Tepat jam 2 pagi tadi, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita seorang lagi seniman tanah air yang cukup disegani, Dato' Aziz Sattar, telah pulang ke Rahmatullah.
Berita sedih tersebut telah disampaikan oleh cucu Allahyarham iaitu Abu Ubaidah menerusi lama sosial Twitter miliknya.
Sebelum itu, pada malam kelmarin Allayarham telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat serangan jantung. Pada tengah hari semalam, Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, mengesahkan bapanya dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya dilaporkan stabil.
Terkenal sebagai seorang pelakon dan pelawak serba boleh, Allayarham meninggalkan seorang balu, Khairuddin Haiyon. Serta 7 anak, 19 cucu dan lima cicit (hasil empat kali perkahwinan beliau sebelum ini).
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Selamat tinggal bujang lapok terakhir... Industri perfileman negara sesungguhnya kehilangan sebutir lagi permata berharga.
Apabila bercakap mengenai berpuasa, dah lebih seminggu kita menjalani kehidupan dalam kesederhanaan. Tak lama lagi nak raya, jadi pastinya stesen radio berlumba-lumba menyajikan kita dengan bermacam-macam lagu raya.
Pun begitu, 99 peratus, saya tetap menyukai lagu raya versi lama atau asal, malahan terus menjadi pilihan stesen radio utama juga. Kenapa senario seperti ini berlaku? Jadi, di sini saya ingin berkongsi pendapat, kenapa lagu raya versi asli tetap menjadi pilihan stesen radio berbanding lagu raya yang dirakam semula dan diberi nafas baru.
Bagi saya secara peribadi, lagu raya versi asli atau yang lama lebih menusuk kalbu. Budaya muzik dan nyanyiannya, memang budaya Melayu 100 peratus. Penyanyi yang memberi nafas baru kepada lagu raya asli, lebih menjana ke arah kebaratan yang langsung tidak ada jiwa Melayu.
Seperkara lagi, peralatan muzik yang digunakan tidak asli, bunyinya seolah-olah palsu. Mutunya tidak sama dengan peralatan muzik zaman dulu. Dulu peralatan muzik semuanya asli, tidak ada sampler dan sintesis. Di situ saja sudah hilang keaslian muzik berkenaan sebanyak 60 peratus, ditambah dengan nyanyian yang tidak ke arah kemelayuan, peratusan terlalu banyak kebaratan.
Apabila kita orang Melayu, jiwa kita apabila Hari Raya, mesti hendak balik kampung, kita ibarat balik ke asal, 'Back To Basic', pulangnya ke kampung berhari raya, budaya Melayunya terlalu tebal. Bersama iringan muzik yang tebal jiwanya dengan budaya Melayu, di situlah keutamaan lagu raya yang asli senang di terima, budaya Melayu harus kekal 100 peratus, bermula dari alat muzik hinggalah nyanyian penyanyi berkenaan.
Kepada komposer yang ingin menghasilkan lagu raya moden, jiwa lagu itu harus menuju kemelayuan 100 peratus. Jiwa Melayu kita tidak boleh dimodenkan. Budaya Melayu tidak boleh dibunuh dalam jiwa lagu raya itu. Cita rasa saya secara peribadi, saya menerima saja lagu raya versi lama mahupun baru asalkan ia berteraskan keadaan dan budaya hari raya.
P/S : Lagu raya kegemaran saya adalah dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dendang Perantau), Allahyarham Sudirman Haji Arshad (Balik Kampung) dan tidak lupa daripada kumpulan Black Dog Bone (Cahaya Di Aidilfitri). Anda bagaimana?
Masa zaman sekolah rendah dulu, sekitar tahun 1989 kalau tak silap, aku sangat suka tengok drama bersiri Rumah Kedai kat TV3 setiap kali bulan puasa sebelum berbuka. Drama bersiri 30 minit dorang tayang dalam pukul 5 atau 5.30 petang camtu ler. Pelakon-pelakonnya kalau yang aku masih ingat lagi, Allahyarham Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, Allahyarham Sudiro Sukirman, Rosnah Mat Aris, Khatijah Tan, Asilah Rafar dan lain-lain.
