Followers

Wednesday, March 4, 2015

Sejarah Kem Wardieburn

Merujuk kepada sejarah tempatan mengatakan bahawa kem Wardieburn mendapat namanya sempena peristiwa pengeboman oleh tentera Jepun di kem ini semasa perang Dunia ke 2 yang mengakibatkan kem ini musnah terbakar.Pada namanya sendiri; War (Perang) Die (Mati) Burn (Terbakar) sudah boleh menerangkan sejarah kem ini.Sejarah kem ini memang cukup lama berbanding Wangsa Maju.Apa yang Admin ketahui dan selidik, Kem Wardieburn ini menempatkan Divisyen ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).
Anda tentu pernah dengar apa itu yang dinamakan sebagai Divisyen, Batalion, Briged, Platun, Seksyen dan Kompeni bukan? Unit yang terbesar dalam RAMD dinamakan 'Markas'.Dalam 'Markas' terdapat 4 Divisyen (Divisyen ialah unit ke dua terbesar dalam RAMD).Manakala terma yang selebihnya merujuk kepada bahagian yang lebih kecil.Satu Divisyen mempunyai lingkungan 10 ribu sehingga 20 ribu anggota tentera.
Kem Wardieburn menempatkan Divisyen ke 4 pasukan tentera darat di semenanjung Malaysia.Panglima pemerintah 4 Divisyen Kem Wardieburn ialah Mejar Jeneral Dato' Abu Muslim Bin Ismail.

Berikut merupakan Pemerintah Angkatan Tentera Darat ketika ini;

Panglima Tentera Darat : Jeneral Dato' Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (darat, udara dan laut) : Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia : DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sila betulkan Admin jika terdapat kesalahan fakta dalam post ini.Terima kasih...

SELAMAT HARI TENTERA DARAT YANG KE 82 TAHUN!

12 comments:

  1. Hi, may I know what is the building with blue fencing beside Pasar dan Pusat Penjaja Seksyen 2, wangsa maju?
    Hi, nak tanya. Apakah bangunan dengan pagar aluminium yang biru tepi Pasar dan Pusat Penjaja Seksyen 2, wangsa maju?

    ReplyDelete
  2. Wardieburn merupakan nama sebuah tempat di Edinburgh, Scotland yang dinamakan Wardieburn Place. Kem-kem ini adalah tinggalan tentera British. Umpamanya, Kem Kementah dikenali sebagai Castle camp suatu ketika dahulu. Kem Terendak pada mulanya dikenali sebagai Fort George. Kem Imphal, kem Pacific juga merupakan nama-nama tinggalan pihak British. Kem Kinrara dinamakan sempena Kinrara Estate di Scotland.
    Harap2 ianya membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for this! I was looking up the history of Bandar Kinrara and found Kinrara Estate, Scotland but I couldn't find the connection between the camp in Malaysia and the estate in Scotland!

      Delete
  3. hi, boleh tak awak terangkan sejarah kem kementah dengan lebih terperinci? ini adalah untuk tujuan tugasan

    ReplyDelete
  4. I was there from 1980- 1986. Bapa saya seorang anggota dari 5 Rejimen Renjer. Pernah tinggal di block 10 dan Block 1503. Tak pasti blok blok itu masih ada atau tidak. Saya bersekolah di Sek Keb Klang Gate. Suatu hari nanti saya nak balik ke sana dan melawat tempat saya membesar. banyak kenangan di situ.

    ReplyDelete
  5. Bila ditubuhkan ye kem wardieburn ni?

    ReplyDelete
  6. Hi admin ...Salam...admin kata pernah tinggal di block 1503 iaitu block 3...saya tinggal di block 1503@ 3 dari tahun 1981 hingga 1990...sekolah di ark aia panas Dan high school setapak...

    ReplyDelete
  7. Hi admin ...Salam...admin kata pernah tinggal di block 1503 iaitu block 3...saya tinggal di block 1503@ 3 dari tahun 1981 hingga 1990...sekolah di ark aia panas Dan high school setapak...

    ReplyDelete
  8. Memang banyak kenangan di situ...terlalu banyak coz saya membesar di situ....

    ReplyDelete
  9. Tapi sekarang dah banyak berubah...block lama dari 1501 hingga 1512 dah dirobohkan Dan digantikan dgn appt yg lebih cantik....klu block yg masih kekal...block encik , block sarjan Dan block pegawai...

    ReplyDelete
  10. Info yg admin bagi ttg wardieburn tidak tepat. Admin langsung tak tahu tentang organisasi tentera.

    ReplyDelete