Followers

Showing posts with label Isu Setempat. Show all posts
Showing posts with label Isu Setempat. Show all posts

Friday, May 27, 2016

10 Fakta Menarik Mengenai Carrefour

1. Carrefour merupakan rangkaian hypermarket kedua terbesar di dunia selepas 'Wal-Mart' dan berasal dari Perancis.

2. Carrefour bermaksud 'persimpangan' dalam bahasa Perancis.Tetapi kebanyakkan orang ramai menyebutnya sebagai 'Kay-for' dan bukannya 'Ka-fu' yang sepatutnya kerana ianya adalah sebutan Perancis.

3. Cawangan pertama Carrefour dibuka pada 3hb Jun 1957 di pinggir bandar Annecy, Perancis berdekatan satu persimpangan jalan.

4. Kini cawangan di Annecy merupakan cawangan Carrefour yang paling kecil di dunia.

5. Pada tahun 1976, Carrefour buat pertama kalinya melancarkan produk bebas jenama termasuk minyak, biskut, susu dan sebagainya pada harga rendah.Kelarisan produk ini menyebabkan pengkritik berasa bahawa Carrefour sedang melemahkan sistem kapitalisma dengan membiasakan orang ramai kepada produk generik (lawan kepada produk berjenama dan popular).

6. Carrefour beroperasi di Malaysia pada tahun 1994 dan cawangan pertamanya ialah di Subang Jaya.Antara keunikan hypermarket ini ialah kakitangannya yang bekerja menggunakan roller blade untuk menguruskan barang disebabkan saiz market yang luas.

7. Hanya ada 4 cawangan Carrefour di Kuala Lumpur iaitu di Kepong, Jalan Peel Cheras, Sri Petaling dan Wangsa Maju.

8. Akibat kemerosotan ekonomi dunia dan pelbagai masalah dalaman, Carrefour di Malaysia, Thailand dan Singapura telah dilelong unitnya.Walau bagaimanapun Carrefour masih mengekalkan operasinya di Indonesia.

9. Aeon Co. Ltd telah membeli unit-unit di Malaysia dengan nilai belian 15.1 bilion Yen (RM575.7 juta) dengan penjenamaan semula sebagai 'Aeon Big'.

10. Penghujung tahun 2012 menyaksikan berakhirnya Carrefour di Malaysia amnya dan Wangsa Maju khususnya.Pun begitu, rata-rata orang ramai masih mengekalkan panggilan Carrefour dan ini menunjukkan betapa popularnya pasaraya ini suatu ketika dahulu.

Monday, September 14, 2015

Realiti Masa Depan Perumahan Di Wangsa Maju

Komen daripada Sdr. Syaril Azhar... penat membacanya tapi berbaloi.

~ Dah x kan ada lg rumah2 mampu milik diwangsa maju. Zaman rumah mampu milik sudah berakhir. Yang paling penting bagi DBKL ialah keuntungan jangka masa pendek. Kalau buat rumah mampu milik tak dpt kaut keuntungan lebih. Rumah2 ini hanya mampu dimiliki org luar. Bkn sahaja wangsa maju. Malah lihat disekeliling wangsa maju. Ulu kelang, Setapak, jalan semarak jalan jelatek, ampang, gombak. Mana ada projek rumah mampu milik? Tidak ada projek perumahan dibawah 500k. Ini adalah disebabkan tidak ada sedikit pun keprihatinan atau 'sosial obligation' dari semua PBT. Tidak kira dari Pembangkang atau yang memerintah untuk mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik dikawasan bandar. Berapa byk condo mewah didalam bandar yang tidak berpenghuni. Dibina semata2 utk memenuhi pelabur2 atau property speculator. Bukan benar2 untuk dijadikan tempat tinggal. Sikap rakus pemaju dgn kerjasama PBT yang hanya mementingkan keuntungan dari pada memenuhi tanggungjawab sosial. Dulunya, di Wangsa maju. Pemaju diwajibkan membina rumah kos rendah, sederhana dan mewah mengikut nisbah tertentu. Dan ada juga kawasan yg diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana. Tetapi hari ini kawasan2 ini telah disamun oleh pemaju dgn kerjasama PBT yang pentingkan poket sendiri.