Kenapa ek aku suka tengok citer ni? Maybe sebab ni cerita keluarga kot yang ada bisnes rumah kedai. Tahun pertama Rumah Kedai ni, latar tempat masih kedai runcit kat kampung, owner nyer pasangan suami isteri Yusof Mohamad dan Kartina Aziz, tapi aku dah lupa nama watak dorang, Pak Usop kot ngan Mak Jah kot. Pak Usop ni di gambarkan latar belakang agamanya bagus.
Aku suka tengok watak Kartina Aziz sebab dia nampak motherly dan taat pada suami dalam siri ni. Pernah ada satu episod tu kalau tak silap, macam dia ada wat salah ngan husband dia, menangis-nangis mintak ampun. Dorang ada 3 orang anak kalau tak silap aku, yang bongsu pompuan nama Aisyah. Rosnah Mat Aris rakan sekampung yang wataknya ala-ala Joyah sikit. Aku rasa since drama ni jugak la Kartina Aziz dan Rosnah Mat Aris mula di kenali oleh peminat drama.
Arwah Sudiro Sukirman terkenal dengan watak Tapa dalam drama ni, pekerja kat rumah kedai tu. Geng dia Harun Salim Bachik, nama watak dia aku rasa macam Remy. Tahun kedua tayang kat TV, bisnes umah kedai dorang tu dah maju la so dorang bukak pasar mini. Since drama ni pun dah lebih 20 tahun aku rasa, so sah-sah la tak banyak mende yang aku ingat. Cuma yang pasti, 'Rumah Kedai' ni sarat dengan kisah-kisah yang selalu terjadi dalam masyarakat. Tak lupa juga nasihat Pak Usop yang mempunyai unsur-unsur keagamaan di setiap pengakhiran episode dengan cara bersahaja.
Tapi ini antara mende yang aku teringat setiap kali bulan puasa... Aku rasa macam dok terngiang-ngiang lagi lagu tema drama ni kat telinga aku ni...
P/S : Aku rasa inilah antara sebab-musabab puasa dan aidilfitri kita di zaman kanak-kanak dahulu begitu meninggalkan kesan... ~miss a great time~
P/S : Minat betul lagu ni... Teringat zaman kanak-kanak yang serba indah bila terdengar lagu ini. Lirik sungguh bermakna tak seperti lirik merapu lagu hari ini. Walaupun video clip di edit oleh orang lain tetapi maksud lirik ini adalah sama. Bagus dijadikan pemangkin semangat dalam mengharungi cabaran kehidupan. Berfikir sebelum melakukan perkara-perkara yang bodoh dan bakal merosakkan diri sendiri!
Pelakon komedi terkenal era 50-an, seniman S.Shamsuddin meninggal dunia pada hari ini di kediamannya Jurong, Singapura pada jam 10.56 pagi.
Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun disebabkan sakit tua.
Salah seorang anaknya, Noredah, mengatakan ayahnya telah tidak sedarkan diri pada sebelah pagi dan menghantar ayahnya terus ke hospital. Walau bagaimana pun, arwah di sahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsuddin Bin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan 7 orang anak.
Seorang anaknya yang bernama Ariff merupakan pelakon pelawak TV Singapura.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allayarham Tan Sri P.Ramlee dan Dato' Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga memang cukup popular dalam filem 'Bujang Lapok'.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham membintangi kira-kira 30 filem termasuk 'Nujum Pak Belalang', 'Nasib Si Labu Labi', 'Tiga Abdul' dan 'Setinggan'.
Allahyarham pernah menerima bayaran sebanyak 3 ringgit sebagai pelakon tambahan ketika di awal kemunculan beliau dalam perfileman melayu. Beliau kemudiannya diambil bekerja oleh MFP sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang penggambaran dengan gaji sebanyak 50 ringgit sebulan.
Kerjaya Allahyarham mula menyinar apabila di pilih sebagai pelakon utama dalam filem 'Tas Tangan Wanita' arahan Dato' L.Krishnan pada tahun 1952.
Namanya di kemuncak apabila P.Ramlee mengarah filem komedi pertama pada tahun 1957 iaitu filem 'Bujang Lapok' yang menggabungkan trio komedi terhebat dalam sejarah perfileman melayu.
Berikutan kejayaan besar itu, P.Ramlee melanjutkan watak 'Bujang Lapok' melalui 3 buah filem lagi iaitu 'Pendekar Bujang Lapok', 'Seniman Bujang Lapok' dan 'Ali Baba Bujang Lapok'.
