Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1989 : KL Vs Kedah, malam gemilang KL mempertahankan Piala Malaysia kali ke tiga.


Friday, May 17, 2013

10 Perkara Menarik Mengenai Nabi Muhammad SAW


Masjid Nabawi Di Madinah Al Munawarrah

1) Nabi Isa A.S pernah menceritakan Rasul yang terakhir bernama Ahmad (yang terpuji) di kalangan bangsa Arab malah menyeru umatnya mematuhi Rasul terakhir ini.

2) Ketika kelahiran Nabi Muhammad, api penganut agama Majusi di Parsi (sekarang Iran) yang tidak pernah padam semenjak ribuan tahun tiba-tiba terpadam.

3) Nabi dikirim ke pedalaman untuk disusukan, semua orang tidak mahu mengambil nabi kerana Nabi seorang anak yatim. Halimah ibu susuan nabi sanggup dan sejak itu kambing-kambingnya menjadi gemuk (semoga Allah merahmatii ibu susuan Baginda).

4) Hati Nabi dicuci sebanyak dua kali. Pertama ketika kanak-kanak, ke dua ketika peristiwa Israj-Mikraj.

5) Awan sentiasa mengikuti Nabi sejak dari kecil hingga kewafatannya. Ramai menyedari Nabi adalah orang yang istimewa. Suatu ketika bapa saudaranya Abi Talib ingin membawanya ke Syam, tapi berpatah balik apabila seorang pendeta Yahudi menasihatkannya bimbang mereka (Yahudi) akan membunuh Nabi (orang Yahudi tidak boleh terima Nabi terakhir adalah orang Arab).

6) Ummu Aiman penjaga Nabi adalah hamba warisan dari ayahnya Abdullah. Setelah dewasa Nabi memerdekakannya dan sering memanggilnya ibu. Ummu Aiman pernah diberi air dari syurga ketika berjalan kaki tanpa bekalan, berhijrah ke Madinah(antara yang terawal). Sejak itu Ummu Aiman tidak pernah merasa haus.

7) Nabi memiliki banyak mukjizat tetapi tidak menunjukkannya bimbang ummatnya akan menyembahnya dan bukan menyembah Allah setelah kewafatannya.

8) Baginda ummi (buta huruf) - hikmahnya manusia selepas itu tidak boleh mengatakan Al-Quran adalah ciptaan Nabi sendiri.

9) Setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Bilal bin Rabbah tidak pernah lagi mengalunkan azan. Kecuali sekali,ketika perjumpaan semula sahabat-sahabat Nabi tetapi azan yang penuh dengan kesedihan.

10) Sebelum kewafatan baginda, Allah memberi peluang kepada baginda untuk hidup selama-lamanya dan dunia ini menjadi miliknya, menjadi raja lebih dari Nabi Sulaiman A.S, tetapi Nabi menolak kerana Baginda lebih rindu untuk bertemu dengan Allah S.W.T.

P/S : Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW....

Thursday, May 16, 2013

Kisah SKWM1 : Maaf Cikgu, Janji Saya Tak Buat Lagi!



Ketuk ketampi? Budak-budak tadika ngan citer Labu Labi bolehla bang...

Sesiapa pun mesti pernah kena denda atau cikgu bagi hukuman kalau kita buat salah. Ini sebenarnya adalah satu perkara biasa semasa menempuh alam persekolahan. Tapi bagi aku, hukuman kat sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju 1 (SKWM1) adalah hukuman yang paling unik dan takkan dapat dilupakan sama sekali. Ada antaranya memang tak pernah terfikir dek akal. Maka aku mengesahkan cikgu-cikgu aku dulu sebagai cikgu yang kreatif dalam bab-bab menghukum. Antara hukuman-hukuman yang masih segar dalam ingatan :

1. TAK SIAP KERJA CUTI SEKOLAH : Semua beratur panjang, orang depan gantung papan tanda bertulis "SAYA PEMALAS. SAYA TIDAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH" pastu beratur macam ular masuk semua kelas daripada kelas darjah 1 sampai darjah 6 untuk perkenalkan group pemalas ni. Yang paling malu for sure orang depan sekali. Siapa belakang-belakang boleh menyorok muka siap gelak-gelak.

