Followers

Tuesday, April 30, 2013

Tribute To Trio SMWM1 - Filem 'Baginda' 1997

Baginda ialah sebuah filem masyarakat arahan Aziz M.Osman, yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1997. Filem yang dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Datuk Jalaluddin Hassan ini merupakan filem mengangkat tema kesedaran guru memilih antara niat ikhlas untuk mengajar atau wang ringgit.


SENARAI PELAKON : 

Azean Irdawaty sebagai Cikgu Azian (Pelakon Utama)
Jalil Hamid sebagai Cikgu Syukri (Pelakon Utama)
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Cikgu Bakar (Pelakon Utama)
Benjy (Pelakon Pembantu)
Dilla Ahmad (Pelakon Pembantu)
Chef Wan (Pelakon Pembantu)
Jaafar Onn (Pelakon Pembantu)
Louisa Chong (Pelakon Pembantu)
Trio SMWM1 : Ajoy, Azam dan Allahyarham Nas (Pelakon Pembantu)



Trio SMWM1 dalam 'Baginda' : Ajoy (kiri), Allahyarham Nas (belakang) dan Azam (tengah)

SINOPSIS

Baginda mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Azian (Azean Irdawaty) seorang guru yang telah mencipta kejayaan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Dia juga terpaksa menghadapi pelbagai masalah sekolah swasta yang diwariskan kepadanya oleh pakciknya Mahmud Baginda.
Kolej Mahmud Baginda selepas kematian pengasasnya Mahmud Baginda, bukan sahaja menghadapi masalah para pelajar yang tidak berdisiplin, rendah moral tetapi juga para guru yang hilang minat mengajar.
Kemerosotan Kolej Mahmud Baginda menjadi bahan sindiran Bakar (Jalaluddin Hassan), seorang guru yang mengajar di Kolej Panglima yang jauh lebih berjaya baik dari aspek lulusan pelajarnya mahupun pasukan sukannya.
Pada masa yang sama sekembalinya Azian ke Kolej Mahmud Baginda telah menemukannya semula dengan teman lamanya Syukri (Jalil Hamid) seorang guru sukan yang seperti guru lain di kolej itu hilang rangsangan untuk mengajar. 
Perlawanan bola tampar berlangsung disebabkan oleh cabaran dari Kolej Panglima. Akhirnya Cikgu Azian dan Cikgu Syukri berjaya membimbing pasukan bola tampar mereka dan memenangi perlawanan ini.


KESELURUHAN

Filem menunjukan moral yang tinggi yang perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun gagal dari segi kutipan, filem ini mendapat tempat dalam pelbagai pertandingan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Azean Irdawaty dan Jalil Hamid agak bagus. Filem ini mementingkan nilai pengajaran yang tinggi walaupun filem ini bergenre komedi. Filem ini merupakan filem yang bagus kerana tidak mempunyai lawak yang kosong.

LAWAK TEGURAN

Jika dibandingkan dengan filem komedi zaman millenium, contohnya filem Sifu & Tongga, filem ini lebih sesuai ditonton kerana menunjukkan sebuah karya yang bermutu dan sarat dengan kritikan sosial berbanding filem Sifu & Tongga. Sifu & Tongga sekadar ingin memperkenalkan pelakon yang popular, Ahmad Nabil Ahmad dan filem Sifu & Tongga, dilihat sekadar lawak yang tidak memberi mesej kepada penonton.


PENCAPAIAN

Festival Filem Malaysia Ke-13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Terbaik-Jalil Hamid(Pemenang)
Anugerah Skrin 1998
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik-Aziz M. Osman
Pelakon Wanita Terbaik-Azean Irdawaty






P/S : Trio SMWM1 ini juga pernah menjadi finalis dalam Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996.Salah seorang daripada mereka iaitu Azam (gambar sebelah paling kiri) kini menjadi seorang guru dan masih bergiat aktif dalam kegiatan seni.Boleh layari blog beliau di mohazamrezali.blogspot.com 

Sumber rujukan : ms.wikipedia.org, www.filemkita.com dan mohazamrezali.blogspot.com

Monday, April 29, 2013

Tangkap Udang Sungai @ Taman Rimba Templer, Rawang

Ahad semalam aku ngan family dah tak tau dah nak pergi mana.Kitaorang ni sebenarnya minat pergi mandi manda kat sungai sambil layan nature.Anak aku yang sulung tu memang suka main pasir.Bila fikir-fikir balik mana la port yang menarik selain Ulu Yam... kat sana kalau weekend memang penuh orang.Kerete je memang payah nak parking.Semua lot mandi manda konpem 'FullHouse'.Tambahan lak geng-geng mat rempit suka sangat tunjuk bakat dorang kat jalanraya Empangan Batu sana.Sangat-sangat tak berkenan aku...
Apa lagi tempat mandi yang dekat-dekat KL ni yea.... selain Ulu Yam? Aku tau kawasan mandi-manda yang hampir dengan KL ni banyak macam Air Terjun Kemensah, Empangan Klang Gate, Hutan Lipur Lentang Karak, Sungai Janda Baik Bentong, Sungai Bukit Belacan, Sungai Congkak, Sungai Pangsun, Sungai Pisang Gombak, Sungai Lagong Selayang, Air Terjun Hutan Lipur Templer dan Air Terjun Semenyih.
Masalahnya semua tempat yang aku sebut ni semua dah pergi dan ada antaranya kitaorang malas nak repeat dah sebab faktor-faktor kebersihan air dan persekitaran setempat.Last-last dah tak tau nak pergi mana, hmmm... baik mandi sungai kat Hutan Lipur Templer Rawang jela... Boleh bagi kera makan snek.Hehehe...
Sampai je kat sana aku lalu satu tempat yang dipanggil Hutan Rimba Templer (dekat-dekat area situ jugak).Sebelum ni aku tau ada sungai kat situ cuma malas nak pergi sebab tu kawasan budak-budak PLKN buat latihan.Tapi aku fikir baik aku survey sana mana tau ada port lagi menarik? Sebelum ni aku masuk-masuk pintu gerbang terus pusing kiri sebab situ ada taman, kedai makan ngan taman permainan kanak-kanak.Kalau jalan terus nampak macam jalan mati.Jalan pun tak brape elok.Tapi hari ni kita jalan terus untuk survey, bosan punya pasal.
Jalan punya jalan jumpa baik punya port baru.Tempat pun cantik dan yang penting tak ramai orang! Adala dalam 3 famili je yang mandi manda kat sana weekend-weekend macam ni.Heran gak aku... Aku pun tanyela satu brader tu, dia cakap orang tau tempat ni tapi banyak orang lebih suka pergi Air Terjun kat Hutan Lipur Templer.Kat situ ada air terjun dan banyak kera, tempat makan dan kemudahan lain.Kat sini kurangla sebab takde tempat makan dan kemudahan, pastu kalau ada budak-budak PLKN memang jadi ramai tempat ni.Tapi kalau program PLKN dah abis, tempat ni jadi best sebab takde ramai orang.

