Followers

Tuesday, June 23, 2015

Lagenda Drama Melayu Terbaik

Sekarang ni kalau kita tengok dah bermacam-macam rancangan serta program TV berbahasa Melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke ala-ala drama latin la pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang Melayu beragama Islam. Yang tren terkini tajuk entah hapa-hapa. Ada satu tajuk tu mak aii... 'Kekasihku Dari Neraka'! Itu tak masuk lagi moral seorang isteri dalam drama terkini yang sering dipersoalkan.
Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu ek... di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.

1. Opah

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..

Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya

Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

2. Naik Tangga Turun Tangga

Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.

3. Rumah Kedai

Aku suka gak ngan citer nih. Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.

8. Hanbali seorang Jeneral

Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..

10. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!

Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Anjang Aki, Slot Spektra, Identiti. fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat Melayu beragama Islam.huh..

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-257878.html

Friday, June 19, 2015

Kapsul Masa Tun M 2087 The Mall

Sedihnya bila teringat kenangan zaman kanak-kanak dan remaja di The Mall atau Yaohan ni dulu... tetiba teringat kenangan pada tahun 1987 bersama ayah Admin pergi sini naik motor kapcai tukarkan tiket bas mini yang dikumpul semata-mata untuk dapatkan beberapa kotak tisu.Antara promosi memperkenalkan The Mall kepada warga KL ketika itu.

Anda budak super lejen jika mengetahui atau pernah melihat monumen kapsul masa Tun M ini!

Tanda tanya ke mana perginya kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall Kuala Lumpur pada tahun 1987 mula tersebar.

Pada 12 Jun 1987, sewaktu merasmikan bangunan pusat membeli-belah tersebut, beliau telah menanam sebuah kapsul masa yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087 iaitu 100 tahun akan datang.

Kapsul itu memuatkan coretan serta pesanan mantan perdana menteri itu buat generasi akan datang.

Namun, pusat beli-belah itu tidak bertahan selama yang diharapkan. Selepas 26 tahun beroperasi, The Mall berpindah milik kepada kumpulan syarikat Sunway Berhad berkuatkuasa 1 Mei 2013.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan mula dijalankan sejurus termeterai perpindahan milik tersebut.

Pada 28 Mei 2015, Sunway Putra Mall mula diperkenalkan kepada orang ramai.

Hampir tiga dekad berlalu, mungkin ramai yang sudah melupakan kapsul masa tersebut serta persoalan apakah mesej yang terkandung di dalamnya.

Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul itu kini selamat tersimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan tersebut, lapor portalBerita Daily.

“Kami sedar ia adalah sebahagian daripada sejarah The Mall selain kini bergelar barangan bersejarah. Banyak pihak termasuklah diri saya masih teruja semasa ia mula-mula ditanam dahulu. Pihak kami akan menjaga dan terus memelihara kapsul itu,” ujar jurucakap kumpulan berkenaan.

Daripada perspektif undang-undang dan teknikal, kapsul masa itu kini menjadi hak milik Sunway Putra Mall.

Jurucakap itu turut menambah, pengurusan Sunway Putra Mall tidak mempunyai perancangan untuk mendedahkan kapsul masa itu mahupun kandungannya kepada awam buat masa ini.

Namun begitu, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang menjelang tahun 2087.

Sumber Awani.

