Followers

Friday, June 28, 2013

15 Ciri-Ciri Penganut Agama Syiah




Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini : 

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya warnanya saja hitam.



2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.



3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.



5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.



6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.



7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahli Sunnah.



8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.



9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Usman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.



10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.



11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.



12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan Al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.



13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.



14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.



15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.



Ketaksuban penganut Syiah terhadap Imam 12 walhal kebanyakkan mereka adalah Ahli Sunnah.


Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Mereka juga mengamalkan ritual yang terang-terangan bertentangan dengan Islam dan menyerupai ritual agama lain. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya.



Akhirnya, dengan hati yang terang Ahli Sunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhum yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Serbuan JAIS terhadap aktiviti Syiah di Selangor via Youtube

P/S : Pengikut-pengikut Syiah di Malaysia bukan calang-calang orangnya. Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan profesional seperti ahli politik, pensyarah universiti, guru-guru sekolah dan sebagainya. Mereka ini adalah golongan sasaran kerana kemampuan mereka menyebarkan fahaman Syiah. Ingatlah, apabila tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggi pula pangkat Iblis atau syaitan yang memperdayakan mereka...


Thursday, June 27, 2013

Rahsia Minyak Zaitun : Minyak Yang Makan Minyak


Saya pernah dengar seorang pakcik ni mengatakan minyak zaitun ialah 'Minyak Yang Makan Minyak'. Apa maksudnya pun saya tak berapa pasti. Tapi rasanya maksud pakcik tu mungkin begini : Minyak yang terbaik dan berkhasiat, tidak seperti minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari, minyak jagung dan sebagainya yang dimakan berlebihan akan memudaratkan manusia. Minyak zaitun ialah minyak yang bertindak sebagai penjaga kesihatan manusia. Jelas sekali minyak zaitun adalah salah satu pemakanan sunnah seperti bukti dibawah,

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat At-Tirmizi)
Zaitun atau lebih dikenali di dalam istilah saintifik sebagai Oleaeurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Pokok zaitun di Greece yang dipercayai berusia 1500 tahun.

Khasiat-khasiat minyak zaitun :

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melancarkan fungsi usus.
3. Menghalang pembentukan batu dalam hempedu.
4. Menyihatkan kulit, rambut dan kuku dengan cara menyapu ditempat berkenaan.
5. Membantu mencegah keracunan makanan.
6. Mencegah ulser perut dan mengurangkan risiko batu karang.
7. Minyak urutan untuk menguatkan otot dan sendi.
8. Menyingkir parasit pada usus dan mencegah kanser usus.
9. Memulih dan melancarkan sistem penghadaman.
10. Mereda dan memulihkan tahap kolestrol dalam badan.
11. Membantu menghilangkan kesan parut.
12. Mencegah dan memulih masalah arthritis dan penyakit gout.
13. Menjaga kesihatan buah pinggang.

Cara pengambilan : 1 sudu teh 2 kali sehari atau mencampurkan 2 sudu teh ke dalam setiap hidangan makanan harian anda. Gred yang boleh dimakan begitu sahaja ialah Extra Virgin Oil dan pastikan tahap keasidan pada label adalah kurang daripada 1%.

Minyak zaitun mempunyai gred yang berbeza-beza. Ini membezakan penggunaannya sebagai minyak masakan, perasa tambahan dalam makanan, sebagai ubat-ubatan dan sebagainya. Malahan pakar-pakar masakan daripada Eropah seringkali menganggap minyak zaitun sebagai minyak masakan yang terbaik dan mempunyai class nya yang tersendiri. Walaubagai manapun, harganya yang mahal berbanding minyak masakan biasa membuatkan kita berfikir dua kali untuk membelinya.

Saya pernah ke farmasi demi mencari krim untuk kulit anak saya yang sering kering dan menggelupas. Sebelum ni saya menggunakan Vaseline dan beberapa jenama tetapi tidak menunjukkan hasil positif. Akhirnya farmasis syorkan saya minyak zaitun dalam botol kecil khusus untuk kulit (sebenarnya sama sahaja dengan gred extra virgin yang dijual di supermarket). Setelah menggunakan beberapa kali, nampak perubahan positif kepada kulit anak saya. Rupanya penyakit Ekzema juga sesuai diubati dengan minyak zaitun. Insaf saya kerana kita sibuk-sibuk cari ubat moden, Rasulullah rupanya dah lama rekomen minyak ini kepada umatnya.