Ooooo.... itu macam ka?

Mini dam... 

Kemudahan parking... kosong time weekend! Jalan atas tu menghala ke swimming pool awam.

Tandas awam... malangnya berkunci hari tu.

Aktiviti tangkap udang sungai... spesis yang terancam.

Model tak berbayar... hehehe.

Air sungai yang cetek... sesuai untuk budak-budak mandi manda.

Taman permainan kanak-kanak... masih tidak dicemari dengan unsur-unsur vandalisma lagi.

Anak aku yang sorang ni takut air...

Pintu gerbang jadi pedoman kepada sesiapa yang berminat nak datang sini.

Seekor kera kelihatan disini...selamba je blah lepas selongkar tong sampah.

Sunday, April 28, 2013

Pengaruh Muzik Rock Dan Muzik Muzik Di Era 90-an

Muzik Rock ataupun orang selalu panggil 'Rock Kapak' memang sinonim dengan Muzik Muzik (Anugerah Juara Lagu AJL). Muzik Muzik memang pentas rock kapak untuk menguasai arena muzik tanah air.Masa tu memang cukup hebat pengaruh rock kapak sehinggakan banyak lagu-lagu daripada Indonesia pun tak mampu masuk ke Malaysia. Amat sukar kita nak dengar lagu-lagu Indonesia atau Singapura di corong-corong radio tempatan. Memang rock kapak tak bagi can.Tapi sekarang dah lain situasinya...

Tahun-tahun penguasaan 'Rock Kapak' adalah diantara 1989 sehingga 1991. Di kala kita melihat kumpulan Search, Wings, May terus mengekalkan identiti rock, satu demi satu kumpulan rock berkubur dan kumpulan Fotograf, Gravity dan Exist bolehlah dianggap kumpulan rock terakhir yang berjaya menguasai industri muzik tanah air dengan kehebatan lagu 'Di Alam Fana Cintamu', 'Kesinambungan Cinta' dan 'Untukmu Ibu' pada tahun 1992. Kemudian muncul kumpulan rock hybrid seperti Slam dan Ukays yang berjaya mengenang kembali kegemilangan rock kapak suatu ketika dahulu. Tidak ketinggalan comeback yang berjaya daripada XPDC dan Febians yang muncul sebagai Amuk.

Ok... kita akan cerita sedikit penguasaan rock kapak antara 1989 hingga 1991 melalui Muzik Muzik TV3.

Muzik Muzik Akhir 1989

Fenomena Isabella! Walaupun memenangi juara bulan April, lagu ciptaan Search iaitu Isabella muncul sebagai pemenang utama Juara Lagu. Sehingga sekarang misteri pencipta lagu tersebut masih diperkatakan. Ada yang mengatakan lagu tersebut adalah ciptaan M.Nasir. Namun kerana tidak mahu lagu sebaik Isabella terlepas dalam persaingan AJL, lagu itu dikatakan ciptaan Search. Ini kerana peraturan pertandingan itu menjelaskan hanya lagu ciptaan komposer tempatan layak dipertandingkan. Pada tahun itu, M.Nasir masih warganegara Singapura dan bukannya Malaysia.
Namun, soal pencipta bukan persoalan utama kerana lagu itu sememangnya cukup malar segar dan diingati sebagai salah sebuah lagu terbaik Search hingga sekarang.

Antara lagu lain yang turut terpilih adalah :
Januari: "Taman Rasyidah Utama" Bob/Bob/Kumpulan Wings
Februari: "Sekali Aku Jatuh Cinta" Ismail Ahmad Nawab/Juwie/Nassier Wahab
Mac: "Misteri Mimpi Syakila" J.S Kevin/J.S Kevin/Kumpulan Wings
April: "Isabella" nyanyian Search/Bob/Search
Mei: "Kad Ucapanmu" A. Ali/Habsah Hassan/Norsheila Amin
Jun: "Resahku" A. Ali/Lukhman S/Rohana Jalil
Julai: "Sendiri" May/May/Kumpulan May
Ogos: "Janganlah Menghancurkan" Ahmad Nawab/Juwie/Shidee
September: "Cintaku Hanyut di Lautan Sepi" Ahmad Nawab/Juwie/Ramlah Ram
Oktober: "Segalanya Kuterima" Awang/Bob/Kumpulan Ilusi
November: "Bersama Suara Hati" Rahim Othman/Wan R.S/Kumpulan Gersang

Jika dinilai daripada gandingan komposer berpengalaman Ahmad Nawab dan penulis lirik, Juwie, rata-rata lagu yang dihasilkan mereka bergenre balada dan bertema cinta. Bermula 1986 hingga 1989, sudah banyak tahun Juwie menyertai AJL, namun tidak pernah sekalipun beliau memenangi kategori Lirik Terbaik.
Ramlah sekali lagi mempertaruhkan lagu ciptaan Ahmad Nawab dalam pertandingan tahun itu. Cukup sinonim dengan komposer tersebut setelah lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu meletup di AJL 1988 namun belum tentu menjanjikan sesuatu yang terbaik buatnya tahun tersebut.
Tahun 1989 juga menyaksikan persembahan-persembahan mantap dari kumpulan rock seperti Search dan Wings. Walaupun diwajibkan menyanyi secara live, vokalis kedua-dua kumpulan itu sungguh memukau. Tidak hairanlah mereka kekal dalam industri hiburan tempatan hingga kini,
Tahun itu juga menyaksikan kumpulan Search mengungguli kategori Persembahan Terbaik diikuti kumpulan Wings dengan lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila.
Lagu Isabella boleh dianggap sebagai menang besar apabila lagu tersebut muncul bergaya memenangi Juara Lagu, Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik buat pertama kali setelah empat tahun penganjuran AJL.
Selain fenomena Isabella, penggemar muzik tempatan diperkenalkan kepada Azwan Ali. Hos serba boleh yang digalas tanggungjawab untuk mengacarakan majlis tersebut bersama Charmaine Anne Augustin.

