Followers

Wednesday, May 6, 2015

Kenangan Public Phone Dan Uniphone

Zaman ini dimana public phone sangat-sangat penting untuk remaja yang bercinta.Oleh kerana penting, maka muncullah remaja Malaysia yang kreatif dan macam McGyver boleh tahu cara-cara menalefon secara percuma.Admin taknak bercerita panjang tentang caranya tapi yang paling tak tahan tu ada method guna public phone masuk 20 sen boleh cakap berejam.Hahaha...!
Ingat lagi Uniphone Card.Dulu ingat beli la yang harga 5 ringgit manalah tau boleh pakai waktu emergency.Maklumlah kad telefon masa tu dah kira canggih.Kesudahannya sampai sekarang tak terpakai.Seronok tengok kad je sebab gambar cantik-cantik.Hahaha...!
Ingat lagi zaman bergayut public phone kat Jusco dulu.Alaa... public kat tangga tu la.Sekarang ni dah takde dah.Masa zaman ada panggung wayang dulu berlambak budak-budak bergayut.Hisap rokok kat tanggala apala... berbulu je Pak Guard Blue Wave.Hahaha...!

~ We Are Lejen

Telefon, Telekom, Yellow Pages dan Daftar Nombor Telefon

Suatu hari tu pada tahun 1986, ayah bawak balik satu kotak.Aku pun perati je la.Mungkin barang daripada pejabat dia kot.Lepas tu aku tengok dia keluarkan telefon.Pergh... rumah aku ada telefon dah! Rupanya ayah baru balik daripada Jabatan Telekom.
Aku tanya ayah apa nombor telepon rumah kita? Dia cakap 411****.Masa tu masih tujuh angka lagi.Dan aku belajar kalau nombor KL dan Selangor mesti start dengan 03.Negeri lain aku tak tau masa tu.
Aku tengok ayah keluarkan 3 buah buku semua tebal-tebal.Hapa benda ni? Aku baca dia tulis 'Yellow Pages'.Ada dua, semua tulis dalam bahasa Inggeris.Aku tengok segala alamat kedai kat KL semua ada dalam ni.Satu lagi tu kaler biru kalau tak salah.Aku baca penuh dengan nama orang beserta nombor telepon dalam tu.Perghh... bayangkan seluruh warga KL yang ada telepon boleh dimuatkan dalam satu buku! Esok kat sekolah sibuk tanya kawan-kawan nama ayah masing-masing saje nak check kat buku tu.Hahaha...!
Ayah cakap kalau nak tau sekarang pukul berapa boleh call 1051 (kalau tak salah) dan call 101 untuk menghubungi operator.Dia boleh sambungkan pada mana-mana nombor telepon yang kita tak tahu.
Pastu ayah suruh tulis nombor telepon yang penting-penting kat nota sebalik cover plastik kat telepon.Yang selebihnya nombor kawan-kawan dan saudara-mara catat dalam buku nota besar.Korang ada pernah nampak tak buku tu lagi? Hahaha...!
Zaman ni kalau letak telepon dalam bilik dah kira dasyatla.Mintak tolong je jiran-jiran yang kerja technician Telekom baru cas RM15 je.Dan aku masih ingat lagi sekitar 1991, Telekom menyediakan perkhidmatan perbualan lebih daripada seorang.Contohnya korang boleh berbual sekali 3 atau 4 orang dalam satu masa.Tapi kena cas dengan telekom la.

Walaupun masa tu takde telefon bimbit ataupun smart phone, kita sebagai orang Wangsa Maju masih lagi keep in touch dengan rakan-rakan.Kini zaman semakin mudah, tetapi kita semakin jauh...

~ We Are Lejen

Sunday, April 12, 2015

Pakcik Samad Tukang Gunting Rambut Lejen

Dah lama tak datang ke kedai Pakcik Samad ni.Rasanya semenjak tahun 1995 dah.Mak aii... dah 20 tahun tak menggunting rambut dengan Pakcik Samad.Mengenangkan kisah Pakcik Samad yang lejen kat Wangsa Maju ni, Admin datang juga semata-mata nak bertanya khabar dan berkongsi pengalaman dengan orang Wangsa Maju yang lain.
Mengikut cerita Pak Samad, beliau mula membuka kedai gunting rambut ini pada tahun 1988.Masa tu kerusi gunting rambut diletakkan diluar rumah, kemudian diletakkan diruang tamu, kemudian di dalam bilik sehinggalah diletakkan diluar belakang rumah seperti sekarang ini.
Seingat Admin, fesyen yang paling terkenal sekali ialah 'Fesyen Sekolah' sebab ramai penduduk sini (Seksyen 1) menghantar anak-anak mereka menggunting rambut dengan Pakcik Samad atas faktor harga yang murah.Pakcik Samad ketika itu meletakkan harga budak sekolah atau belum bekerja sebanyak RM1.50 dan dewasa bekerja RM3 kalau tidak salah.Dulu waktu operasi ialah jam 9 pagi sampai 9 malam sebab Pakcik Samad kerja sekuriti sebelah malam tetapi kini tidak lagi.
Kalau nak tau kedai Pakcik Samad pun ada nama gak dulu dikenali sebagai 'Kedai Gunting Rambut Manja'.Dan ayat nota yang terkenal oleh kedai ini ialah 'Gunting rambut tempat lain tidak boleh diperbetulkan disini.'
Pakcik Samad ni boleh dikatakan agak Profesor Serba Tau jugakla.Macam-macam cerita boleh borak dengan dia termasuklah politik.Masa Admin budak-budak dulu, rasanya semua pernah kena tuduh kentut padahal dia yang kentut!
Admin pernah buat gaya GQ dan Bros.Dua gabungan fesyen yang menjadi kutukan selama 2 minggu kat sekolah.Hampeh tulla.Hahaha...!
Siap dah menggunting rambut hari ini sambil berborak isu semasa.Mujur takde sapa yang kentut semasa proses ini terjadi.Lagipun Admin pun bukan budak-budak lagi dan dia pun dah berusia.Mana nak layan benda-benda camni dah.
Akhirnya selepas bersalaman dan membayar RM5 kepada Pakcik Samad, Admin pun beredar sambil tersenyum tiba-tiba Admin teringat, lupa nak tanya apa tujuan atas kening pelanggan digosok oleh jari Pakcik Samad selepas selesai menggunting.Akhirnya rahsia itu kekal misteri.Rasanya itu kasi customer nampak berseri kot?