Followers

Wednesday, June 11, 2014

Port Rasmi Arsenal Fans Di Wangsa Maju

Kelab Arsenal Malaysian Gooners (AMG) Lembah Kelang secara rasminya memilih Stadium Cafe Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai port rasmi perlawanan-perlawanan World Cup 2014 dan pasukan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Khasiat Sengkuang Makcik Enon

Teringat dulu-dulu suka makan sengkuang petang-petang atau on the way balik rumah daripada sekolah rendah.Admin biasa berenti kedai makcik tingkat 1 blok F14 tu.Sedap betul sengkuang ni kalau kuah rojak dia banyak.Sekarang ni kalau anda terliur, datangla kedai Makcik Enon tingkat 1 blok D6.Nasik lemak bungkus pun ada.Sedap! Admin rasela, sengkuang ni silap-silap akan pupus suatu hari nanti.Huhuhu...

Berbalik kepada cerita sengkuang, khasiat yang terdapat pada sengkuang ialah:

Mengatasi demam panas
Meredakan demam
Mampu mengubati selesema dan batuk
Melawaskan buang air kecil
Penawar demam kuning
Mengatasi masalah gout
Menghaluskan dan memutihkan kulit
Sesuai menjadi makanan diet.

Banyakkan khasiat sengkuang???

Haji Tomyam Di Wangsa Maju

Kalau nak rasa sup ekor, Admin cadangkan Haji Tomyam bawah PUTRA depan blok E (dulu sebelah pagi Pak Aji meniaga breakfast).Haa... jangan ingat Haji Mabrur saja ada, Haji Tomyam pun ada! Kadang-kadang Admin order tomyam ekor makan dengan Nasi Goreng Cili Padi.Pergh... memang mantop campur marveles.Untunglah Wangsa Maju ni penuh dengan pakar masakan.

Pekerja Balik Tepat Pada Masanya

Dalam dunia korporat, bila anda BALIK LEWAT tidak seorang pun akan perasan TETAPI jika anda BALIK TEPAT PADA MASANYA... seluruh pejabat akan tahu dan kemungkinan besar anda akan terserempak dengan Bos di pintu keluar pejabat.
Kes balik tepat pada masanya selalu dilihat sebagai suatu SIKAP NEGATIF oleh pihak pengurusan dan pekerja terlibat seakan melakukan suatu dosa.
Tetapi dari sudut keberkesanan dan etika kerja, selagi semua urusan pejabat dapat diselesaikan dalam masa bekerja dan tidak ada yang diabaikan... balik pada masanya bukan suatu kesalahan malah harus digalakkan supaya pekerja dapat pulang berehat untuk menghadapi hari esok.Bahkan, mereka dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.
Dan selalu memaksa bekerja lebih masa bukan meningkatkan tetapi menurunkan efisiensi.Sepatutnya digalakkan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dalam masa bekerja kecuali untuk kes-kes terpencil.

Tuesday, June 10, 2014

Harga Rumah Seksyen 1 Wangsa Maju

118K sekarang... Aritu ada nak jual 160K.Camno tu? Kena bayar duit sendiri la sebab bank boleh bagi loan 100-110K je rasanya.Kalau cerita pasal rumah sewa pulak, atas rumah Admin ada orang nak sewakan 1K sebulan.Mak aiii.... mahal tahap gaban.Tapi jangan tak percaya, ada orang nak jugak tu!

Tahun 1986, 1 unit berharga dalam 25K.

Monday, June 9, 2014

Demam World Cup Di Wangsa Maju!

Tiga hari saja lagi, pertandingan bola sepak terhebat seluruh dunia World Cup 2014 akan bermula... Mari kita tengok sape yang selalu MC atau tersengguk-sengguk mengantuk kat tempat kerja.Apapun mari meriahkan Wangsa Maju dengan World Cup 2014! Gambar bawah ni game budak-budak blok B tengah terlibat projek 'Mencari Ramli' yang takde kesudahan.Hehehe...

Pulau Di Wangsa Maju

Kenapa tempat ni dipanggil sebagai 'Pulau' yea? Sebelah tengahari Makcik Mon meniaga nasik berlauk kat sini.Sebelah malam pulak budak-budak siam meniaga masakan panas.Agak famous juga nama 'Pulau' dalam kamus hidup OWM sini.Mungkin fizikal tempat ni macam pulau di lautan atau ada 7 batang pokok pinang kat situ, so macam Pulau Pinang?

Sunday, June 8, 2014

Megi Sup Tomyam

Demamla pulak arini.Kalau demam elok makan makanan bersup.Kalau dapat sup ayam kampung lagi cun.Tapi Admin terliur megi tomyam.Beli je megi tomyam kat 7E bawak terus ke Restoran Maju depan Shell tu.Cakap je kat Ibrahim buat megi sup pakai megi tomyam.Dia takde hal lah.Inikan restoran mamak yang mesra rakyat dan pelanggan.Hehehe...