Search : Isabella

Muzik Muzik Akhir 1990

Pertama kali AJL disertai M.Nasir setelah mendapat taraf kerakyatan Malaysia. Bukan sekadar satu lagu tetapi tiga buah lagu. Selain lagu nyanyiannya Mustika, M.Nasir turut mempertaruhkan lagu Sejati dan Sentuhan Kecundang.
Namun malangnya, tahun itu bukan tahun untuk meraikan M.Nasir ke dalam industri hiburan tempatan sebaliknya milik Adam Ahmad yang menang menerusi lagu Janji Manismu.
Penyanyi Aishah, rakyat Malaysia yang mencipta nama di New Zealand diraikan pada tahun tersebut. Persembahannya yang dramatik dalam lagu Janji Manismu akan terus diingati hingga kini. Siapa yang boleh lupa Aishah mengusung beg dan kemudian melemparkannya semata-mata untuk menghidupkan lagu tersebut.
 Tahun ini juga memecah dominasi lagu balada dan rock apabila lagu berirama Nusantara seperti Mustika berjaya meloloskan dirinya ke peringkat akhir bersama lagu-lagu rock yang mula merobohkan penguasaan lagu bergenre balada. Lapan daripada sebelas lagu yang dipertandingkan adalah bergenre rock.
Muzik Malaysia nampaknya sudah beralih kepada genre rock sekitar tahun tersebut dan tidak salah jika dikatakan ianya merupakan pengaruh popularity kumpulan Search dan Wings yang baru menang tahun sebelumnya.
Jika tahun sebelumnya Search menang kategori Persembahan Terbaik, tahun ini milik Wings pula dengan lagu Sejati yang telah menewaskan persembahan dramatik Aishah. Tidak dipertikaikan kerana persembahan vokal Awie sangat memukau pada malam tersebut.
Walaupun rock dilihat sebagai kuasa baru dalam industri muzik tempatan, namun persembahan secara langsung mereka masih boleh dipertikaikan kualitinya. Beberapa kumpulan dilihat gagal menyampaikan lagu mereka dengan cemerlang.
Selain penyertaan M.Nasir dan kepulangan Aishah, industri muzik turut dengan tangan terbuka menerima artis luar negara dalam persaingan Juara Lagu. Endang S.Taurina merupakan satu-satunya artis luar negara yang berpeluang untuk menyertai AJL. Penyertaan itu dibenarkan dengan syarat lagu yang dinyanyikan masih merupakan ciptaan komposer tempatan.

Turut dipertandingkan adalah lagu berikut :

Januari: "Mustika" M. Nasir/M. Nasir/M. Nasir
Februari: "Sentuhan Kecundang" M. Nasir/M. Nasir/Kumpulan Ekamatra
Mac: "Pusara di Lebuhraya" Fauzi Marzuki/Bob/Kumpulan Ekamatra
April: "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" S. Amin Shahab/Kumpulan Mega
Mei: "Sejati" M. Nasir/M. Nasir/Kumpulan Wings
Jun: "Dari Sinar Mata" Awang/J.S Kevin/Kumpulan BPR
Julai: "Kembang Terhalang" Sani Sudin/Azida N.S/Kumpulan Gamma
Ogos: "Sangkar Emas" A. Ali/Lukhman S/Endang S. Taurina
September: "Suci Dalam Debu" Wan Zul/S. Amin Shahab/Kumpulan Iklim
Oktober: "Janji Manismu" Adam Ahmad/Wan Aishah/Aishah
November: "C.I.N.T.A." Z.N Kevin/J.S Kevin/Kumpulan XPDC

Sepanjang penganjuran AJL, kita telah melihat bagaimana selera muzik Malaysia berubah dari genre balada yang rata-ratanya didominasi penyanyi wanita kepada rock oleh kumpulan-kumpulan rock tempatan dan di penghujung tahun 80an mula diberikan teaser akan lagu berirama Nusantara oleh M.Nasir.
 Evolusi muzik ini sangat menarik untuk dianalisa kerana setakat ini hanya kumpulan Search yang berjaya memecahkan dominasi penyanyi wanita seperti Francesca Peter, Zaiton Sameon, Ramlah Ram dan Aishah.
Pengaruh lagu rock mula menular di kalangan penggemar muzik tempatan. Maka tidak hairanlah sekiranya pada tahun 1991 apabila lagu rock mendominasi AJL ketika itu.

Iklim : Suci Dalam Debu

Muzik Muzik Akhir 1991

Anugerah Juara Lagu 1991 berlangsung pada 29 Disember 1991 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ini merupakan tahun terakhir di mana setiap lagu yang ke peringkat akhir adalah juara bulanan.
Jika diperhatikan, irama rock mendominasi pertandingan kali ini. Lapan kumpulan rock dan tiga penyanyi solo yang beraksi memperjuangan genre muzik yang sama. Mereka adalah juara bulanan yang dipilih penonton menerusi borang pencalonan yang disiarkan di akhbar harian tempatan.
 Lagu dendangan kumpulan Mega, Takdir dan Waktu telah dinobatkan sebagai juara. Tempat kedua dimenangi oleh Shima dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki dan tempat ketiga pula menjadi milik lagu Tiara, nyanyian kumpulan Kris.
M.Nasir telah dipilih sebagai Penulis Lirik Terbaik menerusi lagu Tiara. Untuk Persembahan terbaik pula, ia dikongsi oleh tiga artis iaitu Shima, Damasutra dan Kris.
Tiada salahnya lagu rock mendominasi persaingan AJL tetapi agak canggung apabila beberapa penyanyi utama kumpulan rock telah dilihat gagal untuk menyampaikan lagu mereka dengan baik secara langsung. Lagu-lagu yang kedengaran enak menerusi kaset (ketika itu tiada CD lagi) menjadi rosak apabila dipersembahkan secara langsung. Pastinya masih ada yang ingat akan kesukaran Ajin, penyanyi utama kumpulan Blackrose menyampaikan lagu bernada tinggi, Penantian.
Ella pula menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah sambil duduk seperti meratap untuk lagu tersebut. Keunikan Ella membuat persembahan ketika itu menjadi tarikan utama malam tersebut. Kumpulan Damasutra yang mempersembahkan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi melakukan perubahan pada bahagian intro lagu mereka menjadikan lagu berdurasi 3 minit kepada hampir 7 minit.
AJL tahun itu menjadi pentas beradu kekuatan untuk digelar Ratu Rock Malaysia antara Ella dan Shima. Umum mengetahui berlakunya perdebatan antara peminat mengenai isu tersebut. Oleh itu, masing-masing mahu menunjukkan kehebatan persembahan mereka.