Minyak zaitun 250 ml keluaran Turki (RM12 pasar malam)

Saya selalu beli minyak zaitun kat pasar malam aje...

P/S : Post seterusnya saya akan perkenalkan tiga lagi makanan sunnah iaitu susu kambing, buah kurma dan cuka kurma. Banyak kelebihan makanan sunnah kepada kesihatan kita. Kita saja yang selalu lupa atau tidak mengetahui kerana lebih mempercayai perubatan barat.


Sunday, June 23, 2013

Catatan Alam 2013 : Jerebu Oh! Jerebu...


Apa itu Jerebu?

Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jerebu terhasil daripada aktiviti perindustrian, pelepasan jana kuasa, kenderaan dan pertanian. Asap  daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu.



Kesan-kesan jerebu terdiri daripada empat aspek utama iaitu kesan kepada kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan sosial.
KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN MANUSIA.
o    Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
o    Antara golongan yang berisiko tinggi menerima kesan buruk ketika jerebu ialah :
  • kanak-kanak
  • orang tua
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
  • mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
Simptom-simptom gejala jerebu


KESAN JEREBU TERHADAP EKONOMI.
  • Pelancongan
Apabila semakin banyak partikal dan asap yang berkumpul di atmosfera, warna atmosfera akan menjadi keperangan, menyebabkan  tahap penglihatan buruk yang secara tidak langsung akan menggangu jadual penerbangan kapal terbang dan kapal laut di Malaysia. dianggarkan  sektor perlancongan di Asia tenggara mengalami kemerosotan sebanyak  9.3 bilion dollar Amerika yang disebabkan oleh pembatalan dan kelewatan pengangkutan udara.
  • Perusahaan dan perniagaan
Jerebu yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan darurat di Port Klang dan Kuala Selangor. Malahan, hampir semua institusi pengajian, pejabat kerajaan dan swasta termasuk kawasan pembinaan dan kuari-kuari terpaksa ditutup. Selain itu juga, restoran serta perusahaan kecil dan sederhana juga terpaksa ditutup untuk sementara waktu.
  • Pertanian
Jerebu telah menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran tanaman bagi sumber makanan. jerebu telah menghalang cahaya matahari yang penting bagi tujuan fotosintesis bagi tumbuhan. Dan menyebabkan tumbuhan menjadi layu. Selain itu juga, asap dan habuk-habuk jerebu  juga mendap di atas daun-daun tumbuhan dan menutup pintu-pintu stomata yang penting bagi tujuan transpirasi tumbuhan.
KESAN JEREBU TERHADAP PERSEKITARAN
Dalam aspek alam sekitar, jerebu disebabkan oleh pencemaran yang berlaku dari cahaya matahari . Jerebu memberi impak kepada pemandangan pada persekitaran yang mempengaruhi aspek kejelasan, warna, rupa, tekstur dari kaca mata tumbuhan haiwan dan manusia terutamanya.
Malaysia dan Indonesia menghadapi jerebu disebabkan oleh pembakaran terbuka. Jerebu menyebabkan masalah persekitaran seperti pencemaran air. Jerebu terdiri daripada kandungan asap, zarah, debu dan agen biologi yang akan menyebabkan pencemaran pada komponen air seperti empangan apabila hujan turun. Toksik di dalam air ini juga memberi kesan kepada hidupan akuatik seperti ikan.
Sementara bagi negeri Iceland dan Mexico menghadapi jerebu disebabkan oleh letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi merembeskan abu dan gas ke atmosphera dan memjejaskan cuaca.  Sulfur dioksida yang berlebihan bercampur dengan wap air menghasilkan sulfurik asid akan memantulkan cahaya matahari dari bumi dan memberi kesan kepada pembesaran tumbuhan.
KESAN JEREBU TERHADAP SOSIAL
1.      Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah dan digalakkan untuk memakai topeng muka jika mereka keluar dari rumah untuk mengelak daripada penyakit.
2.     Hampir semua pejabat ditutup yang membawa kepada kejatuhan harga pasaran saham secara drastik.
3.     Proses pembelajaran terganggu apabila pusat pengajian terpaksa ditutup kerana asap jerebu  boleh membahayakan kesihatan para pelajar.
4.     Jerebu teruk yang berlaku di Malaysia telah menyebabkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia menjadi sedikit renggang yang berpunca daripada pembakaran terbuka di Indonesia.
5.     Komunikasi di antara manusia menjadi agak terbatas.
6.     Jarak penglihatan yang berkurangan menjadikan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat menjadi sukar.

