Followers

Monday, September 5, 2016

Royal Selangor Pewter

Royal Selangor Pewter

Ramai yang tidak menyedari bahawa kilang pembuat barangan perhiasan atau cenderahati berasaskan perak yang terbesar di dunia terletak di Setapak berhampiran Wangsa Maju iaitu Royal Selangor Pewter.Ianya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia dan antara celebriti terkenal yang pernah melawat tempat ini ialah Martha Stewart, Mel Gibson dan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde.
Royal Selangor Pewter diasaskan oleh seorang lelaki imigran dari China bernama Yong Fook pada tahun 1885.Pada mulanya ia hanyalah sebuah kedai pembuatan perak yang kecil bernama Cheok Foh (Jade Peace).Pada tahun 1970-an, pertama kalinya Selangor Pewter (nama ketika itu) memulakan eksport ke Hong Kong dan Australia.Manakala pada tahun 1980-an, Selangor Pewter mengorak langkah mengeksport produk mereka ke pasaran Eropah dan Jepun.
Selangor Pewter mendapat anugerah berprestij daripada Sultan Selangor, Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada tahun 1992 dan secara rasmi namanya menjadi Royal Selangor Pewter sehingga kini.Terima kasih kepada para pekerja warga Wangsa Maju dan Setapak yang bertungkus lumus memperkenalkan produk tempatan ini ke seluruh dunia!

Friday, September 2, 2016

Kenapa Suami Berbadan Dua Kali Ganda

Punca utama para suami berbadan dua kali ganda pada hari ini ialah kerana menghabiskan lebihan makanan isteri dan anak-anak terutamanya apabila makan diluar.Memandangkan majoriti suami memiliki sifat anti pembaziran yang luar biasa, makanya berbadan dua kali ganda bukanlah suatu kesalahan berdasarkan logik ini. �� �� ��