Monday, June 15, 2015

Fesyen 'Windbreaker' Zaman 90-an

Salah satu fesyen yang pernah menjadi kegilaan remaja di Wangsa Maju dulu sekitar tahun 1995 sehingga 1998 ialah mengenakan 'Windbreaker' tak kira siang atau malam.Okay... sebelum kita bercerita lebih jauh, mari kita kenali apa itu windbreaker.
Windbreaker ialah satu istilah pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik untuk dipakai bagi menghalang badan si pemakai daripada terkena angin sejuk dan air hujan yang renyai.Windbreaker cukup popular di Amerika Utara dan Jepun.Penduduk sana memakai windbreaker semasa awal musim panas dimana angin sejuk masih lagi bertiup.
Walaubagai manapun, ketika zaman 90-an, windbreaker cukup digemari oleh remaja Malaysia.Bukan sahaja nampak sporty, malahan memang cuaca di Malaysia terutama di bandar termasuk Wangsa Maju ketika itu masih dapat menikmati suhu yang sejuk kerana kesan 'Rumah Hijau' masih belum menunjukkan kesannya.
Kesan Rumah Hijau dapatlah ditafsirkan sebagai kegagalan keseimbangan dimana bumi tidak dapat melepaskan haba ke atmosfera kerana terperangkap dalam lapisan perangkap yang dicipta oleh manusia sendiri kesan daripada pembebasan bahan api fosil daripada kenderaan yang semakin banyak saban tahun, pembebasan CFC yang membentuk lubang di lapisan ozon, penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal dan banyak lagi jenis pencemaran.
Sebab itu dulu kita masih dapat rasa sejuk sampai ke tengahari berbanding sekarang kalau hujan waktu malam pun masih terasa bahang.Perasan tak dulu-dulu lepas hujan kita dapat dengar bunyi katak 'ong ong' begitu kuat kedengaran berkaraoke.Tetapi sekarang? Ke mana mereka pergi?

Monday, June 8, 2015

Malaysia Sebelum Tahun 1998

Ketidakstabilan politik, skandal dan fitnah yang tidak bernoktah, perpaduan rakyat yang goyah, MH370 dan MH17, pencerobohan Lahad Datu, jenayah berleluasa, banjir besar Pantai Timur dan terbaru gempa bumi di Sabah.Kadang-kadang aku rindu Malaysia zaman sebelum 1998.Itulah zaman kegemilangan kita.Zaman di mana ada rancangan tv 'Alam Ria Cuti Sekolah', 'Mega Movie', 'Maero Attack' dan 'Rumah Kedai', zaman buku Dewan Pelajar, Bambino, Al-Ain, Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis dibaca, zaman lagu-lagu evergreen tercipta, zaman kanak-kanak boleh berjalan-jalan di kaki lima tanpa rasa takut, zaman di mana permainan rakyat di mainkan, zaman ada 'Larian Jantung Hatiku', zaman kita sangat kenal siapa Datuk Bandar KL dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, zaman di mana Thailand, Indonesia dan Singapura belasahan Harimau Malaya, zaman KL pegang Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut, zaman anak-anak Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang membantu Malaysia merampas Piala Thomas, zaman team takraw Thailand goyang dengan libasan pemain kita, zaman di mana kita hormat dan takut dengan guru-guru kita... banyak sangat! Dan yang paling aku ingat, aku bangga bangun pagi menonton tv siaran langsung sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka setiap tahun.Selepas tahun 1998, segala-galanya berubah.

Ya Allah... Selamatkan Malaysia.Aku inginkan yang terbaik untuk negara ini.

Thursday, June 4, 2015

'Kepala Air' Sungai Pisang, Gombak

Gambar 'Kepala Air' baru-baru ini yang sempat dirakam kat Sungai Pisang, Gombak.Hati-hati kepada mereka yang melakukan ekspedisi ke sana ketika musim hujan.

Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air, buat di bahagian atau kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, jika tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik- belajar daripada kaki pancing.

Tanda-Tanda Kepala Air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau di tempat air jatuh mesti ada buih). Maksud saya, di tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul, itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudian, akan ada daun basah hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain. Biasanya perubahan ini sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Sama kes di Dam Chamang, Bentong, saya dah alaminya. Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

Gambar oleh Kelab Wangsa Maju Greener (WMGreener).

Tuesday, June 2, 2015

Suami Ratu Elizebeth II Di Kem Wardieburn

Gambar menunjukkan His Royal Highness, The Duke of Edinburgh (sekarang merupakan suami kepada Ratu Elizebeth II) sedang memeriksa barisan Kompeni 1, Batalion Pertama, anggota Rifle Brigade (1 RF) di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, Malaya pada 1hb November 1956 sebelum berlepas ke Singapura untuk mengawal rusuhan di sana.Kem ini kemudiannya diserahkan kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) sepenuhnya selepas kemerdekaan Malaya.
Gambar-gambar ini merupakan gambar paling lama dan vintage area Setapak, Wangsa Maju dalam simpanan arkib Admin.