Followers

Friday, May 27, 2016

10 Fakta Menarik Mengenai Carrefour

1. Carrefour merupakan rangkaian hypermarket kedua terbesar di dunia selepas 'Wal-Mart' dan berasal dari Perancis.

2. Carrefour bermaksud 'persimpangan' dalam bahasa Perancis.Tetapi kebanyakkan orang ramai menyebutnya sebagai 'Kay-for' dan bukannya 'Ka-fu' yang sepatutnya kerana ianya adalah sebutan Perancis.

3. Cawangan pertama Carrefour dibuka pada 3hb Jun 1957 di pinggir bandar Annecy, Perancis berdekatan satu persimpangan jalan.

4. Kini cawangan di Annecy merupakan cawangan Carrefour yang paling kecil di dunia.

5. Pada tahun 1976, Carrefour buat pertama kalinya melancarkan produk bebas jenama termasuk minyak, biskut, susu dan sebagainya pada harga rendah.Kelarisan produk ini menyebabkan pengkritik berasa bahawa Carrefour sedang melemahkan sistem kapitalisma dengan membiasakan orang ramai kepada produk generik (lawan kepada produk berjenama dan popular).

6. Carrefour beroperasi di Malaysia pada tahun 1994 dan cawangan pertamanya ialah di Subang Jaya.Antara keunikan hypermarket ini ialah kakitangannya yang bekerja menggunakan roller blade untuk menguruskan barang disebabkan saiz market yang luas.

7. Hanya ada 4 cawangan Carrefour di Kuala Lumpur iaitu di Kepong, Jalan Peel Cheras, Sri Petaling dan Wangsa Maju.

8. Akibat kemerosotan ekonomi dunia dan pelbagai masalah dalaman, Carrefour di Malaysia, Thailand dan Singapura telah dilelong unitnya.Walau bagaimanapun Carrefour masih mengekalkan operasinya di Indonesia.

9. Aeon Co. Ltd telah membeli unit-unit di Malaysia dengan nilai belian 15.1 bilion Yen (RM575.7 juta) dengan penjenamaan semula sebagai 'Aeon Big'.

10. Penghujung tahun 2012 menyaksikan berakhirnya Carrefour di Malaysia amnya dan Wangsa Maju khususnya.Pun begitu, rata-rata orang ramai masih mengekalkan panggilan Carrefour dan ini menunjukkan betapa popularnya pasaraya ini suatu ketika dahulu.