Followers

Friday, October 21, 2016

Oshin Dan Yaohan

Apa Kaitan Antara Yaohan (The Mall) Dan Oshin?

Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen popular dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh saluran NHK di Jepun pada waktu pagi daripada 4hb April 1983 sehingga 31hb Mac 1984. Siri ini mengisahkan kehidupan Oshin daripada zaman Meiji sehingga zaman moden awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980-an dan pernah diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mengasaskan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya terkenal di Asia.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebut.

Thursday, October 13, 2016

Stesen Minyak Projet Yang Hilang Di Telan Zaman

Siapa tak kenal Projet dan Destina Seksyen 5 kat Wangsa Maju ni dulu; lambang kontemporari dunia kelab kereta dan penggemar kereta modified.Hujung minggu je penuh geng-geng kereta dan skuter serata KL melepak kat sini.Walaupun begitu datang melepak saja tak cukup.Kena isi minyak jugak baru bisnes jalan. Akhirnya semua stesen yang dipacu oleh Conoco Philips Co. pada tahun 2000 ini diambil alih oleh Shell (M) Bhd kerana semenjak tahun 2003, jualan runcitnya merudum teruk dan hanya menguasai 1% jualan petrol di Malaysia.Hanya ada 40 stesen Projet di seluruh negara yang tertumpu di Lembah Klang dan Projet Seksyen 5 (sebelah Carrefour ketika itu) adalah salah satu antaranya.

P/S : Sampai sekarang rase macam teringin je nak makan hot dog besar dalam cermin kedai serbanika tu tapi tak buat-buat sampai dah tutup terus!

Tuesday, October 11, 2016

Pengalaman Apabila Malam Menjelma Di Kampung

Sempat juga merasa makan malam berhidang kat kampung waktu kecil dulu.Walaupun simple, dia punya sedap... mak aiihh... tak terbayang dengan kata-kata.Lepas makan ramai-ramai, dengan adik beradik dan sepupu duduk keliling pelita (tiada lagi bekalan elektrik masa tu) buat aktiviti main bayang-bayang, berborak, membaca buku atau mengaji.

Duduk kampung mata kita ni secara automatik cepat mengantuk bila pukul 10 malam dan automatik bangun awal (paling lewat jam 8 pagi).Tak perlu air cond bagai sebab suhu kampung memang sedap-sedap tak macam sekarang, panas tak kira siang malam.Pagi-pagi pulak berkabus.

Bila dah mampu beli generator, barulah pakai lampu elektrik tapi bunyi generator agak bisinglah nak buat macamana.Itupun minyak ngam-ngam start daripada pukul 7 malam sampai 12 tengah malam.Kalau ada cerita best midnight, terpaksa turun tanah kejap sedut minyak motor.Hehehe...

Rindu pulak dengan arwah atuk dan nenek... Al-Fatihah untuk mereka.Sesungguhnya pengalaman begini tidak dapat dijual beli.Saya rasa saya termasuk dalam generasi terakhir yang dapat merasai semua ini.

Friday, October 7, 2016

Antara Kes Rasuah Dan Filem Tamil 'Citizen'

Patutla susah nak carik duit sekarang... rupanya kena sorok.

Kes rasuah yang menggemparkan ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Tamil bertajuk 'Citizen' [2001] lakonan hebat aktor Ajith Kumar (filem Tamil lebih sarat mesejnya dan realistik berbanding filem Hindustan yang penuh kepalsuan).Filem ini memberi mesej bahawa kerajaan yang sebenarnya bukanlah menteri, MP atau ADUN yang kita undi itu tetapi penjawat awam itulah kerajaan yang sebenarnya.Di pengakhiran filem itu, pesalah penjawat awam yang korup telah dijatuhkan hukuman yang terlalu berat dan tak terfikir oleh sistem perundangan.

Menteri tak perform, rasuah, next election kita boleh singkir.Tetapi penjawat awam cakaplah berapa kali election, dia tetap dengan jawatan itu sampai pencen.Makanya penjawat awam lebih terdedah dengan risiko rasuah berbanding ahli politik.Fikir-fikirkanlah...

Kepada penjawat awam yang kebal dengan integriti anti rasuah, sekalung tahniah dan semoga berjaya dunia akhirat.Kepada yang menggunakan pangkat, kuasa dan kedudukan untuk mengumpul harta... sila meninggal.

Wednesday, October 5, 2016

Suatu ketika... Plaza Tol Jalan Pahang

[Gambar menunjukkan kutipan tol di Plaza Tol Jalan Pahang pada tahun 2002 dan kad Touch N Go keluaran pertama tahun 1997]

Kewujudan tol ini paling ditentang oleh pelbagai NGO, penduduk setempat dan ahli politik kerana dianggap tidak relevan.Maintenance hanya meliputi sepanjang 3 km iaitu daripada bulatan Jalan Pahang berhampiran Hospital Tawakal sehingga simpang keluar ke Gombak berhampiran Balai Polis Setapak.Tol yang dikenakan ialah sebanyak 50 sen semenjak pembukaannya pada tahun 1995.Akhirnya atas desakan pelbagai pihak, kutipan tol ini ditamatkan lebih awal walaupun perjanjiannya adalah sehingga tahun 2004.

Walaupun begitu tol ini juga mencipta sejarah kerana merupakan tol pertama memperkenalkan penggunaan kad Touch N Go di Malaysia pada 18 Mac 1997.

Anda masih ingat lagi Plaza Tol Jalan Pahang ini?