Ella sambil di iringi gitarist legenda, Hillary Ang

Berikut senarai penuh lagu yang bertanding:-

Januari: Antara Gadis - Kumpulan Dinamik
Februari: Patahnya Sayap Malam - Kumpulan Massa
Mac: Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella
April: Penantian - Kumpulan Blackrose
Mei : Memburu Rindu - Hattan
Jun : Gugurnya Bunga Cinta - Kumpulan Laksamana
Julai : Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Kumpulan Damasutra
Ogos : Cinta Bandar Tasik Selatan- Kumpulan Olan
September : Tiara - Kumpulan Kris
Oktober : Setelah Aku Kau Miliki- Shima
November : Takdir Dan Waktu - Kumpulan Mega

Acara kemuncak pada malam itu dihoskan oleh Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.
Tahun itu merupakan tahun terakhir AJL berlangsung tanpa kategori. Sebelum ia kembali dilakukan semula pada tahun 2009.


P/S : Ramai tak tau walaupun Search dan Wings dianggap otai Rock Kapak, tapi sejarah bermulanya kegemilangan rock kapak adalah melalui 'Battle Of The Bands' pada tahun 1983 yang pioneerkan oleh Febians dan Lefthanded.Sekarang tinggal jadi Malar Hijaula lagu-lagu ni. Gua teringat plak brader drummer BPR yang duduk kat blok D seksyen 1 dulu (gambar sebelah 3 daripada kiri).Kalau ada kugiran kenduri kahwin,
brader ni mesti kena jemput main drum. Hahaha...

Friday, April 26, 2013

Rahsia Air Kolah Masjid

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “merakam” pesanan.

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molekul air terbentuk seperti kristal yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molekulnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika muzik 'Heavy Metal' diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.


Mengikut hasil kajiannya juga, antara molekul air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Penggunaan air kolah masjid dalam perubatan biasanya dikhususkan kepada pesakit-pesakit kronik dan mereka yang mengalami gangguan sihir atau gangguan Jin.Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba perubatan ini haruslah merujuk kepada mereka yang arif dan berpengalaman.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang di doakan boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah SWT.


Senarai Masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang ada kolah . (6 daripadanya berhampiran Wangsa Maju).

Sesiapa yang memerlukan air kolah masjid, bolehlah mendapatkannya di masjid-masjid yang tersenarai di bawah:

Kuala Lumpur

1. Masjid Jame' Kg Baru KL
2. Masjid Jame' Bandar KL
3. Masjid Jame' Alam Shah, Jln Pasar, KL
4. Masjid Jame' Al-Akram, Dato' Keramat, KL
5. Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL

Selangor (Berhampiran Kuala Lumpur)

6. Masjid Al-Ridzwan, Jalan Ulu Klang
7. Masjid Jame' Kg Cincin, Gombak
8. Masjid Zakaria, Bt 8, Gombak
9. Masjid Jame' Kg Nakhoda, Selayang
10. Masjid Jame' Pandan Jaya
11. Masjid Jame' Seksyen 14 Petaling Jaya
12. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya
13. Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
14. Masjid Jame' Sayyidina Ali, Pdg Balang, Gombak
15. Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang

P/S : Penulis mendapat maklumat bahawa Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Mindef di Jalan Semarak juga mempunyai kolah.Walau bagaimanapun hasil tinjauan penulis, Masjid Muaz tidak lagi menyelenggarakan kolah itu dengan baik manakala di Masjid Mindef, kolah sudahpun digantikan dengan binaan lain.Serahkan segalanya kepada Allah SWT.Kita hanya berusaha dan merancang, Allah yang menentukan...


Thursday, April 25, 2013

My Music Class Sekolah Rendah : Recorder Kesayanganku


Hmmm... Subjek muzik kat sekolah rendah... Pada aku subjek boring ni.Tak boleh blah.Dahla selalu lupa bawak recorder.Selalu kena marah siap kena denda lagi sebab tak bawak recorder.Tapi aku suka main recorder berbanding alat muzik lain.Recorder ni umpama 'Lead Guitar' dalam kumpulan Rock Kapak.Kira macam Hillary atau Man Kidal la... Nampak mantap dan bergaya bila goreng main gitar sebelum masuk chorus.Hehehe...

Kalau korang ingat lagi, macam-macam lagu kita boleh bawak pakai recorder ni.Antara yang famous masa sekolah rendah dulu ialah lagu Maero Attack ngan Lagu Pujaan 10 Nescafe! Hebat dan kreatif jugak budak-budak sekolah ni.Tapi bila jawap periksa subjek Muzik ni, main hentam keromo je jawap.Susah dowh nak ingat note ni.Tapi yang paling senang simbol muzik yang mula-mula sekali tuh.Ha... yang ini senang.Sampai sekarang pun ingat.Key yang lain semua ke parit.Result peperiksaan subjek ni kalau pukul rata antara 20-30 markah (markah gagal ler ni).Padahal soalan objektif tuh!


Recorder... masa sekolah dulu aku panggil seruling.Sama ke?

Biasanya cikgu-cikgu muzik ni garang-garang.Sapa boleh konpem? hahaha... biasanya garangla sebab anak-anak murid ramai yang tak gemar subjek ni.Tak gemar tapi tak bermakna tak minat nyanyi lagu kan?
Ingat lagi lagu-lagu yang kena nyanyi bila ada kelas muzik ni?

