Followers

Thursday, February 5, 2015

Taman Tema Mimaland Dalam Kenangan

Jika ditanya semua nama-nama taman tema di Malaysia, pasti kita akan ingat Sunway Lagoon, Bukit Merah Laketown Resort, Lost World of Tambun, Legoland dan sebagainya.

Tapi, anda tahukah mengenai Taman Tema Mimaland?

Hanya 20 minit daripada Wangsa Maju, Taman tema Mimaland yang terletak di Gombak, Selangor merupakan taman tema yang pertama di Malaysia.Dibuka pada tahun 1971, Mimaland bermaksud "Malaysia in Miniature Land".Fasa pertama Mimaland dibuka sekitar 1970-an yang mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet dan sebuah kolam renang.Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran Kuala Lumpur.

Salah satu tarikan utama di Mimaland ialah 'taman haiwan prasejarah' yang menempatkan binaan model-model dinasour yang besar dan mengkagumkan.

Pada 1984, sebuah kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara serta papan luncur air gergasi dilancarkan sebagai tarikan terbaru Mimaland.Selain itu, Mimaland juga pernah menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem Melayu seperti Mekanik (1983), Gila-Gila Remaja (1986), Suara Kekasih (1986) dan Dendang Perantau (1979).Selain itu,Mimaland juga menempatkan beberapa bahagian lain antaranya kolam untuk aktiviti bersampan dan memancing, basikal air, kawasan 'giant maze' dan kawasan untuk merentas rimba.

Setelah beberapa tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, satu peristiwa hitam berlaku pada Januari 1993 apabila seorang warga Singapura berusia 27 tahun maut akibat ditimpa kemalangan di papan luncur gergasi Mimaland.Kejadian itu telah menyebabkan pihak Mimaland menutup sementara papan luncur itu untuk tujuan pembaikpulihan dan penyelenggaraan.Selepas itu Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai.Bagaimanapun pada Mei 1994, satu kejadian tanah runtuh kecil telah berlaku dan merosakkan dinding kolam renang serta menyebabkan tanah lumpur memasuki kolam renang.Ia kemudiannya ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diheret ke mahkamah atas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dari kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah.Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi.Akibat tidak dapat bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa ditutup buat selama-lamanya pada tahun 1994.

2 comments:

  1. MIMALAND DALAM KENANGAN DULU... KINI,,,, DAN SELAMANYA !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Sya review all the setapak and serounding here

    ReplyDelete