Followers

Thursday, August 29, 2013

10 Lagu Patriotik Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman



1) MALAYSIA OH TANAHAIRKU

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

2) Warisan (Anak kecil main api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


3) SETIA

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Komen: Lagu ini ada banyak versi. Asalnya versi rancak, tetapi kemudian di 'evergreen' kan oleh RTM dengan gaya nyanyian yang mendayu-dayu. Di zaman kemuncaknya lagu ni lagu pilihan terakhir di RTM sebelum tamat siaran.

4) Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Komen : Cuba teka lagu siapa ni?

5) Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Komen: Aku tak rasa ramai orang ingat lagu ini. Back in those days.... rancak dan bersemangat lagu ni.

6) PERWIRA

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Komen : Ingat lagi citer Masam-Masam Manis? Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarhamah Saloma. 

7) Sejahtera Malaysia

 Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Komen : Ingat lagu ni ingat Roy. Pada zaman kemuncaknya Roy dianggap penyanyi patriotik kerana sering menjadi pilihan RTM untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotiknya. Selain sedap dinyanyikan secara koir, lagu ini juga boleh dinyanyikan berseorangan ketika sedang mandi.

8) Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Komen: Lagu immortal. Rasanya kalau Sudirman dapat royalti tiap kali lagu ni dipasang pada Malam Merdeka dia akan jadi lebih kaya dari John Lennon.tanda kalau lagu patriotik tu bagus, kanak-kanak boleh hafal lirik lagunya. Dan tak ada kanak-kanak di Malaysia ni pada zaman aku yang tak hafal lirik lagu ni. 

9) Warisan (Sudirman)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

  Warisan via YouTube

Komen : Lagu yang paling memberikan inspirasi. Terus terang aku cakap, Allahyarham Sudirman bukan penyanyi sebarangan.

10) BARISAN KITA

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Komen: The best patriotic song ever, musically and lyrically. Fun, inspiring and sad at the same time. Kalau dengar semangat berjuang tiba-tiba akan naik. Seriously... Memang tepat pemilihan lagu ini sebagai lagu rasmi Angkatan Bersenjata Malaysia.


Sunday, August 25, 2013

Di Ambang Kemerdekaan 1957 (Imbasan Kembali)

Peristiwa Di Malam Bersejarah





Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka). Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam. 





Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri. 


Rentetan Peristiwa / Acara


10.00 malam 

Di padang, wakil ahli-ahli Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3 bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki, seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.


10.30 malam 
300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.

11.55 malam 
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2 polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul Rahman. 



Apabila tiba, YTM Tunku telah disambut oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua Pemuda UMNO), Dato' Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T. Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.



11.58 malam 
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. 

12.00 malam 
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan 'Merdeka' oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 


Sepasukan 12 orang Pemuda dan Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA, 2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab. 



Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan 'Merdeka' yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan] 



Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan 'Merdeka' telah dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.


12.10 malam 

Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. 


Tunku Abdul Rahman mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air, iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku. 



Kalung emas dikalungkan ke leher Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali. 



12.25 malam 

Tunku Abdul Rahman berucap.

12.55 malam 
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
1.10 malam 
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.

1.25 malam 
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.

1.30 malam
Acara tamat.


P/S : Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-56!


Wednesday, August 7, 2013

10 Amalan Sunat Berkaitan Aidilfitri

Menjelang kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aidilfitri yang diamalkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w sebagai sunnah Baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aidilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita bersama-sama.


1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri.

2. Lafaz ucapan selamat 
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, maaf zahir batin’. Namun diceritakan Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.a yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Aidilfitri, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “Taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”

3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat Tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat Tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja selagi halal dan baik.


6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu Muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat Aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.



9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesama umat Islam.




10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.


~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~
29 Ramadhan 1434 H
Credit to jalanakhirat.wordpress.com


Monday, August 5, 2013

10 Tabiat Pelik Rakyat Malaysia Di Jalanraya

Aidilfitri menjelma kembali, berita kemalangan jalanraya juga kembali menghantui. Mari kita kenali 10 tabiat pelik orang kita di jalanraya untuk muhasabah diri...

