Followers

Monday, March 16, 2015

Masjid Tertua Di Dalam Daerah Setapak

Masjid Jami'ul Ehsan merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur.Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid.Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak.Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku.Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

Proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.Sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

Barangan ini diyakini berasal dari Belanda.Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda.Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan.Terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

Sunday, March 8, 2015

Sejarah Galleria Jalan Pahang Setapak

Entah mana silapnya, Kompleks Perniagaan Galleria yang bercirikan rekabentuk Eropah di Jalan Pahang, Setapak pernah terbiar selama 8 tahun tanpa sebarang perhatian.Kali terakhir Admin pernah datang sini ialah pada tahun 1999 dan waktu tu memang jelas bangunan ini 'hidup segan mati tak mahu' sebelum ditutup pada tahun 2000.Berbagai cerita seram timbul dikalangan penduduk setempat apabila bangunan ini terbiar agak lama.Dahulu semasa di awal pembukaan terdapat sebuah Pasaraya Rainbow yang beroperasi tetapi ditutup akibat kekurangan pelanggan.Mengikut pendapat orang berdekatan, masalah parking dan kesesakan di Jalan Pahang di tambahkan lagi dengan kekurangan promosi menjadikan Galleria yang setaraf dengan Berjaya Times Square ini tidak mampu bertahan lama.Akhirnya Galleria kembali dibuka tetapi mengikut sumber, tempat ini menjadi pejabat dan pusat aktiviti sebuah pertubuhan agama.Tak tahulah ada lagi tak Cockerel (ayam jantan) yang dikeraskan dan diletakkan pada bumbung Galleria (Admin bulatkan dengan warna merah dalam gambar).Mengikut sumber ia adalah Feng Shui yang baik untuk menamatkan 'Badi' Galleria selepas didakwa oleh sesetengah orang (yang mempercayai Feng Shui) bahawa apa jenis perniagaan pun akan mengalami kerugian jika beroperasi di sini.

Wednesday, March 4, 2015

Sejarah Kem Wardieburn

Merujuk kepada sejarah tempatan mengatakan bahawa kem Wardieburn mendapat namanya sempena peristiwa pengeboman oleh tentera Jepun di kem ini semasa perang Dunia ke 2 yang mengakibatkan kem ini musnah terbakar.Pada namanya sendiri; War (Perang) Die (Mati) Burn (Terbakar) sudah boleh menerangkan sejarah kem ini.Sejarah kem ini memang cukup lama berbanding Wangsa Maju.Apa yang Admin ketahui dan selidik, Kem Wardieburn ini menempatkan Divisyen ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).
Anda tentu pernah dengar apa itu yang dinamakan sebagai Divisyen, Batalion, Briged, Platun, Seksyen dan Kompeni bukan? Unit yang terbesar dalam RAMD dinamakan 'Markas'.Dalam 'Markas' terdapat 4 Divisyen (Divisyen ialah unit ke dua terbesar dalam RAMD).Manakala terma yang selebihnya merujuk kepada bahagian yang lebih kecil.Satu Divisyen mempunyai lingkungan 10 ribu sehingga 20 ribu anggota tentera.
Kem Wardieburn menempatkan Divisyen ke 4 pasukan tentera darat di semenanjung Malaysia.Panglima pemerintah 4 Divisyen Kem Wardieburn ialah Mejar Jeneral Dato' Abu Muslim Bin Ismail.

Berikut merupakan Pemerintah Angkatan Tentera Darat ketika ini;

Panglima Tentera Darat : Jeneral Dato' Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (darat, udara dan laut) : Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia : DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sila betulkan Admin jika terdapat kesalahan fakta dalam post ini.Terima kasih...

SELAMAT HARI TENTERA DARAT YANG KE 82 TAHUN!

Tuesday, March 3, 2015

Sekolah Cikgu Sha'ari Masam-Masam Manis

Sekolah Cikgu Sha'ari... Dahulu dan sekarang.Orang Wangsa Maju kena tau sejarah filem Masam-Masam Manis.Tan Sri P.Ramlee kan orang Setapak.Hehehe...

Keistimewaan Wangsa Maju

Semangat kejiranan, rukun tetangga dan konsep 'gotong-royong' yang diamalkan oleh penduduk Wangsa Maju semenjak 30 tahun dahulu menjadikan kita istimewa berbanding perumahan moden (terutama kondo).Bukan bermaksud kita menolak pembangunan tetapi konsep perumahan moden hari ini menjadi duri dalam daging perpaduan masyarakat kerana mengutamakan wang ringgit dalam semua perkara.Biarpun terdapat kelemahan dalam kejiranan kita hari ini, namun sentiasa ada peluang untuk penambahbaikan dan diperkasa sistemnya.