Followers

Showing posts with label Kenegaraan. Show all posts
Showing posts with label Kenegaraan. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

10 Fakta Menarik JPN dan Sejarah Pendaftaran Warga Malaysia

Pernah ke Jabatan Pendaftran Negara?

Mustahil tidak pernah. Kalau tak pernah ke Jabatan Imigresen tu lain lah. Bukan semua orang nak buat pasport. Sempena Hari Pendaftaran Negara pada 1 hb Oktober setiap tahun, di sini terdapat 10 fakta menarik untuk di baca oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan.


1. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang untuk mendaftarkan kelahiran telah wujud semenjak tahun 1868 di bawah Ordinance No. XVIII of 1868 (An Ordinance for the registration of Births and Deaths, Province Wellesly, 1st October 1868).

2. Dokumen pengenalan diri khususnya Sijil Lahir telah dikeluarkan bermula pada tahun 1881 apabila Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang mendaftarkan kelahiran seorang individu bernama 'Mat'.

3. Pemilihan 1 hb Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara mengambil kira peristiwa-peristiwa berikut :
Pertama, pada 1 hb Oktober 1868, Undang-Undang Pendaftaran Negara buat pertama kalinya dikuat kuasakan di Negeri-Negeri Selat dan peristiwa yang kedua, juga pada berlaku pada 1 hb Oktober 1948 apabila kad pengenalan pertama dalam bentuk kertas dikeluarkan bertujuan untuk memberi identiti diri kepada setiap penduduk negara ini.

4. Semenjak penubuhan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seramai 18 orang Ketua Pengarah telah menerajui jabatan ini dan bermula pada 26 hb Februari 1951, H.M Fletcher telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendaftaran Negara yang pertama.

5. JPN merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang mempunyai autoriti mengeluarkan MyKad berteknologi biometrik dan cip pertama di dunia kepada rakyat Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

6. Nombor kad pengenalan yang digunakan adalah sangat unik, mengandungi 12 angka di mana 6 angka yang pertama merupakan tarikh kelahiran, diikuti kod negeri atau negara kelahiran dan empat angka yang terakhir merupakan nombor siri dan indikator jantina.

7. Sehingga kini, JPN berfungsi mendaftar, merekod, mengeluarkan dokumen pengenalan diri, menyimpan serta menyelenggara seluruh rekod rakyat Malaysia berjumlah 28.4 juta dari tahun 1948 hingga 31 hb Ogos 2013.

8. Berdasarkan rekod, nama yang paling popular dan banyak didaftarkan berjumlah 79,936 adalah atas nama 'Fatimah', sejumlah 29,126 (Aminah), sejumlah 15,151 (Ah Moi) dan 10,866 (Ravi).

9. Terdapat juga nama-nama yang diambil sempena peristiwa yang berlaku seperti nama 'Malaysia' bagi 149 individu dan nama 'Merdeka' iaitu seramai 78. Nama-nama tersebut didapati telah didaftarkan atas anak lelaki dan juga perempuan.

10. JPN telah mengadakan kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji melalui sistem integrasi Pendaftaran Kematian JPN dengan Sistem Pendaftaran Jemaah di Pejabat Lembaga Tabung Haji di Mekah dan Madinah. Kerjasama ini bertujuan untuk merekod dan mendaftar kematian yang berlaku di Mekah dan Madinah secara 'online real time' ke Ibu Pejabat JPN. Kerjasama ini membolehkan JPN mengeluarkan sijil kematian dengan serta-merta untuk diserahkan kepada waris si mati di Malaysia.


Thursday, August 29, 2013

10 Lagu Patriotik Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman



1) MALAYSIA OH TANAHAIRKU

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

2) Warisan (Anak kecil main api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


3) SETIA

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Komen: Lagu ini ada banyak versi. Asalnya versi rancak, tetapi kemudian di 'evergreen' kan oleh RTM dengan gaya nyanyian yang mendayu-dayu. Di zaman kemuncaknya lagu ni lagu pilihan terakhir di RTM sebelum tamat siaran.

4) Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Komen : Cuba teka lagu siapa ni?

5) Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Komen: Aku tak rasa ramai orang ingat lagu ini. Back in those days.... rancak dan bersemangat lagu ni.

6) PERWIRA

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Komen : Ingat lagi citer Masam-Masam Manis? Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarhamah Saloma. 

7) Sejahtera Malaysia

 Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Komen : Ingat lagu ni ingat Roy. Pada zaman kemuncaknya Roy dianggap penyanyi patriotik kerana sering menjadi pilihan RTM untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotiknya. Selain sedap dinyanyikan secara koir, lagu ini juga boleh dinyanyikan berseorangan ketika sedang mandi.

8) Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Komen: Lagu immortal. Rasanya kalau Sudirman dapat royalti tiap kali lagu ni dipasang pada Malam Merdeka dia akan jadi lebih kaya dari John Lennon.tanda kalau lagu patriotik tu bagus, kanak-kanak boleh hafal lirik lagunya. Dan tak ada kanak-kanak di Malaysia ni pada zaman aku yang tak hafal lirik lagu ni. 

9) Warisan (Sudirman)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

  Warisan via YouTube

Komen : Lagu yang paling memberikan inspirasi. Terus terang aku cakap, Allahyarham Sudirman bukan penyanyi sebarangan.

10) BARISAN KITA

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Komen: The best patriotic song ever, musically and lyrically. Fun, inspiring and sad at the same time. Kalau dengar semangat berjuang tiba-tiba akan naik. Seriously... Memang tepat pemilihan lagu ini sebagai lagu rasmi Angkatan Bersenjata Malaysia.


Sunday, August 25, 2013

Di Ambang Kemerdekaan 1957 (Imbasan Kembali)

Peristiwa Di Malam Bersejarah





Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka). Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam. 





Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri. 


Rentetan Peristiwa / Acara


10.00 malam 

Di padang, wakil ahli-ahli Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3 bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki, seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.


10.30 malam 
300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.

11.55 malam 
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2 polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul Rahman. 



Apabila tiba, YTM Tunku telah disambut oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua Pemuda UMNO), Dato' Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T. Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.



11.58 malam 
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. 

12.00 malam 
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan 'Merdeka' oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 


Sepasukan 12 orang Pemuda dan Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA, 2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab. 



Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan 'Merdeka' yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 



Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan 'Merdeka' telah dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.


12.10 malam 

Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. 


Tunku Abdul Rahman mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air, iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku. 



Kalung emas dikalungkan ke leher Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali. 



12.25 malam 

Tunku Abdul Rahman berucap.

12.55 malam 
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
1.10 malam 
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.

1.25 malam 
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.

1.30 malam
Acara tamat.


P/S : Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-56!