Kalau ada lagu-lagu baru cikgu akan suruh salin daripada papan hitam (padahal hijau) tulis kat buku pastu lukis gambar-gambar berkaitan lagu tu kat bawah muka surat supaya nampak cantik.Antara lagu-lagu yang popular masa tu ialah Bapaku Pulang Dari Kota, Ais Kacang dan Anak Itik Tok Wi.Walaupun lagu ringkas dan cap ayam, tapi khayal pulak bila kena nyanyi lagu-lagu ni dalam kelas.Hahaha...

Dalam banyak-banyak lagu tu korang tau tak lagu apa yang mula-mula sekali korang kena hafal dalam silibus subjek muzik ni? Mesti korang dah lupa.Jawapannya ialah lagu 'Air Terjun'! Sampai sekarang aku hafal lirik ni.Siap nyanyi kat anak-anak aku lagi.Hahaha...

AIR TERJUN

Dari jauh bunyi berderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti

Lihatlah cantiknya
Air terjun namanya
Marilah kawanku
Mandi bersama...


Simple kan lirik ni? Siap add gambar sketch air terjun lagi.Barula nampak macam dalam buku sekolah.Hahaha...


Alat-alat muzik selain recorder yang kena belajar gak.



Contoh note dan yang paling penting simbol misteri mula-mula tu!

Wednesday, April 24, 2013

Teka Teki Teka Tekuk Pisang Goreng Wangsa Maju

Sesiapa yang tinggal kat Wangsa Maju atau dekat-dekat area ni mesti dah tau pasal gerai pisang goreng yang satu ni.Ala... gerai yang sebelah medan selera seksyen 1 tu la, area blok F depan PUTRA tu ha...Mesti ramai tertanya-tanya apa hal gerai ni dah tak beroperasi? Mau dekat setahun aku rasa.Bila jumpa kengkawan, semua tanya bila nak bukak gerai? Apahal gerai goreng pisang kat sebelah medan selera tu? macam-macam lagila soalan cepu emas aku dengar.Dah jadi teka teki plak isu operasi gerai goreng pisang ni.

Okla, sebelum aku cerita panjang lebar aku kena cerita dulu sejarah ringkas gerai ni...

Gerai ni sebenarnya dah mencapai umur 18 tahun.Mula-mula owner start ngan bisnes nasik lemak.Tapi sebab banyak saingan, campur kerja berat termasuk bersengkang mata sampai tengah malam masak sambal.Last-last setahun lebih je tahan.Berenti jual nasik lemak tak bererti berenti bisnes.Dapat pulak resepi buat pisang goreng daripada kawan owner.Resipi ni bukan sebarang resipi... ramai tanya ada letak telur ke ada campur serbuk gian ke? itu semua takdak.Mengarut! Tapi aku tak boleh dedahkan resepi ni.Ada orang pernah tawarkan aku RM500 masa aku lepas SPM sebab nak korek rahsia resepi ni.Nasib baik aku tau nilai RM500 masa tu berapa.So, sorila aku nak bocorkan rahsia tu.Lainla RM500 ribu.hahaha...

Resepi ni istimewanya, tepung akan melekat kat pisang tu bila digoreng.Kalau korang perasan orang biasa yang jual goreng pisang ni, tepung dia biasanya tak melekat.Kadang-kadang dah beli tepung dah tercabut, tinggal pisang je jadi togel.Pisang goreng apa macam tu? Keduanya, tepung ni rangup.Kadang-kadang customer siap mintak serdak-serdak tapau bawak balik.Sedap macam snek kot? Ketiganya adunan tepung dia ada rasa tersendiri.Tak macam orang berniaga pakai tepung goreng adabi.Memang lain rasanya.Kalau pakai tepung adabi ni kita boleh kenal rasa dia.Yang paling istimewanya, kawan owner yang ada resepi ni dah tak berniaga.Bermakna dalam KL ni tinggal sorangje la yang pakai resepi ni untuk berniaga!

Apasal tak berniaga dah?

Okla... berbalik pada persoalan tadi, kenapa gerai dah tutup hampir setahun.Mungkin korang tak tau sebenarnya 1 Malaya pokok pisang ni dah kena penyakit Moko.Penyakit ni membuatkan pisang menjadi kematu atau keras.Daun pisang pun jadi kuning dan layu.Aku dengar Kementerian Pertanian pun tengah carik usaha nak lawan penyakit ni sebab ramai yang terkena impaknya termasuk peladang, industri kerepek, peniaga pasar tani, peniaga goreng pisang dan yang paling terasa... penggemar pisang goreng sebagai santapan waktu petang!

Kalau korang perasan, memang susah nak dapat pisang sekarang, kalau ada pun jual mahal.Dulu harga sesikat dalam 1 kilo harga 70 sen 90 sen.Sekarang dah melebihi RM3 sesikat! Macam mana nak beniaga macam ni? Tak pulang modal! Bila kita jual 3 keping yang potong nipis-nipis singgit mau kena komplen.Tapi itulah realitinya.Nak-nak pulak berniaga dalam masyarakat yang kita kenal, bukan orang lain pun, semua jiran-jiran yang dah kenal.Ini Wangsa Maju bang, bukan meniaga kat sebelah PUTRA Masjid Jamek KL sana tuh.Kat sana tarukla 3 keping singgit.Lepas beli mengutuk belakang.hahaha...

Bukan tak boleh meneruskan bisnes jual keropok, cekodok pisang, cendawan goreng atau keledek goreng.Tapi owner berkeras nak jugak mesti ada goreng pisang sebab ini trademark ataupun core bisnes.Orang akan tanya jugak pasal pisang goreng bila datang gerai ni.Betul jugak tu... So, tinggallah gerai tersadai walaupun dah ramai orang datang rumah tanya nak sewa meniaga malam-malam bukak kedai makan.Tapi lupakanlah yer sebab selagi kudrat ada, owner memang berhasrat nak bukak balik gerai pisang goreng ni bila keadaan dah mengizinkan.

P/S : Ini semua ujian daripada Allah SWT.Sama-samalah kita doakan pisang lekas sembuh yer.Insya Allah...


Gambar terbaru Gerai Banana Paradise.Walaupun macam rumah tinggal, tetap laku orang nak sewa!