KESIMPULAN
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Kurangkan aktiviti luar terutama aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan memakai penutup hidung ketika berada di luar bangunan dan membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Sumber rujukan : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Saturday, June 22, 2013

Senarai Game-Game Micro Genius Yang Osem!

Ada sekali anak buah aku pernah bertanya, "Uncle masa kecik-kecik dulu tak minat main video game ke macam X-Box ke... Play Station ke?

Aku pun tersenyum sambil menjawab, "Uncle main jugak video game ni tapi sekarang dah tak minat dah."

Zaman aku dulu manalah ada Play Station, PSP, X-Box menatang alah semua nih. Cuma ada satu je jenama yang popular masa tu... 'MICRO GENIUS'!

Set lengkap Micro Genius, each sold separately!

Bila aku bagitau masa aku kecik dulu takder mende alah ni semua, mesti dia ingat zaman kanak-kanak aku dulu membosankan.

Kalaulah dia tau betapa hantunya aku dan budak-budak sezaman dengan aku, main game Micro Genius masa cuti sekolah daripada tengah hari sampai kul 8 malam (kena stop sebab orang tua
nak tengok berita), pastu sambung kul 10.30 malam (selepas abis dunia jam 10) sampai ke subuh, mesti dorang tergezzuut!

Oklah, jom mengenang kembali game-game Micro Genius yang pernah menjadi ketagihan kita suatu ketika dahulu :
                                               
Xevious

Yie Ar Kung Fu*

Twin Bee

1942*

Macross

Exciting Soccer Konami Cup*

Karateka

Bomber Man**

Contra*

Galaga

Adventure Island*

Ice Climber

Load Runner

Excite Bikes

Circus Charlie*

Donkey Kong Jr.

Battle City*

Dig Dug

Tetris

Mappy**

Pac Man

Road Runner

Super Mario**

* My feveret
** My sooper feveret

Aku tak masukkan game Street Fighter, Marvel Superheroes, Samurai, Mortal Combat dan Dragon Ball Z sebab game-game ni ada class nya yang tersendiri.

P/S : Micro Genius ialah syarikat permainan video yang berpengkalan di Taiwan ketika lewat 80-an. Mereka banyak mengubahsuai permainan video daripada Jepun seperti Konami dan Nintendo dalam strategi marketing mereka. Pada tahun 1994, Micro Genius telah menghentikan pengeluaran permainan mereka disebabkan kemunculan permainan video generasi terbaru. Game-game Micro Genius dulu sungguh simple, tidak kompleks macam video game zaman sekarang but still kita ketagih nak main. Osemmm!!!


Friday, June 21, 2013

Kisah Lucu Dan Sedih Umar RA Kepada Rasulullah



Suatu ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para sahabatnya, Rasulullah berkata pada Umar RA,

"Cuba ceritakan kepadaku kisah yang membuat aku ketawa dan membuat aku menangis."

Kemudian Umar RA pun bercerita. "Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung manisan itu."

"Demi Lata Uzza Mannat Engkau lah yang mulia, beri aku makanan sebagai rezeki darimu." Kataku. Waktu itu aku menyembah patung namun perutku sedang lapar. Selesai menyembah berhala aku menuju ke dapur, tidak aku dapatkan makanan di sana lalu aku kembali ke ruangan persembahyangan. Tidak ada makanan selain Tuhan sembahanku, akhirnya dengan rasa sesal aku memakan Tuhanku sendiri yang ku sembah-sembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut bermula dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tidak tinggal. "

Mendengar cerita Umar Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi gerahamnya, Baginda bertanya,

"Di mana akal kamu masa itu?"

