Followers

Sunday, April 12, 2015

Pakcik Samad Tukang Gunting Rambut Lejen

Dah lama tak datang ke kedai Pakcik Samad ni.Rasanya semenjak tahun 1995 dah.Mak aii... dah 20 tahun tak menggunting rambut dengan Pakcik Samad.Mengenangkan kisah Pakcik Samad yang lejen kat Wangsa Maju ni, Admin datang juga semata-mata nak bertanya khabar dan berkongsi pengalaman dengan orang Wangsa Maju yang lain.
Mengikut cerita Pak Samad, beliau mula membuka kedai gunting rambut ini pada tahun 1988.Masa tu kerusi gunting rambut diletakkan diluar rumah, kemudian diletakkan diruang tamu, kemudian di dalam bilik sehinggalah diletakkan diluar belakang rumah seperti sekarang ini.
Seingat Admin, fesyen yang paling terkenal sekali ialah 'Fesyen Sekolah' sebab ramai penduduk sini (Seksyen 1) menghantar anak-anak mereka menggunting rambut dengan Pakcik Samad atas faktor harga yang murah.Pakcik Samad ketika itu meletakkan harga budak sekolah atau belum bekerja sebanyak RM1.50 dan dewasa bekerja RM3 kalau tidak salah.Dulu waktu operasi ialah jam 9 pagi sampai 9 malam sebab Pakcik Samad kerja sekuriti sebelah malam tetapi kini tidak lagi.
Kalau nak tau kedai Pakcik Samad pun ada nama gak dulu dikenali sebagai 'Kedai Gunting Rambut Manja'.Dan ayat nota yang terkenal oleh kedai ini ialah 'Gunting rambut tempat lain tidak boleh diperbetulkan disini.'
Pakcik Samad ni boleh dikatakan agak Profesor Serba Tau jugakla.Macam-macam cerita boleh borak dengan dia termasuklah politik.Masa Admin budak-budak dulu, rasanya semua pernah kena tuduh kentut padahal dia yang kentut!
Admin pernah buat gaya GQ dan Bros.Dua gabungan fesyen yang menjadi kutukan selama 2 minggu kat sekolah.Hampeh tulla.Hahaha...!
Siap dah menggunting rambut hari ini sambil berborak isu semasa.Mujur takde sapa yang kentut semasa proses ini terjadi.Lagipun Admin pun bukan budak-budak lagi dan dia pun dah berusia.Mana nak layan benda-benda camni dah.
Akhirnya selepas bersalaman dan membayar RM5 kepada Pakcik Samad, Admin pun beredar sambil tersenyum tiba-tiba Admin teringat, lupa nak tanya apa tujuan atas kening pelanggan digosok oleh jari Pakcik Samad selepas selesai menggunting.Akhirnya rahsia itu kekal misteri.Rasanya itu kasi customer nampak berseri kot?