Gerai Pisang Goreng 'Banana Paradise' semasa zaman kegemilangannya.

Core bisnes : Pisang Goreng

Keledek goreng (makan ngan kopi O sedap dowh...).

Cendawan goreng cicah sambal kicap, ada peminat tersendiri...

Cekodok pisang ngan cekodok ikan bilis (My feveret).


Keropol lekor Ganu...
                                       
Penyakit Moko umpama H7N9 untuk makhluk bernama pokok pisang ni.

Nampak jelas pisang jadi kematu.Monyet 'Mat Kool' pun marah kalau tau ni.

Tuesday, April 23, 2013

Hantu Yang Paling Digeruni Oleh Orang Wangsa Maju


HANTU SUSU... Ingat lagi? Kalau ada lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan sakit lutut disarankan baca post ni kat tempat ramai orang dan terang-benderang...

Dulu kecoh satu sekolah pasal hantu susu yang sedang melanda  1 Malaysia ketika itu, tahun 1991 rasanyer. Dari murid sekolah hinggalah kepada cikgu-cikgunya, mulut tak lekang dari bercerita tentang hantu susu ni. Naik seram dibuatnya. Nasib baik waktu kelas hanya bermula pagi ke tengah hari bagi sesi pagi dan tengahari ke petang bagi sesi petang. Kalau ada kelas malam, pakat pakat semua ponteng lah. Kelas mesti kosong. Silap silap cikgunya pun tak datang dek kerana takutkan hantu susu!

Dekat area Wangsa Maju ni, termasuk Sri Rampai, Kampung Pasir dan Setapak Jaya tak kurang jugak tersebar cerita hantu susu ni. Kalau kat pasar atau pun kat lokasi Pak Aji meniaga sayur pakai lori tu, cerita hantu susu ni lah yang jadi topik perbualan hangat antara kaum ibu. Ini semua menguatkan lagi cerita hantu susu ni al-maklumlah lidah mereka lebih tajam daripada mata pedang. Memang menjadi cerita dan mudah tersebar. Nak-nak pulak tv masa tu memang tengah popular cerita-certa seram Indon macam Gondorowo, Toyol, Sundel Bolong, Ratu Buaya lakonan Suzanna, pastu citer-citer hantu cina vampire yang lompat-lompat tu. Tu pun menyumbang gak tu. Dalam suratkhabar jangan ceritalah, hari hari keluar story hantu susu. Tambahan akhbar-ahkbar dan majalah yang kurang ilmiah dan yang penuh dengan mistik dan tahyul macam Warta Perdana dan Variasari, cerita hantu susu ni lah yang jadi pelaris cerita dorang.

Ada sekali tu masa kemuncak cerita hantu susu ni, aku ingat lagi bapak aku kerja luar masa tu. Tinggallah aku ngan mak, adik-beradik perempuan aku duk umah. Malam tu sepupu aku ngan bini dia datang umah nak amek anak dorang sebab mak aku yang jaga masa dorang kerja.Dalam pukul 8 malam, memang dah sunyi seksyen 1 masa tu. Punyalah takut kat hantu susu ni. Bunyi pintu kena ketuk ngan sepupu aku pun mampu membuatkan aku mengigau malam tu. Hahaha... Sepupu aku plak masuk-masuk dah takde topik lain. Citer hantu susu gak! Dia pun takut-takut tu sebab duduk pun kat seksyen 2. Memang terasa 'vibration' nya. Dah abis citer-citer, tengok jam dah kul 9 cakap nak balik takutnya pasal. Lepas dorang balik boleh plak ada orang menyapu kat luar waktu suasana betul-betul tengah sunyi sepi. Pergh... punyalah takut kitaorang sampai duk selimut dalam bilik. Nak jengok tingkap pun tak berani!

Tu dia penangan hantu susu kat Wangsa Maju ni.Yang peliknya hantu susu ni pandai pulak berpindah randah. Daripada Perak sampai ke KL dia boleh merantau. Musafir sungguh hantu susu nih!

Hantu susu ni khabarnya kalau ikut version luar, ceritanya bermula bila seorang ibu dan anaknya kemalangan jalan raya dan meninggal. Maka hantu si ibu akan berkeliaran memakai baju putih dan telekung putih sambil menggendong anaknya. Si ibu akan pergi dari rumah ke rumah bak salesman syarikat gores dan menang, lantas memberi salam dan mengetuk pintu. Bila pintu dibuka, si ibu akan meminta susu untuk anaknya yang digendong. Anak kecilnya akan menangis teresak esak. Tuan rumah akan sediakan susu kerana kasihan. Bila kain yang membalut anaknya dibuka, yang digendong bukannya bayi tetapi batu nisan panjang. Hantu susu tersebutpun menunjukkan mukanya yang pucat dan menyeramkan lantas berlalu sambil mengilai ngilai panjang hiii hi hi hi hiiiiiiiii...

Kalau ikut version Wangsa Maju, hantu susu ni asalnya sorang ustazah kat Perak yang mati kena bunuh ngan suaminya yang kuat berjudi masa mengandung. Tu yang orang cakap, kalau salah baca ayat Kursi, hantu susu ni boleh betulkan. Ntah ye ntah tak. Kalau bab batu nisan, datang ketuk pintu rumah ke rumah ngan mengilai tu memang sebijik sama.

                                                                           Gambar hiasan der...

Sebelum ini budak-budak kat Wangsa Maju akan bermain sepuas hati pada waktu petang. Selagi tak Maghrib tak sah nak balik rumah. Sekarang tidak lagi. Bila cerita hantu susu ni tengah top, kawan kawan sepermainan yang lainpun takde sorang pun yang berani nak tunggu sampai azan Maghrib. Biasanya  bila dah pukul 6, mak bapak dorang terjerit jerit memanggil balik. Sejak cerita seram ni tersebar, kerja keibubapaan semakin mudah. Tak payah nak disuruh, semua masuk rumah tepat pada waktunya. Patutnya ibu bapa kena ucapkan 'thank you' kat hantu susu ni. Hahaha...

P/S : Ini semua tahyul-mahyul!


Alasan-Alasan Popular Datang Lewat Ke Pejabat (Tips Included!)