1. Jadi pemerhati yang terbaik - Bila ada je eksiden kecik je semua pakat tengok lama-lama pastu drive pelan-pelan. Masalahnya yang ikut 'jammed' pun jalan sebelah sana yang bertentangan arah. Dah ada orang bantu tu dahla. Ini lagi nak tengok lama-lama sampai jadi 'jammed' jalan. Bukan tak boleh tengok tapi tengok sekali pandang dahla. Kalau teruk sangat eksiden kenala perlahankan kenderaan. Itu kita faham... Ini tidak, pakwe makwe bergaduh tepi jalan pun mampu buat jalan 'jammed'.

2. Masuk simpang tak bagi signal - Ini boleh buat orang marah ni. Jenis malas nak bagi signal. Macam kena bayar je kalau bagi signal. Nak jimat bateri kereta ke? Apa guna alternator tu? Tabiat macam ni la membuatkan orang ragu-ragu dengan signal. Ada yang jenis tak nak bagi signal, ada yang jenis bagi tapi lupa plak nak padamkan. Sekarang ni nak selamat, selagi tayar tu tak belok depan mata, selagi tu la jangan percayakan signal kereta.

3.  Lampu isyarat kuning lagi laju pecut - Ini paling tipikal perangai rakyat Malaysia. Bila lampu isyarat bertukar kuning je, lagi laju dia pecut. Padahal itu isyarat suruh bersedia untuk berhenti. Banyak kemalangan berlaku di sebabkan tabiat ini. Dahla buat kete kuat makan minyak. Bila harga minyak naik tau plak bising. Cara pemanduan banyak main peranan dalam penjimatan minyak.

4. Bas ber 'racing' di lebuh raya - Ni depan mata penulis selalu terjadi. Mengalahkan bawak kereta sport kalau bas ni memecut. Kita yang kat lane tengah ni ngeri tengak bas besar gedabak memotong. Walhal kita bawak kereta 110 - 120 km/j dia boleh lagi selamba potong tinggal jauh plak tu. Bila eksiden melibatkan kematian penumpang bas mesti kecoh satu Malaysia.

5. Langgar lampu isyarat merah - Kereta jarang-jarang langgar lampu isyarat. Selalunya motor yang suka langgar semata-mata nak cepat. Mentang-mentang dia kecik... Ini yang kita takut ni. Kalau penunggang motor ni terjumpa plak dengan orang jenis nombor 3 dalam senarai ni. Mesti kena sapu. Biasanya penunggang motorla paling teruk kena kalau eksiden.

6. Memandu laju di lebuh raya pastu cucuk-cucuk kereta depan - Dah bagi had laju lagi dia nak pecut kasi habis meter pastu siap cucuh-cucuh kat belakang kereta orang. Ini perangai tak baik. Kalau kena kete depan yang pemandunya jenis baran, memang abihla. Setan sudah kasi panas... Masing-masing nak berlumba pulak. Kita nak memecut ni kena fikir banyak kali terutama condition kereta dan siapa yang kita bawa. Macam mana sistem break ok ke tak, suspension, had limit kelajuan tayar, condition enjin kereta terutama enjin-enjin yang sudah berusia. Ini semua kena amek kira. Sapa-sapa yang bawak anak bini, anak orang, kena fikir dulu keselamatan mereka kalau tak sayang dengan nyawa sendiri.

7. Lampu isyarat dah merah tapi masih follow kereta depan masuk - Ni selalu berlaku bila 'jammed' melanda jalanraya. Sifat tamak pemandu nak kejar masa. Seboleh-boleh nak masuk walaupun lampu dah turned merah pastu follow rapat kereta depan sampai orang hon sebab bengang. Dah sampai giliran orang lain pandai-pandaila berenti. Ni nak mencurik masa turn orang je keje.

8. Guna handphone bila memandu - Kalau kita tengok kete goyang-goyang sikit, pastu lembab-lembab semacam je bergerak atas jalanraya, kemungkinan besar driver tu memang tengah guna handphone. Kadang-kadang sakit hati gak bila kita potong, dengan rileknya dia lekat handphone kat telinga belah kanan sambil bercakap. Kenapa dia tak guna telinga belah kiri yea? at least cover la sikit.