2. TAK HAFAL SIFIR : Pergi hafal sifir kat groundfloor sekolah sambil gigit pensel 2B. Sebelum tu salam perkenalan dulu... satu kelas kena berdiri atas kerusi bergelek sambil nyanyi lagu 'Sumba Gelek-Gelek'!

3. KENA TANGKAP MAIN-MAIN DALAM SURAU : Hukuman dia kena solat dalam kelas orang tengah belajar. Dengan khusyuknya dia solat sebab tau akan kena bedal lepas tu. Masa kat surau tak nak pulak dia khusyuk ye tak?

4. KENA TANGKAP KOYAK BUKU LATIHAN BUAT KERETA THUNDERCAT NGAN HELIKOPTER AIRWOLF : Hukumannya buat 500 buah setiap satu pakai kertas. Each made separately. Sebelum balik sekolah kena tunjuk kat cikgu. Huuu... jenuh bang buat ngan tak cukup masa lagi.Hahaha...

5. TAK SIAP BUAT KERJA SEKOLAH : Kerja yang tak siap tu cikgu akan tulis 'Pelajar ini tidak menyiapkan kerja sekolah seperti yang diarahkan' pastu kena tunjuk kat ayah (mak tak dibenarkan) dan ayah kena sain kat bawah ayat penyata tu.

6. TAK LULUS UJIAN SUBJEK : Berdiri kat luar kelas beratur panjang. Bunyi je loceng balik, budak kelas ujung akan lalu dan tarik hidung kitaorang. Bayangkan berapa ramai budak keluar kelas daripada hujung sekali. Kelas aku dahla yang last. Memang sakit giler hidung sampai merah-merah. Menangis memang dah konpem. Sebab tu hidung aku mancung sampai sekarang.

7. SALAH JAWAB SOALAN KATA AKAR BAGI PERKATAAN 'KUCUPI' : Satu kelas gilir-gilir ke depan tonggeng pastu punggung kene sebat ngan roti panjang (pembaris kuning yang besar panjang tu ler). Pembaris 'Roti Panjang' Keramat pun tak tahan kalau satu kelas kena sebat! Patah je pembaris tu, siap pinjam plak kat kelas sebelah pastu sambung balik sebat. Hahaha.. Start besok aku lebih berhati-hati, pakai seluar 2 lapis plak. Baru kurang sikit sakitnya. Hehehe...

8. TAK DAPAT JAWAB SOALAN CIKGU : Satu kelas berlari keliling padang sekolah. Waktu tengahari plak tu. Tak taula camane plak ngan soalan seterusnya. Pergh...

9. DEGIL TAKNAK MASUK KELAS LEPAS WAKTU PJ HABIS SEBAB SYOK MAIN BOLA : Cikgu suruh main bola terus sampai lebam. Kesudahannya Guru Penolong Kanan panggil sebab heran budak-budak main bola daripada pagi sampai tengahari tak berenti-renti.

10. LUPA FORMULA MATEMATIK "TITIK PERPULUHAN TERLETAK DI ANTARA PERPULUHAN DAN SA" : Boleh salin ayat ni dalam kertas kajang sebanyak 1000. Semua budak kena dalam kelas takde sape terkecuali. Tu yang busy satu hari copy paste secara manual ayat nih. Kalau tak siap lagi teruk kena. Hahaha...

11. TAK BAWAK RECORDER KE KELAS MUZIK : Sapa tak bawak kena tiup pensel berlagak macam tiup recorder masa latihan.Denda paling mudah tapi macam jadi orang tak betul je rasa...