Filem berunsur drama berat ini di sulami dengan kelucuan yang di hidupkan oleh lakonan S.Shamsuddin bersama sahabat-sahabatnya.
Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin...
Baginda ialah sebuah filem masyarakat arahan Aziz M.Osman, yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1997. Filem yang dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Datuk Jalaluddin Hassan ini merupakan filem mengangkat tema kesedaran guru memilih antara niat ikhlas untuk mengajar atau wang ringgit.
SENARAI PELAKON :
Azean Irdawaty sebagai Cikgu Azian (Pelakon Utama)
Jalil Hamid sebagai Cikgu Syukri (Pelakon Utama)
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Cikgu Bakar (Pelakon Utama)
Benjy (Pelakon Pembantu)
Dilla Ahmad (Pelakon Pembantu)
Chef Wan (Pelakon Pembantu)
Jaafar Onn (Pelakon Pembantu)
Louisa Chong (Pelakon Pembantu)
Trio SMWM1 : Ajoy, Azam dan Allahyarham Nas (Pelakon Pembantu)
Trio SMWM1 dalam 'Baginda' : Ajoy (kiri), Allahyarham Nas (belakang) dan Azam (tengah)
SINOPSIS
Baginda mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Azian (Azean Irdawaty) seorang guru yang telah mencipta kejayaan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Dia juga terpaksa menghadapi pelbagai masalah sekolah swasta yang diwariskan kepadanya oleh pakciknya Mahmud Baginda.
Kolej Mahmud Baginda selepas kematian pengasasnya Mahmud Baginda, bukan sahaja menghadapi masalah para pelajar yang tidak berdisiplin, rendah moral tetapi juga para guru yang hilang minat mengajar.
Kemerosotan Kolej Mahmud Baginda menjadi bahan sindiran Bakar (Jalaluddin Hassan), seorang guru yang mengajar di Kolej Panglima yang jauh lebih berjaya baik dari aspek lulusan pelajarnya mahupun pasukan sukannya.
Pada masa yang sama sekembalinya Azian ke Kolej Mahmud Baginda telah menemukannya semula dengan teman lamanya Syukri (Jalil Hamid) seorang guru sukan yang seperti guru lain di kolej itu hilang rangsangan untuk mengajar.
Perlawanan bola tampar berlangsung disebabkan oleh cabaran dari Kolej Panglima. Akhirnya Cikgu Azian dan Cikgu Syukri berjaya membimbing pasukan bola tampar mereka dan memenangi perlawanan ini.
KESELURUHAN
Filem menunjukan moral yang tinggi yang perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun gagal dari segi kutipan, filem ini mendapat tempat dalam pelbagai pertandingan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Azean Irdawaty dan Jalil Hamid agak bagus. Filem ini mementingkan nilai pengajaran yang tinggi walaupun filem ini bergenre komedi. Filem ini merupakan filem yang bagus kerana tidak mempunyai lawak yang kosong.
LAWAK TEGURAN
Jika dibandingkan dengan filem komedi zaman millenium, contohnya filem Sifu & Tongga, filem ini lebih sesuai ditonton kerana menunjukkan sebuah karya yang bermutu dan sarat dengan kritikan sosial berbanding filem Sifu & Tongga. Sifu & Tongga sekadar ingin memperkenalkan pelakon yang popular, Ahmad Nabil Ahmad dan filem Sifu & Tongga, dilihat sekadar lawak yang tidak memberi mesej kepada penonton.
PENCAPAIAN
Festival Filem Malaysia Ke-13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Terbaik-Jalil Hamid(Pemenang)
Anugerah Skrin 1998
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik-Aziz M. Osman
Pelakon Wanita Terbaik-Azean Irdawaty
P/S : Trio SMWM1 ini juga pernah menjadi finalis dalam Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996.Salah seorang daripada mereka iaitu Azam (gambar sebelah paling kiri) kini menjadi seorang guru dan masih bergiat aktif dalam kegiatan seni.Boleh layari blog beliau di mohazamrezali.blogspot.com
Sumber rujukan : ms.wikipedia.org, www.filemkita.com dan mohazamrezali.blogspot.com
Muzik Rock ataupun orang selalu panggil 'Rock Kapak' memang sinonim dengan Muzik Muzik (Anugerah Juara Lagu AJL). Muzik Muzik memang pentas rock kapak untuk menguasai arena muzik tanah air.Masa tu memang cukup hebat pengaruh rock kapak sehinggakan banyak lagu-lagu daripada Indonesia pun tak mampu masuk ke Malaysia. Amat sukar kita nak dengar lagu-lagu Indonesia atau Singapura di corong-corong radio tempatan. Memang rock kapak tak bagi can.Tapi sekarang dah lain situasinya...
