Followers

Saturday, April 13, 2013

HAT Tuanku Mizan Di Seksyen 2 Untuk Anggota Tentera Sahaja?



Gambar ihsan UPNM

Pintu Masuk HAT (Gambar ihsan mycen.com)

Terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan adalah kesinambungan kemudahan perubatan untuk angkatan tentera Malaysia selepas Hospital di Terendak, Lumut dan Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

HAT memainkan peranan sebagai penyediaan perkhidmatan perubatan, pendidikan, latihan, penyelidikan dan pembangunan perubatan yang dijalankan secara efektif oleh pasukan angkatan tentera Malaysia.

Hospital ini masih dianggap baru dikalangan rakyat Malaysia terutama warga Wangsa Maju apatah lagi fasiliti dibina berhampiran kediaman orang ramai iaitu di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Berbalik kepada persoalan yang sentiasa bermain di fikiran warga WM...
Bolehkah orang awam mendapatkan khidmat perubatan di hospital ini?

Jawapannya BOLEH dengan syarat untuk hal-hal kecemasan sahaja yang memerlukan rawatan dengan segera.Ini diakui sendiri oleh seorang pegawai kanan tentera berpangkat di dalam salah satu laporan akhbar tempatan.

Ini juga diakui oleh petugas ambulan Hospital Besar Kuala Lumpur tempohari semasa saya memanggil ambulan kerana salah seorang ahli keluarga saya memerlukan rawatan dengan segera.Ternyata mereka mempunyai kerjasama rangkaian perkhidmatan walaupun berbeza nama dan pengurusan.

Dan yang pentingnya, ada beberapa maklumat mengatakan kemudahan di sini memang ada class.. dan yang bagitau tu pun dapat rawatan sebab bersalin kat sana.Kalau kita tengok daripada luar,  rupa bangunannya pun kita dah tau kemudahan dia macam mana.

So, kepada mereka-mereka yang bercadang nak pergi hospital ni, sila jangan daftarkan sakit anda yang ringan-ringan macam demam ke, batuk-batuk ke, pening-pening lalat ke... bagilah kerjasama sikit.Ada masa pergilah ke hospital yang terdekat macam GH ke, Hospital Selayang ke, Tawakal ke, Pusrawi pun dekat.HAT ini kalau boleh tu untuk kemudahan anggota tentera sahaja.Jadi mereka tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.

P/S : Saya kalau tak sihat badan, pergi Klinik Kita kat traffic light simpang masuk Wangsa Maju tu.Dekat pun dekat.Nak dekat lagi pergi Klinik Dr. Nadir atau Dr. Hasni.Hehehe...

12 comments:

  1. KLU NK DAFTAR B'SALIN BOLEH KE KT HOSPITAL NIE?
    RUMAH DEKAT WANGSA MAJU JE..

    ReplyDelete
  2. Daftar bersalin tak boleh kecuali anggota dan keluarga anggota tentera sahaja.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ada MRI tetapi untuk warga tentera sahaja

      Delete
  4. Kalu emergency nk bersalin boleh ke

    ReplyDelete
  5. Assalam...
    saya nak tanya
    ayah saya bekas tentera tp berkhidmat hanya 10 tahun sahaja.. sekarang ni dia dah dialisis buah pinggang.. sudah buat 2 kali tapak... malangnya, sekarang tapak yg sedia ada sudah rosak akibat kemalangan jln raya.. kos yang diperlukan utk membuat tapak baru adalah sebanyak RM13,000.00.. pihak HAT Tuanku Mizan ni boleh bantu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena surat sokongan daripada Veteren dan minta refer ke HATTM

      Delete
  6. Mak sye sakit cancer d kuantan k de pkar bole rujukk HAT k

    ReplyDelete
  7. Kalau Isteri tentera boleh ke bersalin dekat hospital ni ?

    ReplyDelete
  8. semua tak tau ..sebenarnye semua anggota..seperti tentera...polis....bomba..boleh pergi kat hat tu...percuma..kata doc tentera pakar

    ReplyDelete
  9. Kalau nak apply kerja dekat sini boleh ke?

    ReplyDelete