1. Jalan jem tak hingat.
2. Jalan jem akibat eksiden, paip pecah, kete rosak atau ada maintenance on the road.
3. Kereta atau motor kita rosak.
4. Hujan lebat (pastikan anda memiliki motorsikal sahaja).
5. Pergi klinik atau hantar anak bini pergi klinik.
6. Tolong orang eksiden.
7. Kene pergi sekolah anak sebab cikgu sekolah panggil.
8. Sakit perut atau terkena sindrom cirit birit bila bangun pagi.
9. Susah carik parking atau terpaksa parking kereta jauh-jauh.
10. Lupa nak punch card!

Kalau bos korang bagi mimik muka menyindir apabila diberi alasan-alasan diatas, dibawah ialah alasan-alasan yang lebih hardcore tetapi tapi mesti selamba pandai berlakon bila bercerita!

1. Telekom korek lubang awal pagi betul-betul depan pagar sampai kete takleh keluar.
2. Semalam tidur lambat sebab kena kawad cam kat balai polis sebab cari suspek kes bunuh (mesti bos korang kecut dengar).
3. Terserempak anak bos macam kene culik, follow punya follow rupanya orang lain!
4. Tersalah masuk jalan sebab kete kena himpit masa speeding sampai masuk highway ada tol.Jem plak tu kat tol...
5. Engkorang tidur lewat sebab tengok World Cup atau Euro Cup tapi pastikan team yang korang sokong tu sama ngan team yang bos korang sokong.Paling best bila team korang menang!

Kalau dah habis modal baik korang muhasabah diri la atau berenti kerja terus.Cuba engkorang jadi bos... mesti engkorang bengang tengok anak buah korang datang lewat kan?!

Monday, April 22, 2013

10 Game Lagenda Di Wangsa Maju Suatu Ketika Dahulu

Klik 'LIKE' blog ni kalau engkorang pernah main senarai TOP 10 permainan lagenda seperti di bawah.
Mesti korang ada yang Master ataupun sayur main game ni kat Wangsa Maju masa kecik-kecik dulu.hahaha...

1. GALAH PANJANG (engkorang selalu main kat court badminton lepas balik sekolah siap pakai uniform lagi...)
2. MAIN GULI (asal nak kalah engkorang rembat semua guli dalam petak tu...)
3. BATU SEREMBAN (orang perempuan je minat, main pun siap pakai baju kurung...)
4. TENG TENG (ni game famous sementara tunggu loceng masuk kelas berbunyik...)
5. RONDES (jangan  tak percaya kalau orang perempuan pun lagi kuat pukul bola tenis tu daripada budak lelaki...)
6. JENTIK TUDUNG BOTOL (memang clearla penutup botol oren kat tong sampah kedai mamak tu engkorang   sapu...)
7. TEPUK DAUN TERUP (sakit dowh tapak tangan main game ni...)
8. LOMPAT GETAH (game budak perempuan yang paling aku kagum)...
9. KONDA KONDI (game ni mmg penat dan selalu main waktu bukan musim hujan sbb lubang tak berair...)
10. PEPSI COLA (haaa... yg ni mesti engkorang dah lupa.game paling sadis main kat sekolah.habis kotor kasut sekolah hari isnin plaktu.PEPSI COLA, AISKRIM SODA, BUATAN MALAYSIA! pastu lompat pijak kasut kawan engkorang.hahaha...)








Tak perlu nak diterangkan game apa gambar-gambar kat atas ni.Marah aku kang...hahaha...

Memang hebat game-game rakyat ni.Bukan setakat menghiburkan, malah boleh menyatukan masyarakat, kaum dan yang penting mengajar budak-budak erti berpeluh yang sebenar.Bukan game mcm budak-budak skarang.Balik-balik main game kat handphone, tablet, laptop.... apa nak jadi ngan budak-budak zaman skarang ni pun tak taula...

P/S : Sayang padang-padang kat Wangsa Maju ni dah kena tambak buat court badminton, takraw.. itupun dah tak boleh main.Penuh dengan kereta pasal parking tak cukup.Lecak-lecak lagi.Kalau tak, mesti budak-budak zaman sekarang merasa main permainan rakyat ni.

Saturday, April 20, 2013

Anda Kanak-Kanak Yang Membesar Pada Zaman 80-an?

Kalau betul... anda telah membesar dengan menonton He-Man, She-Ra, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks, Inspector Gadget, Ninja Turtles, The Mask, Smurfs, X-Men dan Voltron dan tidak lupa siri animasi dan aksi dari Jepun seperti Ultraman, Dragon Ball, Maskman, Flashman, Doraemon, Polis Angkasa Gaban, Masked Black Rider, Tosho Daimos dan Miss Comet yang terkenal dengan tongkat ajaibnya.
Selain tu kalau malam-malam kita akan tengok citer seperti Oshin, Rin Hanikunma, Samurai, BJ and The Bear, Knight Rider, Macgyver, The 6 Million Dollarman, Bionic Women dan mak ayah kita akan tengok sitkom Hikayat Hang Setia ataupun Drama Swasta (ada gambar topeng ketawa ngan menangis tu). Belah siang pula kita akan tengok rancangan TV pendidikan, citer Kunta Kinte, cerita orang mengembara masa pakai jam 'OMNI' ataupun citer kegemaran ramai iaitu Maero Attack yang kalau gi sekolah pun kita terbawa-bawa aksi diorang main bola tampar dan siap hafal lagi lagu.




Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi longkang dengan classmates semua kat sebelah...
Ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Lepas itu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena lah tampal.
Cinta monyet??? Pandai2la korang senyum ingat sendiri...
Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time itu minum susu. Sekotak 30 sen saja beb..Kadang-kadang lori Milo pun datang bagi minum free kat sekolah.
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?
Nasik lemak 30 sen saja kat kantin.Kadang leh ceduk sambal lebih kalau tak puas ati.Feveret daging buger cucuk harga 20 sen satu...Memang ketagih makan.But bola mampu beli Cap Fong Keong aje.Sape pakai Topper, Nike atau Adidas memang orang respekla...
Time sekolah menengah, anda sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz takpun kasut model baru yang ada pemantul cahaya. ada yang suka kasut High-Cut yang buatan China tu...ada yang suka stoking tebal lah...Kalau citer bab hiburan mesti citer pasal 4U2C, Feminin takpun Nico.