Tahun-tahun penguasaan 'Rock Kapak' adalah diantara 1989 sehingga 1991. Di kala kita melihat kumpulan Search, Wings, May terus mengekalkan identiti rock, satu demi satu kumpulan rock berkubur dan kumpulan Fotograf, Gravity dan Exist bolehlah dianggap kumpulan rock terakhir yang berjaya menguasai industri muzik tanah air dengan kehebatan lagu 'Di Alam Fana Cintamu', 'Kesinambungan Cinta' dan 'Untukmu Ibu' pada tahun 1992. Kemudian muncul kumpulan rock hybrid seperti Slam dan Ukays yang berjaya mengenang kembali kegemilangan rock kapak suatu ketika dahulu. Tidak ketinggalan comeback yang berjaya daripada XPDC dan Febians yang muncul sebagai Amuk.
Ok... kita akan cerita sedikit penguasaan rock kapak antara 1989 hingga 1991 melalui Muzik Muzik TV3.
Muzik Muzik Akhir 1989
Fenomena Isabella! Walaupun memenangi juara bulan April, lagu ciptaan Search iaitu Isabella muncul sebagai pemenang utama Juara Lagu. Sehingga sekarang misteri pencipta lagu tersebut masih diperkatakan. Ada yang mengatakan lagu tersebut adalah ciptaan M.Nasir. Namun kerana tidak mahu lagu sebaik Isabella terlepas dalam persaingan AJL, lagu itu dikatakan ciptaan Search. Ini kerana peraturan pertandingan itu menjelaskan hanya lagu ciptaan komposer tempatan layak dipertandingkan. Pada tahun itu, M.Nasir masih warganegara Singapura dan bukannya Malaysia.
Namun, soal pencipta bukan persoalan utama kerana lagu itu sememangnya cukup malar segar dan diingati sebagai salah sebuah lagu terbaik Search hingga sekarang.
Antara lagu lain yang turut terpilih adalah :
Januari: "Taman Rasyidah Utama" Bob/Bob/Kumpulan Wings
Februari: "Sekali Aku Jatuh Cinta" Ismail Ahmad Nawab/Juwie/Nassier Wahab
Mac: "Misteri Mimpi Syakila" J.S Kevin/J.S Kevin/Kumpulan Wings
April: "Isabella" nyanyian Search/Bob/Search
Mei: "Kad Ucapanmu" A. Ali/Habsah Hassan/Norsheila Amin
Jun: "Resahku" A. Ali/Lukhman S/Rohana Jalil
Julai: "Sendiri" May/May/Kumpulan May
Ogos: "Janganlah Menghancurkan" Ahmad Nawab/Juwie/Shidee
September: "Cintaku Hanyut di Lautan Sepi" Ahmad Nawab/Juwie/Ramlah Ram
Oktober: "Segalanya Kuterima" Awang/Bob/Kumpulan Ilusi
November: "Bersama Suara Hati" Rahim Othman/Wan R.S/Kumpulan Gersang
Jika dinilai daripada gandingan komposer berpengalaman Ahmad Nawab dan penulis lirik, Juwie, rata-rata lagu yang dihasilkan mereka bergenre balada dan bertema cinta. Bermula 1986 hingga 1989, sudah banyak tahun Juwie menyertai AJL, namun tidak pernah sekalipun beliau memenangi kategori Lirik Terbaik.
Ramlah sekali lagi mempertaruhkan lagu ciptaan Ahmad Nawab dalam pertandingan tahun itu. Cukup sinonim dengan komposer tersebut setelah lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu meletup di AJL 1988 namun belum tentu menjanjikan sesuatu yang terbaik buatnya tahun tersebut.
Tahun 1989 juga menyaksikan persembahan-persembahan mantap dari kumpulan rock seperti Search dan Wings. Walaupun diwajibkan menyanyi secara live, vokalis kedua-dua kumpulan itu sungguh memukau. Tidak hairanlah mereka kekal dalam industri hiburan tempatan hingga kini,
Tahun itu juga menyaksikan kumpulan Search mengungguli kategori Persembahan Terbaik diikuti kumpulan Wings dengan lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila.