Sunday, March 8, 2015

Sejarah Galleria Jalan Pahang Setapak

Entah mana silapnya, Kompleks Perniagaan Galleria yang bercirikan rekabentuk Eropah di Jalan Pahang, Setapak pernah terbiar selama 8 tahun tanpa sebarang perhatian.Kali terakhir Admin pernah datang sini ialah pada tahun 1999 dan waktu tu memang jelas bangunan ini 'hidup segan mati tak mahu' sebelum ditutup pada tahun 2000.Berbagai cerita seram timbul dikalangan penduduk setempat apabila bangunan ini terbiar agak lama.Dahulu semasa di awal pembukaan terdapat sebuah Pasaraya Rainbow yang beroperasi tetapi ditutup akibat kekurangan pelanggan.Mengikut pendapat orang berdekatan, masalah parking dan kesesakan di Jalan Pahang di tambahkan lagi dengan kekurangan promosi menjadikan Galleria yang setaraf dengan Berjaya Times Square ini tidak mampu bertahan lama.Akhirnya Galleria kembali dibuka tetapi mengikut sumber, tempat ini menjadi pejabat dan pusat aktiviti sebuah pertubuhan agama.Tak tahulah ada lagi tak Cockerel (ayam jantan) yang dikeraskan dan diletakkan pada bumbung Galleria (Admin bulatkan dengan warna merah dalam gambar).Mengikut sumber ia adalah Feng Shui yang baik untuk menamatkan 'Badi' Galleria selepas didakwa oleh sesetengah orang (yang mempercayai Feng Shui) bahawa apa jenis perniagaan pun akan mengalami kerugian jika beroperasi di sini.

Tuesday, June 10, 2014

Harga Rumah Seksyen 1 Wangsa Maju

118K sekarang... Aritu ada nak jual 160K.Camno tu? Kena bayar duit sendiri la sebab bank boleh bagi loan 100-110K je rasanya.Kalau cerita pasal rumah sewa pulak, atas rumah Admin ada orang nak sewakan 1K sebulan.Mak aiii.... mahal tahap gaban.Tapi jangan tak percaya, ada orang nak jugak tu!

Tahun 1986, 1 unit berharga dalam 25K.

Friday, June 6, 2014

Ular Sawa Naik Rumah Tingkat 2

Ni sape pulak bukak payung dalam rumah ni??? Kan dah naik 2 ekor ular sawa sampai tingkat 2.Boleh larik pulak tu dari Blok B1 ke B2! Heran tetapi benar... JPAM dah settle dah.Kecoh betul pagi tadi kat area Pasar Seksyen 1.Tak taulah JPAM nak buat apa dengan couple ni.Zoo pun tak terima ular sawa bandar camni.Hehehe...

Wednesday, June 4, 2014

Projek Banglo Bukit Wangsa Maju

Dah pasang balik penghadang jalan tu.Ni area bukit bawah Masjid Usamah.Signboard projek pun dah takde.Pelik jugak.Harap-harap batal la projek rumah banglo berskala kecil dalam tu.Bukit kat Wangsa Maju ni jangan diusik.Cukuplah apa yang ada sekarang.Tengok... sampai rosak jalan turun bukit nak masuk Aeon Seksyen 1 dibuatnya.Absorber kereta kita gak yang susah.

Saturday, May 31, 2014

Jalan Paling Teduh Di Seksyen 1

Jalan paling teduh di seksyen 1.Daripada blok B hingga D.Kalau takde Desa Andaman seberang tu, daripada traffic light blok A sampai D memang teduh dengan pokok-pokok yang colourful.Sayang... sepatutnya idea landskap itu dikekalkan.Nak tunggu pokok besar memang makan puluhan tahun.

Kitar Semula Untuk Amal?

Projek 'Kitar Semula Untuk Amal' tidak akan berjaya dilaksanakan disini sebab kita sudah ada pengitar semula yang bergiat secara aktif.Apa yang kita perlu ialah pengurusan sampah yang efektif.

Friday, April 4, 2014

Apa Itu Demam Denggi Dan Nyamuk Aedes?

Demam Denggi

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Mandi jerlum.
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya/sawan.
Sesak nafas.
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.