Nasi Lemak Jeep Merah

Nasik Lemak 'Jeep Merah'.Berbungkus-bungkus orang beli.Satu bungkus tak cukup agaknya.Lokasi kat Seksyen 2 tepi jalan depan Restoran Zatimanis sebelah BRJ.Kalau nampak Jeep merah parking, adalah dia meniaga malam tu.Tapi masa amek gambar ni Jeep masuk bengkel.Grand Livina je park depan.Admin suka part dia belah telur pakai benang.Stylo.Hehehe...

Kanak-Kanak Dahulu Vs Kanak-Kanak Sekarang

Kanak-kanak dahulu : Sungguh kreatif.Hanya memerlukan benda-benda sekeliling dan sokongan kawan untuk bermain.Kadangkala mewujudkan kawan imaginasi jika bermain berseorangan.
Kanak-kanak sekarang : Memerlukan laptop, handphone dan tablet untuk bermain.Tidak memerlukan kawan walaupun kawan imaginasi.

Saturday, June 7, 2014

Hidangan Kenduri Kahwin Kontemporari

Kenduri kahwin Blok F.... Zaman sekarang banyak betul lauk-pauk.Dengan nasik biasa, nasik minyak, ulam-ulaman pun ada.Hidangan lauk kenduri kahwin yang kontemporari.Sedap betul lauk-pauk dia.Gulai keladi, rebung, sambal ikan bilis... mak aiii...Kena sediakan pinggan yang besar lain kali.Hehehe... camner nak mengadap kenduri Blok D pasni? Pening-pening...

Friday, June 6, 2014

Ular Sawa Naik Rumah Tingkat 2

Ni sape pulak bukak payung dalam rumah ni??? Kan dah naik 2 ekor ular sawa sampai tingkat 2.Boleh larik pulak tu dari Blok B1 ke B2! Heran tetapi benar... JPAM dah settle dah.Kecoh betul pagi tadi kat area Pasar Seksyen 1.Tak taulah JPAM nak buat apa dengan couple ni.Zoo pun tak terima ular sawa bandar camni.Hehehe...

Bilal Haji Manan Dan Sejarah Bilal RA

Bilal Madrasah Assa'adah, Haji Manan sedang memberi peringatan kepada jemaah solat Jumaat, "Barangsiapa yang berkata-kata ketika Khatib sedang berkhutbah maka hilanglah pahala solat Jumaatnya."

Bilal pertama dalam sejarah Islam ialah Bilal Bin Rabah ra.Beliau digelar Muazzin al-Rasul kerana rapat dengan Rasulullah.Sebab itulah muazzin dipanggil 'Bilal' sebagai penghormatan kepada muazzin pertama umat Islam.Tahukah anda bahawa Bilal Bin Rabah tidak lagi melaungkan azan selepas kewafatan baginda Rasulullah kerana terlalu sedih? Selepas bertahun-tahun tidak melaungkan azan yang syahdu, akhirnya Bilal melaungkan azan di Madinah setelah dipujuk oleh cucu kesayangan Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin ra apabila semua sahabat baginda termasuk Saidina Abu Bakar dan Umar ra gagal memujuk beliau.Seluruh kota Madinah bergema dengan tangisan para sahabat baginda dan penduduknya kerana tersentuh jiwa mendengar laungan azan Bilal.Mereka terkenangkan susah senang mereka bersama Rasulullah menegakkan Islam di bumi Arab ini.

Thursday, June 5, 2014

De Laila Tomyam & Seafood Seksyen 1 WM

Menikmati bihun sup tambah cili jeruk, air tangan orang Melayu Siam ori di De Laila Tomyam & Seafood.Bihun sup terbaik di area Seksyen 1 setakat ini.Brader Western kat sebelah pulak sampai hari ni tak bukak-bukak.Hapa dah jadi pun tak tau lah.Penat meniaga pasar malam kot.

Promosi MyRide Carwash Seksyen 1

Promosi polish menjelang raya :  sedan, compact car @ RM88 dan MPV,SUV atau 4X4 starting @ RM118 di MyRide Carwash Seksyen 1 Wangsa Maju.Maksimum masa diperlukan 2 jam untuk sebuah kereta.Siap ada warranty.Ada kemudahan bilik menunggu berhawa dingin dan tv.Kedai mamak sebelah boleh minum-minum kalau boring.Servis terbaik akan diusahakan.

Lagenda Budak Sekolah Mengatakan Bahawa...

Lagenda mengatakan bahawa...

Marlboro atau Dunhill 7 hanya berharga RM1.50 ketika itu, kedai jahit 'Jun Saito' terletak di Sg. Wang Plaza dan seluar 'Bell Bottom' didakwa sebagai DBKL oleh Guru Penolong Kanan Sekolah sebab boleh menyeret sampah! Hehehe...

Ucapan Besday Graffiti Di Seksyen 5 WM

Haritu ucapan besday untuk Ayda Jebat.Skarang ni untuk orang lain pulak.Memang tembok ni khas untuk kaki Graffiti lukis gambar ucapan besday la.Pelukis yang sama rasanya nih.Kemungkinan sama ada dia ni amek upah melukis, ramai kawan gurlz ataupun Mat Romeo???