Internet? email? benda alah apa tu?
CD? apa tu? kaset tape pernah lah dengar..

kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, Tora, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, Super Ring plastik biru yang ada gambar Mikey Mouse pakai baju magic. Bila dah habis exam skolah, main Monopoly lah, UNO lah, Donkey lah, Happy Family lah, Old Maid la dalam kelas.
Tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. boleh beli aiskrim dengan pakcik atau makcik jual snek kat luar sekolah itu...ingat lagi mamee harga 5 sen?
Lagi satu loceng masa nak pergi rehat. Tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola sepaklah, bola baling lah...dan macam yang saya katakan tadi... main bola tampar ala-ala Maero Attack.
Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', A E I O U, Galah Panjang, main kejar2 duduk...
Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Ais Pong yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia! paling koman pun aiskrim potong yang ada kacang tu.
Lipat kertas kecil-kecil, selepas itu buat lastik.tembak cicak hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur lah.
Hmm...kalau dalam soal lagu rasenyer ramai yang minat Rock Kapak.Kalau lagu mat saleh rasenye New Kids On The Block, Vanilla Ice, Bryan Adams, Richard Marx dsb...Sekarang sudah zaman Justin Bieber...

Perbezaan dengan budak-budak zaman sekarang...

Setau mereka negara Jerman ada satu je daripada dulu.
CD dan DVD wujud time mereka lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Mereka percaya Spiderman, Iron Man, X-Men dengan Incredible Hulk tu filem-filem baru.
Mereka tak boleh bayangkan skrin hitam putih atau hijau untuk sebuah komputer.
Game 'Atari'? 'Micro Genius'? What the hell is that?
Mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih... yang kalau kita taknak tengok TV kena tutup dia punya pintu sliding kat tv tu. dan mereka sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.
Dan mereka tak paham macam mana kita boleh survive dekat sekolah atau universiti tanpa handphone!

Kenduri Roti Canai Zahid AF2 2004

Suatu ketika dulu negara pernah digamatkan dengan fenomena Akademi Fantasia yang mana jangankan budak-budak muda, orang tua pun ikut sekali menangis depan tv kalau ada pelajar yang tersingkir tiap-tiap minggu.Itu belum lagi kegilaan penonton yang bagi undi secara pukal.Punyala nak bagi sokongan kaw-kaw kat idola  dorang tu.Undi untuk masa depan macam PRU tak nak pulak pergi.Hampeh! hahaha...
Okla, berbalik pada cerita pokok.Mungkin ramai yang tak tau selain Zahid AF2, peserta AF1, Burn dengan Shawal AF5 pun sebenarnya budak Wangsa Maju jugak.Cuma Burn dah pindah daripada WM masa dia menyertai AF1 2003.Nasib budak berdua ni tak sebaik Zahid.Yela... terus terang cakap, suara Zahid memang paling mantap dalam batch AF2.Itu memang tak dapek nak dinafikan.Ingat lagi duet Zahid ngan Dato' M.Daud Kilau? Memang menjadi malam tu.Aku taula... Penuh restoran mamak Al-Amin kat seksyen 1 malam tu.Aku dengar kat NZ pun fullhouse malam tu.Semua bagi sokongan kat Zahid.Al-maklumlah... budak Wangsa Majula katakan...








Bila dah menang AF2, OKB (Orang Kaya Baru) Zahid kenalah tunaikan janji nak belanja roti canai pada pengundi dia kat WM.Last-last Zahid pilih NZ sebagai lokasi 'Janji Ditepati' aritu.Aku tau NZ pun ada share sekali dalam propaganza AF2.Mau tak, tiap-tiap malam AF, penuh NZ sampai mencangkung-cangkung orang tengok layar kat sana.Sabarjela...
Sekitar Ogos 2004 kalau tak salah aku, Brader Joe mintak tolong budak-budak seksyen 1 sebab kawan-kawan Zahid kat Seksyen 2 tak cukup orang nak jadi bodyguard untuk kenduri malam tu.Bila Abang Long dah nak tolong, budak-budak Mobil pun ikut jela.Manala tau dapat imbuhan ke...OKB Zahid la katakan.hehehe...
So bila dah berkumpul petang tu kat rumah Zahid, tup-tup ada rancangan Zahid nak buat suprise datang kat NZ pakai motorbike Naza yang dia menang tu.So, kereta yang sepatutnya bawak Zahid tu sebagai dummy je.Kononnya untuk keselamatan Zahid.Aku rase macam tak percaya gak.Aku ni mana minat sangat artis-artis ni.Macamla artis Hollywood atau Kollywood sangat.Tapi sebab kawan follow jela strategi tu.
Aku naik kereta brader Asri masa tu.Habis kemek-kemek kete dia terkena kete lain masa mencelah kat jalan masuk bawah NZ tu.Punyala ramai kereta parking kat situ.Jangan tak percaya, sebelum tu ada 2 kete kejar kete dummy Zahid.Peminat dia lertew masa kat jalan depan Akademi TV3.Memang giler la budak-budak kat Malaysia ni.Aku suspek orang pompuan je yang lebih-lebih.Hahaha... jangan marah ha...
So malam tu konsert ngan kenduri roti canai berjalan lancar.Kitaorang selaku bodyguard melaksanakan tugas dengan baik.Muka ketat kitaorang pun dapat pujian daripada bodyguard pengkid Mas AF2.Hahaha...
Habis je konsert, hantar Zahid balik umah.Sebelum tu dapat gaji dulu daripada Zahid.Belanja makan ngan Dunhill 20 sorang sekotak.Cukup ke ni? tak baik ungkit-ungkit taw... Esoknya Zahid and the Geng AF2 datang NZ lagi untuk punishment basuh kete peminat sebab tak dapat jawab soalan Seelan Paul masa malam kenduri roti canai tu.Tapi aku tak pergilah sebab ini semua poyo...

Anding,Kaer ngan Adam.Jadi mangsa balaci basuh kete peminat.

Zahid tengah beraksi dengan macha kakitangan NZ basuh kete peminat.

Group bodyguard tak bertauliah WM bergambar kenangan ngan Zahid AF2 sebelum balik tido! Hahaha...

P/S : Di ulang sekali lagi... Ini Semua PoYOooo!!!