9. Kereta depan sekali kena hon walaupun lewat 2-3 saat bergerak bila lampu isyarat bertukar hijau - Tak tau nak komen macam mana. Memang betul 'masa itu emas' tapi bertimbang raser la sikit. Baru lewat 2-3 saat dah hon. Bagila masa sikit kawan depan tengok motor-motor clear ke, kasi turun handbrek ke atau kasi masuk gear ke... Ramai rupanya yang jenis tak menyempat kat Malaysia ni.


10. Suka berenti tepi jalan dan parking double - Ini selalu membuatkan jalan menjadi sempit sampai jadi 'jammed'. Kalau nak tunggu orang sekejap takde masalah. Ini tinggal kereta parking double pastu menghilang entah ke mana. Kalau nak parking double, standby la dalam kereta atau masa kat luar kereta mata kena la prihatin tengok kereta lain nak kluar parking. 




P/S : Jangan kata ke orang, saya sendiri pun kadang-kadang terbuat jugak. Sama-samala kita renung balik tabiat kita ni. Membahayakan dan menyusahkan orang lain. Apa pun selamat memandu ketika musim perayaan!

~ PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG ~


Friday, August 2, 2013

Fadhilat Qiamullail Dan Solat Sunat Tasbih


Fadhilat dan kisah berkaitan Qiamullail 

Daripada Abu Hurairah r.a : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

Daripada Abdullah Ibnu Umar katanya bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah Ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Fulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih

Ketika orang sudah lelap dalam tidurnya, Ibnu Mas’ud justeru mulai bangun untuk solat tahajjud, sehingga terdengar seperti suara dengungan lebah, sampai menjelang fajar menyingsing. Ditanyakan kepada Hasan al-Bashri, “Mengapa orang-orang yang suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yang lain?” Ia menjawab, “Kerana mereka suka berduaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dengan cahayaNya.”

Hasan al-Bashri juga pernah berkata, bahawa sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari Qiamullail. Ada seorang bertanya kepada orang soleh: “Saya tidak dapat bangun untuk Qiyamullail, maka beritahukanlah apa yang harus saya lakukan?” Orang soleh itu berkata: “Jangan engkau bermaksiat kepadaNya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu untuk beribadah kepadaNya, diwaktu malam.” Di dalam suatu riwayat, Sufyan ats-Tsauri mengatakan: “Aku terhalang untuk melakukan Qiyamullail selama lima bulan, akibat dari satu dosa yang aku lakukan.”


Ibnu Mubarrak berkata dalam bait syairnya:

Saat malam tiba berselimut gelita
Kala manusia lain lelap dalam tidurnya
Mereka lawan beratnya malam dengan ibadat
Untuk merebak cahaya Yang Kuasa
Rasa takut kepadaNya menerbangkan mengantuk mereka
Sedang orang yang merasa aman dari murkaNya
Terbuai dalam mimpi-mimpinya...

Abu Sulaiman berkata: “Malam hari bagi orang yang setia beribadat di dalamnya, itu lebih nikmat daripada permainan bagi mereka yang suka hidup bermain-main. Seandainya tanpa malam aku tak suka tinggal di dunia ini.”

Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku, kelazatan dunia ini hanya ada pada tiga perkara, Qiyamullail, bersilaturrahim dengan ikhwan dan solah berjemaah.”

Allah bermegah dengan hamba-hambaNya yang bangun ditengah malam. hadith Qudsi meriwayatkan : mereka yang bangun ditengah malam mengerjakan solat, disediakan syurga buat mereka.

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.

Rasulullah s.a.w bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )




Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

Bacaan tasbih :




Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

Hadith mengenai Solat sunat tasbih dianggap sahih oleh Imam al-Hakim, Ibn Abu Dawood, Ibn Hajar dan yang lain. Imam al-Albani turut mengelaskannya sebagai boleh dipercayai.