Lagu Isabella boleh dianggap sebagai menang besar apabila lagu tersebut muncul bergaya memenangi Juara Lagu, Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik buat pertama kali setelah empat tahun penganjuran AJL.
Selain fenomena Isabella, penggemar muzik tempatan diperkenalkan kepada Azwan Ali. Hos serba boleh yang digalas tanggungjawab untuk mengacarakan majlis tersebut bersama Charmaine Anne Augustin.
Search : Isabella
Muzik Muzik Akhir 1990
Pertama kali AJL disertai M.Nasir setelah mendapat taraf kerakyatan Malaysia. Bukan sekadar satu lagu tetapi tiga buah lagu. Selain lagu nyanyiannya Mustika, M.Nasir turut mempertaruhkan lagu Sejati dan Sentuhan Kecundang.
Namun malangnya, tahun itu bukan tahun untuk meraikan M.Nasir ke dalam industri hiburan tempatan sebaliknya milik Adam Ahmad yang menang menerusi lagu Janji Manismu.
Penyanyi Aishah, rakyat Malaysia yang mencipta nama di New Zealand diraikan pada tahun tersebut. Persembahannya yang dramatik dalam lagu Janji Manismu akan terus diingati hingga kini. Siapa yang boleh lupa Aishah mengusung beg dan kemudian melemparkannya semata-mata untuk menghidupkan lagu tersebut.
Tahun ini juga memecah dominasi lagu balada dan rock apabila lagu berirama Nusantara seperti Mustika berjaya meloloskan dirinya ke peringkat akhir bersama lagu-lagu rock yang mula merobohkan penguasaan lagu bergenre balada. Lapan daripada sebelas lagu yang dipertandingkan adalah bergenre rock.
Muzik Malaysia nampaknya sudah beralih kepada genre rock sekitar tahun tersebut dan tidak salah jika dikatakan ianya merupakan pengaruh popularity kumpulan Search dan Wings yang baru menang tahun sebelumnya.
Jika tahun sebelumnya Search menang kategori Persembahan Terbaik, tahun ini milik Wings pula dengan lagu Sejati yang telah menewaskan persembahan dramatik Aishah. Tidak dipertikaikan kerana persembahan vokal Awie sangat memukau pada malam tersebut.
Walaupun rock dilihat sebagai kuasa baru dalam industri muzik tempatan, namun persembahan secara langsung mereka masih boleh dipertikaikan kualitinya. Beberapa kumpulan dilihat gagal menyampaikan lagu mereka dengan cemerlang.
Selain penyertaan M.Nasir dan kepulangan Aishah, industri muzik turut dengan tangan terbuka menerima artis luar negara dalam persaingan Juara Lagu. Endang S.Taurina merupakan satu-satunya artis luar negara yang berpeluang untuk menyertai AJL. Penyertaan itu dibenarkan dengan syarat lagu yang dinyanyikan masih merupakan ciptaan komposer tempatan.
Turut dipertandingkan adalah lagu berikut :
Januari: "Mustika" M. Nasir/M. Nasir/M. Nasir
Februari: "Sentuhan Kecundang" M. Nasir/M. Nasir/Kumpulan Ekamatra
Mac: "Pusara di Lebuhraya" Fauzi Marzuki/Bob/Kumpulan Ekamatra
April: "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" S. Amin Shahab/Kumpulan Mega
Mei: "Sejati" M. Nasir/M. Nasir/Kumpulan Wings
Jun: "Dari Sinar Mata" Awang/J.S Kevin/Kumpulan BPR
Julai: "Kembang Terhalang" Sani Sudin/Azida N.S/Kumpulan Gamma
Ogos: "Sangkar Emas" A. Ali/Lukhman S/Endang S. Taurina
September: "Suci Dalam Debu" Wan Zul/S. Amin Shahab/Kumpulan Iklim
Oktober: "Janji Manismu" Adam Ahmad/Wan Aishah/Aishah
November: "C.I.N.T.A." Z.N Kevin/J.S Kevin/Kumpulan XPDC
Sepanjang penganjuran AJL, kita telah melihat bagaimana selera muzik Malaysia berubah dari genre balada yang rata-ratanya didominasi penyanyi wanita kepada rock oleh kumpulan-kumpulan rock tempatan dan di penghujung tahun 80an mula diberikan teaser akan lagu berirama Nusantara oleh M.Nasir.