12. Dalam banyak-banyak hukuman ni, ada satu style cikgu yang mengajar ko-kurikulum yang agak hebat jugak psiko dia. Murid-murid langsung tak berani main-main dalam kelas. Semua pakat serius. Betul-betul rasa terancam kalau masa cikgu ni. Bagi yang sekelas ngan aku taula. Hahaha...

Anda ada punishment-punishment yang nak dikongsi bersama?


Apa itu SUMBA GELEK-GELEK? Sila klik ---> http://youtu.be/u5nMw6K3Pzw

P/S : Kalau diperhatikan majoriti gaya hukuman-hukuman ni berdasarkan seorang buat salah, satu kelas tanggung akibat. Sebabnya cikgu taknak ada kes keciciran atau ketinggalan walaupun seorang dalam kelas dia. Apapun cikgu-cikgu dah buat yang terbaik untuk anak murid dan semua ikhlas dalam mendidik kami. Ampunkan saya cikgu kalau cerita ini tersebar... Tujuan cerita ini bukan nak menunjukkan siapa betul siapa salah ataupun menunjukkan kami ni penakut dengan cikgu, tapi sebab kami hormat cikgu sebagai pendidik kami dan kami sedar akan kesalahan kami. Kami bangga dengan diri kami sekarang disebabkan oleh kesedaran yang cikgu bagi masa denda kami dulu! Terima kasih cikgu!!!

                               ----> SELAMAT HARI GURU <----

In fresh memory... Cikgu Umi Kalthom, Cikgu Rasyid, Cikgu Maizal, Cikgu Rokiah, Cikgu Rahman, Cikgu Jeyakumar, Teacher T.Michael, Cikgu Azman, Cikgu Ooi, Ustazah Halimah, Cikgu R.Vasagam, Cikgu Zamri, Cikgu Shaliza, Cikgu Nordin, Cikgu Khairul, Cikgu Ghaffar, Tuan Hj. Idris Bin Maarof (Guru Besar) dan lain-lain guru yang saya sudah terlupa namanya.
                                              

Wednesday, May 15, 2013

Kerja Naik Taraf Jalan Genting Kelang Sehingga 2015




Kerja menaik taraf Jalan Genting Klang akan bermula esok hingga Mac 2015 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, kerja naik taraf itu akan bermula dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II.

"Ia melibatkan pelebaran sebahagian Jalan Genting Klang sepanjang 1.5 km daripada empat lorong kepada enam lorong dan kerja-kerja tanah, menanam cerucuk serta membina tembok penahan di sebelah kawasan hijau dan cerun Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja itu juga melibatkan pembinaan dua jejantas pejalan kaki di persimpangan Taman Bunga Raya dan persimpangan jalan masuk ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju; menjajar dan membina semula longkang aliran air hujan sepanjang lima kilometer, serta membuat pengalihan utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi. - BERNAMA

Top 30 Gambar-Gambar 1001 Cerita (Bahagian I)

Alkisah maka tersebutla kisah.... Tayibbbb.....

Kempen menyimpan kat sekolah rendah seluruh Malaysia.Diakui sebagai deposit paling murah setakat ini iaitu RM1 sahaja.Tak perlu cetakan komputer masa tu.Buku bank BSN besar, lagi besar daripada buku hutang 555.Bagi duit, taip, cop dan jalan!

 Aiskrim Malaysia... satu harga seposen.Biasa kat rumah-rumah orang je jual aiskrim ni.Feveret aku perasa Milo ngan Horlick (mahal sikit harga 20 sen).Dua jenis ni memang paling laku.Kalau mak kita rajin, beli plastik dia pastu bancuh air dan masukkan dalam peti ais atas.Jimat... Tapi cepat abis sebab free!