Umar Menjawab, "Akal kami memang pintar tetapi sembahan kami yang menyesatkan kami."

Lalu Rasulullah berkata kepada Umar,

"Ceritakan kepadaku hal yang membuat aku menangis"?

Umar pun memulakan ceritanya "Dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut ke suatu tempat, tiba di tempat yang aku tuju, aku mula menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku akan membersihkannya."

"Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku mencampakkan anak perempuanku ke dalam lubang. Burrr .... dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang-ngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang. "

Mendengar cerita itu menitislah air mata Rasulullah. Begitu juga dengan Umar menyesali perbuatan jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.



Tuesday, June 18, 2013

Video Clip Dan MP3 Pilihan Blog OWM


Lagu : Hitam Putih Kehidupan
Nyanyian : Dato' Sheila Majid
Pencipta : Adnan Abu Hassan
Lirik : Habsah Hassan
Tahun di keluarkan : 1987


HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan...



P/S : Minat betul lagu ni... Teringat zaman kanak-kanak yang serba indah bila terdengar lagu ini. Lirik sungguh bermakna tak seperti lirik merapu lagu hari ini. Walaupun video clip di edit oleh orang lain tetapi maksud lirik ini adalah sama. Bagus dijadikan pemangkin semangat dalam mengharungi cabaran kehidupan. Berfikir sebelum melakukan perkara-perkara yang bodoh dan bakal merosakkan diri sendiri!


Monday, June 17, 2013

Filem Seram Retro 'Toyol' 1981

Inilah filem seram retro era 80-an yang kalau kita tengok pada hari ini masih meninggalkan kesan seram pada bulu roma kita. Cerita biasa-biasa sahaja, tapi disebabkan kita menonton filem ini masa zaman kanak-kanak, mungkin inilah yang menyebabkan pengaruhnya masih melekat.

Dibintangi oleh Sidek Husein yang mendukung watak ikon 'Bachok' (bukan mendukung biawak hidup yer..), Mahmud Jun, Normadiah, Yahya Sulong, Ayapan, Sharifah Hasnor dan ramai lagi. Jangan lupa seorang pelakon kerdil yang juga berlakon dalam filem ini. Dia agak familiar dalam filem-filem era 80-an. Aku suspek dia ni jugakla yang berlakon sebagai 'Toyol' tuh. Hahaha...






Filem ini memang cukup seram waktu aku tengok dulu (sekarang tak taulah). Kan ada adegan pocong bangkit daripada kubur... Ingat lagi adegan toyol muncul dalam cermin masa bini Bachok (kalau tak silapla) tengah sikat rambut? Wow... meremang jugakla bulu roma masa tu. Satu lagi adegan yang toyol tu panggil nama Bachok : Bachok... Bachok... mari Bachooookkk.... hu... hu... hu... Seram dowh...






Oklah, kita cerita sinopsis pulak. Jalan cerita dia kepada yang dah lupa, aku ringkaskan jer...

1. Bachok seorang pemuda dan suami yang miskin.
2. Takder ikhtiar lain selain berhutang dengan bosnya seorang tauke pembinaan.
3. Dah berhutang takder duit pulak nak bayar hutang.
4. Kehidupan semakin terhimpit dan toyol menawarkan bantuan.
5. Kehidupan menjadi mewah dengan bantuan toyol.
6. Lupa anak bini, berjoli sakan dengan asyik turun naik kelab malam hampir setiap malam. 
7. Lupa pulak nak bagi toyol makan.
8. Toyol bengang dan membuat chaos satu kampung.
9. Kemunculan orang kampung dan Pak Imam untuk menangkap toyol.
10. Bachok dan toyol mati terbakar berpelukan selepas disiram air yang dibacakan ayat Quran oleh Pak Imam.

Begitulah ceritanya... kalau korang rajin pergila carik vcd atau dvd cerita ni kat kedai. Sekali sekala layan gak cerita seram retro nih. Hahaha...

Full movie 'Toyol' via Youtube