Evolusi muzik ini sangat menarik untuk dianalisa kerana setakat ini hanya kumpulan Search yang berjaya memecahkan dominasi penyanyi wanita seperti Francesca Peter, Zaiton Sameon, Ramlah Ram dan Aishah.
Pengaruh lagu rock mula menular di kalangan penggemar muzik tempatan. Maka tidak hairanlah sekiranya pada tahun 1991 apabila lagu rock mendominasi AJL ketika itu.
Iklim : Suci Dalam Debu
Muzik Muzik Akhir 1991
Anugerah Juara Lagu 1991 berlangsung pada 29 Disember 1991 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ini merupakan tahun terakhir di mana setiap lagu yang ke peringkat akhir adalah juara bulanan.
Jika diperhatikan, irama rock mendominasi pertandingan kali ini. Lapan kumpulan rock dan tiga penyanyi solo yang beraksi memperjuangan genre muzik yang sama. Mereka adalah juara bulanan yang dipilih penonton menerusi borang pencalonan yang disiarkan di akhbar harian tempatan.
Lagu dendangan kumpulan Mega, Takdir dan Waktu telah dinobatkan sebagai juara. Tempat kedua dimenangi oleh Shima dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki dan tempat ketiga pula menjadi milik lagu Tiara, nyanyian kumpulan Kris.
M.Nasir telah dipilih sebagai Penulis Lirik Terbaik menerusi lagu Tiara. Untuk Persembahan terbaik pula, ia dikongsi oleh tiga artis iaitu Shima, Damasutra dan Kris.
Tiada salahnya lagu rock mendominasi persaingan AJL tetapi agak canggung apabila beberapa penyanyi utama kumpulan rock telah dilihat gagal untuk menyampaikan lagu mereka dengan baik secara langsung. Lagu-lagu yang kedengaran enak menerusi kaset (ketika itu tiada CD lagi) menjadi rosak apabila dipersembahkan secara langsung. Pastinya masih ada yang ingat akan kesukaran Ajin, penyanyi utama kumpulan Blackrose menyampaikan lagu bernada tinggi, Penantian.
Ella pula menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah sambil duduk seperti meratap untuk lagu tersebut. Keunikan Ella membuat persembahan ketika itu menjadi tarikan utama malam tersebut. Kumpulan Damasutra yang mempersembahkan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi melakukan perubahan pada bahagian intro lagu mereka menjadikan lagu berdurasi 3 minit kepada hampir 7 minit.
AJL tahun itu menjadi pentas beradu kekuatan untuk digelar Ratu Rock Malaysia antara Ella dan Shima. Umum mengetahui berlakunya perdebatan antara peminat mengenai isu tersebut. Oleh itu, masing-masing mahu menunjukkan kehebatan persembahan mereka.
Ella sambil di iringi gitarist legenda, Hillary Ang
Berikut senarai penuh lagu yang bertanding:-
Januari: Antara Gadis - Kumpulan Dinamik
Februari: Patahnya Sayap Malam - Kumpulan Massa
Mac: Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella
April: Penantian - Kumpulan Blackrose
Mei : Memburu Rindu - Hattan
Jun : Gugurnya Bunga Cinta - Kumpulan Laksamana
Julai : Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Kumpulan Damasutra
Ogos : Cinta Bandar Tasik Selatan- Kumpulan Olan
September : Tiara - Kumpulan Kris
Oktober : Setelah Aku Kau Miliki- Shima
November : Takdir Dan Waktu - Kumpulan Mega
Acara kemuncak pada malam itu dihoskan oleh Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.
Tahun itu merupakan tahun terakhir AJL berlangsung tanpa kategori. Sebelum ia kembali dilakukan semula pada tahun 2009.
P/S : Ramai tak tau walaupun Search dan Wings dianggap otai Rock Kapak, tapi sejarah bermulanya kegemilangan rock kapak adalah melalui 'Battle Of The Bands' pada tahun 1983 yang pioneerkan oleh Febians dan Lefthanded.Sekarang tinggal jadi Malar Hijaula lagu-lagu ni. Gua teringat plak brader drummer BPR yang duduk kat blok D seksyen 1 dulu (gambar sebelah 3 daripada kiri).Kalau ada kugiran kenduri kahwin, brader ni mesti kena jemput main drum. Hahaha...