 Game bola atas meja sekolah.Cukup famous game ni masa sekolah rendah.Faktor juara World Cup 1990, Jerman Barat dengan bintangnya Lothar Matthaus dan kehebatan Semi Pro Malaysia (masa tu KL kuat), menyumbang kepada populariti game ni.Siap tulis nama player kat belakang kad tuh...

 Komik yang terkenal masa dulu.Sekarang dah tak ada dah.Penuh dengan cerita-cerita teladan dan lawak yang bersopan santun.Lukisan pun cantik.Selain 'Bujal', majalah komik 'Bambino' juga popular satu ketika dahulu.

Bunga api asap batang merah dan mercun padi.Dua jenis mercun paling popular selain bunga api batang besi jenama 'Thundercat'.Bunga api asap batang merah tu dia punya asap... boleh jadi lelah budak-budak.Mercun padi tu memang famous untuk dijadikan senjata lawan bunga api pakai bazooka buatan sendiri, pastu lawan antara group.Sampai tertembak rumah orang!

 Majalah dalam kelas yang cukup popular.Sarat dengan ilmu pengetahuan.Tak dinafikan minat para pelajar terhadap sains dan matematik dapat dilonjakkan dengan penggunaan majalah ini.

Makanan ringan yang tak berfaedah tapi memang syok mainan dia buat collection.Ding Dang tu harga dulu-dulu 30 sen ke 50 sen dan Tora tu harga singgit kalau tak salah.Dalam iklan tv pakai model Mat Sentul.Hahaha...

 But bola jenama Fung Keong.Cukup terkenal dan yang paling termampu beli sebab murah.rasenye harga dalam belas-belas RM je.Siapa pakai but jenama famous macam Adidas, Topper, Patrick, Umbro memang dasyatla... konpem wakil sekolah!

 Milo free sorang satu masa kat sekolah rendah.Pergh... memang piaw la rase milo yang original ni.Tu yang sanggup menipu beratur amek sampai 3 kali.Tukang bagi plak mana nak cam.Ramai giler budak-budak yang beratur!

Program susu cokelat kotak kat sekolah rendah.Rasenyer harga sekotak dulu dalam 30 sen satu.Sekarang tak taula.Kadang-kadang aku beli sampai 2 dozen kotak.Satu je yang tak best, kalau dapat susu basi jawapla cirit birit sakit perut.Hahaha...

Gam kanji paling famous dulu.Murah dan praktikal.Harga kalau tak salah seposen ke dua puluh sen... kalau tak tutup penutup betul-betul atau lanyak dalam beg, abislah buku-buku kene gam ni.Bau lak semacam je... 

Buku penyiasatan zaman kanak-kanak yang dialih bahasakan daripada buku Inggeris Nancy Drew, Hardy Boys. Enid Blyton dan Alfred Hitchcock.Dalam bahasa Melayu dah jadi Siri Salma, Anak-Anak Hadi dan 5 Sekawan.Aku minat buku ni sampai baca berulang kali.Memang mencabar minda kisah penyiasatan mereka.Kalau citer tv alaf ni kira macam Geng Bas Sekolah la (GBS!).

Game tudung botol oren yang famous.Boleh dimainkan di mana-mana sahaja, dalam rumah ataupun kat depan rumah orang asalkan atas lantai yang licin.Macam-macam skill tangan boleh belajar!

Game tepuk daun terup.Memang sakit tapak tangan main game ni.Nak nak kalau letak daun terup tinggi pastu lipatkan ke dalam (kalau lipat ke atas senangla terbalik sebab ada bantuan angin).Cukup popular game ni di kalangan budak-budak lelaki.Sampai penuh poket dengan hasil menang daun terup yang dipertaruhkan lawan.

Jam Casio pasar malam.Siapa yang mampu beli jam ni memang dianggap hebat kerana menyahut cabaran zaman elektronik.Kalau tak salah aku harga dalam RM10.Tak dapat tawar harga walaupun kat pasar malam sebab tauke tau jam ni ramai budak suka.

Bersambung Rabu hadapan...