Followers

Sunday, March 8, 2015

Sejarah Galleria Jalan Pahang Setapak

Entah mana silapnya, Kompleks Perniagaan Galleria yang bercirikan rekabentuk Eropah di Jalan Pahang, Setapak pernah terbiar selama 8 tahun tanpa sebarang perhatian.Kali terakhir Admin pernah datang sini ialah pada tahun 1999 dan waktu tu memang jelas bangunan ini 'hidup segan mati tak mahu' sebelum ditutup pada tahun 2000.Berbagai cerita seram timbul dikalangan penduduk setempat apabila bangunan ini terbiar agak lama.Dahulu semasa di awal pembukaan terdapat sebuah Pasaraya Rainbow yang beroperasi tetapi ditutup akibat kekurangan pelanggan.Mengikut pendapat orang berdekatan, masalah parking dan kesesakan di Jalan Pahang di tambahkan lagi dengan kekurangan promosi menjadikan Galleria yang setaraf dengan Berjaya Times Square ini tidak mampu bertahan lama.Akhirnya Galleria kembali dibuka tetapi mengikut sumber, tempat ini menjadi pejabat dan pusat aktiviti sebuah pertubuhan agama.Tak tahulah ada lagi tak Cockerel (ayam jantan) yang dikeraskan dan diletakkan pada bumbung Galleria (Admin bulatkan dengan warna merah dalam gambar).Mengikut sumber ia adalah Feng Shui yang baik untuk menamatkan 'Badi' Galleria selepas didakwa oleh sesetengah orang (yang mempercayai Feng Shui) bahawa apa jenis perniagaan pun akan mengalami kerugian jika beroperasi di sini.

No comments:

Post a Comment