Wednesday, June 4, 2014

Projek Banglo Bukit Wangsa Maju

Dah pasang balik penghadang jalan tu.Ni area bukit bawah Masjid Usamah.Signboard projek pun dah takde.Pelik jugak.Harap-harap batal la projek rumah banglo berskala kecil dalam tu.Bukit kat Wangsa Maju ni jangan diusik.Cukuplah apa yang ada sekarang.Tengok... sampai rosak jalan turun bukit nak masuk Aeon Seksyen 1 dibuatnya.Absorber kereta kita gak yang susah.

Pujaan 10 Nescafe!

Ingat lagi Pujaan Sirap? Sebenarnya ini tiruan Pujaan 10 Nescafe dulu-dulu tu kul 10 pagi setiap Ahad.Ada 10 lagu dalam senarai ketika era tu.Ini contoh ranking yang dikomedikan jika anda masih ingat lagi.

1. Memburu Hantu - Khatan
2. Sepi Sekilo Bawang Merah - Mella
3. Cinta Kampung Tasik Lombong - Polan
4. Rubella - Search And Rescue
5. Sekati - Winglers
6. Gugurnya Peluru Berpandu - Laksa Mana

7,8,9 & 10 tu korang sambunglah pulak.

Credit to Ady Zed.

Kelab Kereta-Kereta Terdampar WM

Ahli baru Kelab Kereta-Kereta Terdampar Wangsa Maju.Yang kancil putih ni Encik Boy dah booking.Nombor telepon dah tulis kat cermin depan.Toyota Alphard ni je masih takde orang booking.Hehehe...

Aku Budak Minang Vs Budak Wangsa Maju

Kisah hidup lagenda seorang anak Minang... kita membesar dengan membaca kisah hidupnya.Tanpa sedar ia menjadi tauladan dan sempadan untuk kita menjadi kuat dan cekal dalam meneruskan kehidupan ini.

- Aku Budak Wangsa Maju -

Wordless Wednesday #2

Tuesday, June 3, 2014

Nostalgia Main Tikam-Tikam

Tak sangka Admin leh berjudi seawal usia 7 tahun.Hehehe... Admin pernah main sampai kat kaki lima depan kedai dobi Blok F tu.Dulu tempat tu klinik.Poliklinik hapa heh? Ingat tak? Walaupun begitu, 'Tikam-Tikam' ni tetap menjadi nostalgia!

Brader Western Seksyen 1

Ramai juga yang bertanya pada Admin pasal Brader Western yang jarang betul meniaga.Tapi Admin tak nafikan western dia memang best terutama Chicken Chop dan Lamb Chop.Brader ni sebenarnya meniaga pasar malam kat tempat lain.Yang kat WM ni buka hari Selasa sampai Khamis.Itulah ceritanya... Eh, hari ni Selasa kan?

Monday, June 2, 2014

Gosok Gigi Kat Sekolah Dulu-Dulu

Masihkah kau ingat siapa antara geng kelas korang yang paling beriya sangat gosok gigi sampai penuh mulut ngan buih ubat gigi? Sekali uweekkksss.Eeiii....Hehehe...

Air Milo Paling Sedap Di Dunia

Cara-cara nak minum Milo yang paling sedap di dunia ini...

1. Tunggu lori Milo datang ke sekolah.
2. Beratur macam biasa apabila pengumuman dibuat.
3. Ambil secawan air milo tanpa banyak soal.
4. Nikmati air milo tersebut perlahan-lahan.pergh...
5. Ulangi langkah 2 hingga 4.
6. Berhenti atau cabut lari apabila Pakcik Milo cakap, "Eh, bukan adik dah minum ke tadi?".

Kehkehkeh... Masihkah kau ingat?

Tekan Sekali Je Tau!

Tekan sekali je tau! Jangan lebih... terutama Bas Len Seng 195 ada air-cond yang brader Singh bawak.Siapla kena sound.Masihkah kau ingat? Kehkehkeh...

Sunday, June 1, 2014

Tukar Ler TV Kecik Tu...

Mohon CD Corner tukar tv set kepada LCD atau plasma yang lebih besar untuk World Cup 2014.Gambar ni masa edisi World Cup yang lepas.World Cup 4 tahun sekali tau... maknanya dah bertahun-tahun pakai tv kecik ni.Takkan sayang duit kot? Customer lari gi kedai mamak jangan marah ha...

Kereta Kodok Hijau Di Wangsa Maju

Kereta kodok Volkswagen tauke stesen Mobil seksyen 1... vintage betul selera mat saleh ni.Tapi Admin rasela, kaler kereta dia ni sepatutnya kereta tauke stesen Petronas.Hehehe... Ditanya bila Mobil mau tukar kepada Petron? Dia cakap pun tak tau lagila.Still dalam proses sebab baru berapa tahun je baru cat stesen Mobil ni.Dia pesan kepada semua OWM, dapatkan segera Kad Petron Miles Privilege yang baru.Ada promosi 3000 points tukar kepada minyak RM45 dan peraduan menonton perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil 2014.