Jalan paling teduh di seksyen 1.Daripada blok B hingga D.Kalau takde Desa Andaman seberang tu, daripada traffic light blok A sampai D memang teduh dengan pokok-pokok yang colourful.Sayang... sepatutnya idea landskap itu dikekalkan.Nak tunggu pokok besar memang makan puluhan tahun.
Saturday, May 31, 2014
Kitar Semula Untuk Amal?
Projek 'Kitar Semula Untuk Amal' tidak akan berjaya dilaksanakan disini sebab kita sudah ada pengitar semula yang bergiat secara aktif.Apa yang kita perlu ialah pengurusan sampah yang efektif.
Sakit Gigi? 9 Petua Untuk Anda...
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
8) Sapukan minyak zaitun yang dicampurkan habatussauda pada gigi yang sakit.
9) Jumpa doktor gigi!
Friday, May 30, 2014
Imam Haji Abdul Hai
Imam Haji Abdul Hai selalu memberi ceramah ringkas menyentuh pelbagai permasalahan masyarakat Islam sebelum memulakan khutbah Jumaat.Maka datanglah awal ke Madrasah Assa'dah dan pilihlah saf yang depan berhampiran Imam.Beliau juga mengajar anak-anak kejiranan membaca Al-Quran di Blok D4 Seksyen 1.Doa beliau sungguh menginsafkan jemaah sehingga kadang-kadang mengalirkan air mata terutamanya selepas Solat Aidilfitri.Antaranya berbunyi, "Sedangkan panas di dunia pun kami tidak tahan, inikan pula panas api neraka Mu Ya Allah...".
Wednesday, May 28, 2014
Kemangkatan Sultan Berjiwa Rakyat
Jam 1.30 tengah hari tadi khabar duka menjengah negara apabila bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia, DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah disahkan mangkat.
Pemergian almarhum yang juga Sultan bagi Perak Darul Ridzuan menyentuh hati banyak rakyat kerana jasa beliau kepada negara.
Dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Sultan Azlan dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 selepas kemangkatan Sultan Idris Shah pada 3 Februari 1984.
Salah satu perkara yang diingati rakyat Perak terhadap Sultan Azlan adalah kemurahan hati baginda mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan jubli perak sempena 25 tahun pemerintahan baginda di negeri berkenaan pada 3 Februari 2009.
HAKIM TERMUDA
Sebelum bergelar sultan, baginda yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of Nottingham, United Kingdom pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Malaysia.
Pada 1965 ketika berusia 37 tahun, Sultan Azlan mencatat sejarah sebagai hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Seterusnya, Sultan Azlan terus mendaki puncak karier kehakiman apabila menduduki kerusi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya seterusnya Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara.
PEMINAT HOKI
Bagi peminat hoki, jasa Raja Azlan terhadap sukan ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Meminati sukan ini sejak zaman persekolahan, baginda mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 1983.
Dedikasi terhadap sukan ini turut menyaksikan baginda hadir ke setiap kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
Jasa Sultan Azlan ketika hayat dibuktikan menerusi sumbangan dan anugerah yang diterima baginda baik dari Malaysia mahu pun negara luar.
Antara sumbangan baginda adalah bergelar Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi dan Canselor Universiti Malaya (UM).
Baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh UM, Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (USM), Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang (University of Nottingham), ‘Kerusi Kehormat’ (Lincoln’s lnn, London), Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (Universitas Gadja Mada, lndonesia), Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (Universiti Brunei Darussalam), Ijazah Kehormat (Universiti Chulalongkon,Thailand), Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland, Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England.
DUA PUTERA, TIGA PUTERI
Hasil perkahwinan dengan Tuanku Bainun Mohd Ali, Sultan Azlan dikurniakan dua putera dan tiga puteri iaitu Raja Nazrin Shah, Raja Azureen, Almarhum Raja Ashman Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Kecemerlangan baginda dalam pelajaran dan hidup turut tercermin pada keturunan apabila kesemua anakanda baginda mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.
Sesungguhnya kecemerlangan, kehebatan dan jasa almarhum akan sentiasa dalam kenangan.
Marilah kita sama-sama menitipkan doa semoga roh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang diredai Allah SWT. Al-fatihah.
Tuesday, May 27, 2014
Sebelum SKWM1 Wujud...
Selamat bercuti kepada semua murid-murid sekolah OWM!
Friday, May 23, 2014
Imam Haji Abdul Aziz
Dah dekat 30 tahun OWM mendengar khutbah dan taranum Imam Haji Abdul Aziz.Tenang sekali bacaannya ketika mengimamkan solat.Beliau berasal dari Perak, selalu tersenyum dan mudah di lihat 5 kali sehari berulang alik berjalan kaki ke Madrasah Assa'dah.Admin selalu teringat nasihat beliau sebelum memulakan solat, "Lurus dan rapatkan saf, berserah diri kepada Allah...".
Wednesday, May 21, 2014
Tuesday, May 6, 2014
Selamat Tinggal Bujang Lapok Terakhir...
Tepat jam 2 pagi tadi, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita seorang lagi seniman tanah air yang cukup disegani, Dato' Aziz Sattar, telah pulang ke Rahmatullah.
Berita sedih tersebut telah disampaikan oleh cucu Allahyarham iaitu Abu Ubaidah menerusi lama sosial Twitter miliknya.
Sebelum itu, pada malam kelmarin Allayarham telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat serangan jantung. Pada tengah hari semalam, Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, mengesahkan bapanya dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya dilaporkan stabil.
Terkenal sebagai seorang pelakon dan pelawak serba boleh, Allayarham meninggalkan seorang balu, Khairuddin Haiyon. Serta 7 anak, 19 cucu dan lima cicit (hasil empat kali perkahwinan beliau sebelum ini).
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Selamat tinggal bujang lapok terakhir... Industri perfileman negara sesungguhnya kehilangan sebutir lagi permata berharga.