Followers

Sunday, August 30, 2015

Doa Keramat Kemerdekaan Malaysia

Selalu bila menyebut tanggal kemerdekaan, kita semua hanya membayangkan laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman sahaja.Pernahkah anda mendengar atau membaca isi kandungan doa oleh Mufti pertama Malaya sebelum peristiwa bersejarah itu bermula? Kepada yang muslim mari kita baca kembali doa keramat ini dan ameenkan bersama...

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Gambar Satelit Wangsa Maju Tahun 1989

Mari kita teliti gambar satelit yang admin godam daripada fail sulit CIA, FBI dan US Military.Gambar menunjukkan sebahagian Wangsa Maju pada tahun 1989.Perhatikan tapak X-Game BMX yang kini menjadi Alpha Angle, lereng bukit Telekom Seksyen 4 yang pokoknya masih muda belia, tapak Hospital Angkatan Tentera Seksyen 2, padang besar lejen sebelah Masjid Assa'adah Seksyen 1 dan loji kumbahan yang kini menjadi Desa Andaman.

#30TahunWangsaMaju

Tuesday, August 4, 2015

The Lejen Of MacGyver

Lagi-lagi nostalgia. Sekarang aku nak cerita tentang idola masa zaman budak-budak. Namanya Macgyver. Dia seorang tokoh fiksyen di siri TV berjudul sama, Macgyver, yang dilakonkan oleh Richard Dean Anderson (Gila, aku masih ingat nama aktor ini). Masih teringat dulu, time-time macam ni lah, jam 8.30 malam (dulu berita setengah jam aje), aku pasti sudah stay tune kat channel TV3. Aku tak mau ketinggalan satu episod pun dari cerita dia ni Mungkin bagi budak-budak lejen sezaman aku pun rase camtu, betul tak?!?!?!

Macgyver adalah seorang yang tidak hanya pandai, tetapi juga cerdik dan kreatif. Dalam memerangi segala macam kejahatan, Macgyver tidak pernah menggunakan senjata api. Bahkan ketika sebuah pistol tanpa sengaja tergenggam di tangannya, dia memilih untuk membuangnya. Ini semua kerana masa kecilnya yang sadis. Senjata api pernah membunuh kawan rapatnya semasa kecil.

Untuk melawan musuh-musuhnya, dia memanfaatkan kemampuannya dalam bidang fizik dan kimia. Bahan-bahannya pun ada yang seadanya. Didapatkan langsung dari tempat kejadian dimana dia berada ketika itu, boleh jadi di hutan, boleh jadi di gudang (biasanya si Macgyver selalu ditawan di gudang), di dalam bangunan, di bawah runtuhan salji atau di mana saja. Hanya dengan bahan-bahan di sekelilingnya, Macgyver mampu mencipta ‘senjata’ yang digunakan untuk melawan musuhnya atau melepaskan dirinya. Aksi penuh idea kreatif inilah yang membuatkan aku dan banyak kawan-kawan sebaya aku mengidolakan si Macgyver ini.

Macgyver dibantu oleh seorang rakan kerja yang paling setia bernama Pete Thornton, seorang lelaki gemuk dan berkepala botak. Dia adalah Pengarah Operasi di Phoenix Foundation, tempat Macgyver bekerja.

Selain rakan Macgyver juga mempunyai musuh ketatnya seperti dalam filem-filem fiksyen superhero yang lain. Musuh ketat Macgyver  adalah seorang lelaki cerdik bernama Murdoc. Si Murdoc ini musuh yang diceritakan tidak pernah gagal. Macgyver tidak pernah dapat menangkapnya. Selalu saja, ketika si Murdoc ini hampir terbunuh ataupun Macgyver hampir menangkapnya, tiba-tiba dia boleh meloloskan diri. Si Murdoc ini juga pakar dalam hal menyamar serta mencipta bom.

Tu dia untuk kali ini... sambung balik tengok citer merapu zaman sekarang kat tv.Hehehe...