Sempat juga merasa makan malam berhidang kat kampung waktu kecil dulu.Walaupun simple, dia punya sedap... mak aiihh... tak terbayang dengan kata-kata.Lepas makan ramai-ramai, dengan adik beradik dan sepupu duduk keliling pelita (tiada lagi bekalan elektrik masa tu) buat aktiviti main bayang-bayang, berborak, membaca buku atau mengaji.
Duduk kampung mata kita ni secara automatik cepat mengantuk bila pukul 10 malam dan automatik bangun awal (paling lewat jam 8 pagi).Tak perlu air cond bagai sebab suhu kampung memang sedap-sedap tak macam sekarang, panas tak kira siang malam.Pagi-pagi pulak berkabus.
Bila dah mampu beli generator, barulah pakai lampu elektrik tapi bunyi generator agak bisinglah nak buat macamana.Itupun minyak ngam-ngam start daripada pukul 7 malam sampai 12 tengah malam.Kalau ada cerita best midnight, terpaksa turun tanah kejap sedut minyak motor.Hehehe...
Rindu pulak dengan arwah atuk dan nenek... Al-Fatihah untuk mereka.Sesungguhnya pengalaman begini tidak dapat dijual beli.Saya rasa saya termasuk dalam generasi terakhir yang dapat merasai semua ini.
No comments:
Post a Comment