Followers

Sunday, February 8, 2015

Legasi Mengkudu Di Wangsa Maju

Macam biasa nampak buah ini di Wangsa Maju kan? Nama buah ini ialah buah 'Mengkudu'.Pokok ini banyak ditanam oleh penduduk asal Wangsa Maju ketika akhir 80-an dan awal 90-an.Kiranya pokok ini merupakan salah satu daripada tumbuh-tumbuhan warisan atau legasi orang Wangsa Maju.Baiklah, mari kita mengenali apakah buah ini dan khasiatnya kepada kesihatan kita!

Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum.Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara.Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura" (Fiji).

Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun.Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas.Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.

Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia.Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine :

Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan.Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras.Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja.Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi.Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin.Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria.Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata.Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Antara khasiat buah mengkudu :
Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.

Thursday, February 5, 2015

Taman Tema Mimaland Dalam Kenangan

Jika ditanya semua nama-nama taman tema di Malaysia, pasti kita akan ingat Sunway Lagoon, Bukit Merah Laketown Resort, Lost World of Tambun, Legoland dan sebagainya.

Tapi, anda tahukah mengenai Taman Tema Mimaland?

Hanya 20 minit daripada Wangsa Maju, Taman tema Mimaland yang terletak di Gombak, Selangor merupakan taman tema yang pertama di Malaysia.Dibuka pada tahun 1971, Mimaland bermaksud "Malaysia in Miniature Land".Fasa pertama Mimaland dibuka sekitar 1970-an yang mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet dan sebuah kolam renang.Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran Kuala Lumpur.

Salah satu tarikan utama di Mimaland ialah 'taman haiwan prasejarah' yang menempatkan binaan model-model dinasour yang besar dan mengkagumkan.

Pada 1984, sebuah kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara serta papan luncur air gergasi dilancarkan sebagai tarikan terbaru Mimaland.Selain itu, Mimaland juga pernah menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem Melayu seperti Mekanik (1983), Gila-Gila Remaja (1986), Suara Kekasih (1986) dan Dendang Perantau (1979).Selain itu,Mimaland juga menempatkan beberapa bahagian lain antaranya kolam untuk aktiviti bersampan dan memancing, basikal air, kawasan 'giant maze' dan kawasan untuk merentas rimba.

Setelah beberapa tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, satu peristiwa hitam berlaku pada Januari 1993 apabila seorang warga Singapura berusia 27 tahun maut akibat ditimpa kemalangan di papan luncur gergasi Mimaland.Kejadian itu telah menyebabkan pihak Mimaland menutup sementara papan luncur itu untuk tujuan pembaikpulihan dan penyelenggaraan.Selepas itu Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai.Bagaimanapun pada Mei 1994, satu kejadian tanah runtuh kecil telah berlaku dan merosakkan dinding kolam renang serta menyebabkan tanah lumpur memasuki kolam renang.Ia kemudiannya ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diheret ke mahkamah atas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dari kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah.Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi.Akibat tidak dapat bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa ditutup buat selama-lamanya pada tahun 1994.