Followers

Thursday, October 13, 2016

Stesen Minyak Projet Yang Hilang Di Telan Zaman

Siapa tak kenal Projet dan Destina Seksyen 5 kat Wangsa Maju ni dulu; lambang kontemporari dunia kelab kereta dan penggemar kereta modified.Hujung minggu je penuh geng-geng kereta dan skuter serata KL melepak kat sini.Walaupun begitu datang melepak saja tak cukup.Kena isi minyak jugak baru bisnes jalan. Akhirnya semua stesen yang dipacu oleh Conoco Philips Co. pada tahun 2000 ini diambil alih oleh Shell (M) Bhd kerana semenjak tahun 2003, jualan runcitnya merudum teruk dan hanya menguasai 1% jualan petrol di Malaysia.Hanya ada 40 stesen Projet di seluruh negara yang tertumpu di Lembah Klang dan Projet Seksyen 5 (sebelah Carrefour ketika itu) adalah salah satu antaranya.

P/S : Sampai sekarang rase macam teringin je nak makan hot dog besar dalam cermin kedai serbanika tu tapi tak buat-buat sampai dah tutup terus!

Tuesday, October 11, 2016

Pengalaman Apabila Malam Menjelma Di Kampung

Sempat juga merasa makan malam berhidang kat kampung waktu kecil dulu.Walaupun simple, dia punya sedap... mak aiihh... tak terbayang dengan kata-kata.Lepas makan ramai-ramai, dengan adik beradik dan sepupu duduk keliling pelita (tiada lagi bekalan elektrik masa tu) buat aktiviti main bayang-bayang, berborak, membaca buku atau mengaji.

Duduk kampung mata kita ni secara automatik cepat mengantuk bila pukul 10 malam dan automatik bangun awal (paling lewat jam 8 pagi).Tak perlu air cond bagai sebab suhu kampung memang sedap-sedap tak macam sekarang, panas tak kira siang malam.Pagi-pagi pulak berkabus.

Bila dah mampu beli generator, barulah pakai lampu elektrik tapi bunyi generator agak bisinglah nak buat macamana.Itupun minyak ngam-ngam start daripada pukul 7 malam sampai 12 tengah malam.Kalau ada cerita best midnight, terpaksa turun tanah kejap sedut minyak motor.Hehehe...

Rindu pulak dengan arwah atuk dan nenek... Al-Fatihah untuk mereka.Sesungguhnya pengalaman begini tidak dapat dijual beli.Saya rasa saya termasuk dalam generasi terakhir yang dapat merasai semua ini.

Friday, October 7, 2016

Antara Kes Rasuah Dan Filem Tamil 'Citizen'

Patutla susah nak carik duit sekarang... rupanya kena sorok.

Kes rasuah yang menggemparkan ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Tamil bertajuk 'Citizen' [2001] lakonan hebat aktor Ajith Kumar (filem Tamil lebih sarat mesejnya dan realistik berbanding filem Hindustan yang penuh kepalsuan).Filem ini memberi mesej bahawa kerajaan yang sebenarnya bukanlah menteri, MP atau ADUN yang kita undi itu tetapi penjawat awam itulah kerajaan yang sebenarnya.Di pengakhiran filem itu, pesalah penjawat awam yang korup telah dijatuhkan hukuman yang terlalu berat dan tak terfikir oleh sistem perundangan.

Menteri tak perform, rasuah, next election kita boleh singkir.Tetapi penjawat awam cakaplah berapa kali election, dia tetap dengan jawatan itu sampai pencen.Makanya penjawat awam lebih terdedah dengan risiko rasuah berbanding ahli politik.Fikir-fikirkanlah...

Kepada penjawat awam yang kebal dengan integriti anti rasuah, sekalung tahniah dan semoga berjaya dunia akhirat.Kepada yang menggunakan pangkat, kuasa dan kedudukan untuk mengumpul harta... sila meninggal.