Suatu ketika dulu negara pernah digamatkan dengan fenomena Akademi Fantasia yang mana jangankan budak-budak muda, orang tua pun ikut sekali menangis depan tv kalau ada pelajar yang tersingkir tiap-tiap minggu.Itu belum lagi kegilaan penonton yang bagi undi secara pukal.Punyala nak bagi sokongan kaw-kaw kat idola dorang tu.Undi untuk masa depan macam PRU tak nak pulak pergi.Hampeh! hahaha...
Okla, berbalik pada cerita pokok.Mungkin ramai yang tak tau selain Zahid AF2, peserta AF1, Burn dengan Shawal AF5 pun sebenarnya budak Wangsa Maju jugak.Cuma Burn dah pindah daripada WM masa dia menyertai AF1 2003.Nasib budak berdua ni tak sebaik Zahid.Yela... terus terang cakap, suara Zahid memang paling mantap dalam batch AF2.Itu memang tak dapek nak dinafikan.Ingat lagi duet Zahid ngan Dato' M.Daud Kilau? Memang menjadi malam tu.Aku taula... Penuh restoran mamak Al-Amin kat seksyen 1 malam tu.Aku dengar kat NZ pun fullhouse malam tu.Semua bagi sokongan kat Zahid.Al-maklumlah... budak Wangsa Majula katakan...
Bila dah menang AF2, OKB (Orang Kaya Baru) Zahid kenalah tunaikan janji nak belanja roti canai pada pengundi dia kat WM.Last-last Zahid pilih NZ sebagai lokasi 'Janji Ditepati' aritu.Aku tau NZ pun ada share sekali dalam propaganza AF2.Mau tak, tiap-tiap malam AF, penuh NZ sampai mencangkung-cangkung orang tengok layar kat sana.Sabarjela...
Sekitar Ogos 2004 kalau tak salah aku, Brader Joe mintak tolong budak-budak seksyen 1 sebab kawan-kawan Zahid kat Seksyen 2 tak cukup orang nak jadi bodyguard untuk kenduri malam tu.Bila Abang Long dah nak tolong, budak-budak Mobil pun ikut jela.Manala tau dapat imbuhan ke...OKB Zahid la katakan.hehehe...
So bila dah berkumpul petang tu kat rumah Zahid, tup-tup ada rancangan Zahid nak buat suprise datang kat NZ pakai motorbike Naza yang dia menang tu.So, kereta yang sepatutnya bawak Zahid tu sebagai dummy je.Kononnya untuk keselamatan Zahid.Aku rase macam tak percaya gak.Aku ni mana minat sangat artis-artis ni.Macamla artis Hollywood atau Kollywood sangat.Tapi sebab kawan follow jela strategi tu.
Aku naik kereta brader Asri masa tu.Habis kemek-kemek kete dia terkena kete lain masa mencelah kat jalan masuk bawah NZ tu.Punyala ramai kereta parking kat situ.Jangan tak percaya, sebelum tu ada 2 kete kejar kete dummy Zahid.Peminat dia lertew masa kat jalan depan Akademi TV3.Memang giler la budak-budak kat Malaysia ni.Aku suspek orang pompuan je yang lebih-lebih.Hahaha... jangan marah ha...
So malam tu konsert ngan kenduri roti canai berjalan lancar.Kitaorang selaku bodyguard melaksanakan tugas dengan baik.Muka ketat kitaorang pun dapat pujian daripada bodyguard pengkid Mas AF2.Hahaha...
Habis je konsert, hantar Zahid balik umah.Sebelum tu dapat gaji dulu daripada Zahid.Belanja makan ngan Dunhill 20 sorang sekotak.Cukup ke ni? tak baik ungkit-ungkit taw... Esoknya Zahid and the Geng AF2 datang NZ lagi untuk punishment basuh kete peminat sebab tak dapat jawab soalan Seelan Paul masa malam kenduri roti canai tu.Tapi aku tak pergilah sebab ini semua poyo...
Anding,Kaer ngan Adam.Jadi mangsa balaci basuh kete peminat.
Zahid tengah beraksi dengan macha kakitangan NZ basuh kete peminat.
Group bodyguard tak bertauliah WM bergambar kenangan ngan Zahid AF2 sebelum balik tido! Hahaha...
P/S : Di ulang sekali lagi... Ini Semua PoYOooo!!!