Wednesday, January 1, 2014

Cabaran 2014 Menjelma Sudah

Tiada sambutan besar-besaran tahun baru kali ini.Semua bercerita tentang langkah jimat cermat secara total seluruh negara.Tak kira daripada peringkat atasan mahupun bawahan, tidak kira dimana, di sektor kerajaan atau swasta, isu berjimat-cermat menjadi agenda penting pada tahun 2014 ini.
Dikala Pantai Timur baru pulih daripada banjir, kita dikejutkan pula dengan banjir di Sarawak pada ambang pengakhiran 2013.Itu belum menyentuh pelbagai isu sensitif seperti GST, subsidi minyak, takrif elektrik, kadar tol, kalimah 'Allah', Agama Syiah dan sebagainya.Serba tidak kena Malaysia sekarang semenjak era siber dan sentimen politik menguasai pemikiran dan kehidupan majoriti rakyat Malaysia.
Sebenarnya rakyat Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik untuk negara ini pada PRU13.Pilihan kita pada PRU13 yang lepas tidak semestinya tepat dan tidak pula semestinya salah.Semua mahukan yang terbaik untuk negara yang tercinta ini bukan?
Perlulah diingatkan, kuasa rakyat bukanlah muncul lima tahun sekali. Kita berhak mengutarakan bantahan dan pandangan melalui wakil yang kita pilih asalkan kita semua bersatu tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.Jauhkan perasaan hasad dengki dan saling berdendam.Kita harus bijak membezakan antara politik dan isu kepentingan bersama.Jangan jadikan diri kita mangsa manipulasi politikus-politikus dan agen-agen mereka.Mereka tiada apa-apa tanpa undi kita.Yang penting kita harus maufakat dan apabila bersuara, biarlah hanya satu dan kuat supaya suara kita digeruni.

TIDAK KIRA KITA DIBAWAH KERAJAAN BN ATAU PR, marilah kita kembali seperti kita yang dahulu; dikagumi dan dihormati oleh negara luar!

Apapun kita wajib bersyukur kerana diberikan nyawa dan nafas oleh Allah SWT untuk menempuh liku-liku kehidupan yang mendatang.

Semoga kita semua rakyat Malaysia diberi perlindungan dan selamat sejahtera di bawah rahmat Allah SWT.

Amin Ya Rabbal Alamin...

01HB JANUARI 2014

Wednesday, December 25, 2013

Surat Terbuka Orang (Parlimen) WM Untuk PM



Sempena pembentangan bajet 2014...
Mari kita baca surat terbuka rakan kita ni dengan berfikiran terbuka tanpa terkurung dalam pemikiran politik yang sempit.

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). 

Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM233.40. Boleh Beli Rumah Apa? 

Assalamualaikum Dato’ seri.. 

Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah 'Negara Pesat Membangun' bukan 'Negara Yang Sedang Membangun.'

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.


Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government, sukar mendapatkan jawatan tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin


Wednesday, October 2, 2013

Kencing Tikus : Apa Yang Perlu Anda Tahu!


APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS? 

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.


ADAKAH TIKUS HAIWAN PEMBAWA BAKTERIA INI??

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain. 

Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

APAKAH KOMPLIKASI YANG DIHADAPI PESAKIT?

Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.

Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.


APAKAH BENTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN?

Sebagaimana jangkitan bakteria lain, Leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti Penisilin, Streptomisin, Eritromisin, Tetrasiklin dan Doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan. Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk.


APAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN KENCING TIKUS?

Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria Leptospira iaitu:
1. Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.
2. Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.
3. Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.
4. Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.
5. Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.
6. Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria Leptospira.
7. Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya air tidak bertakung.


Monday, July 29, 2013

Kisah Malam 'Blackout' Di Wangsa Maju


Malam tadi 29hb Julai 2013, Wangsa Maju Seksyen 1 mengalami 'blackout' selama hampir sejam setengah bermula daripada 12.20 pagi sehingga pukul 1.30 pagi lebih kurang. Dalam Facebook penuh dengan komplen-komplen yang ditujukan khas kepada TNB. Yang komplen TNB tak angkat-angkat telepon pun ada. Macam-macam...

Blok-blok yang terlibat adalah blok C, D, E dan F manakala blok A dan B tidak terjejas bekalan elektrik mereka. Lagi dok post dalam Facebook umah dorang air-cond kipas semua jalan. Bikin panas tulla... dahla angin takde tengahmalam tadi. Sesaper ada anak kecik siapla. Satu blok boleh dengar baby menangis sebab kepanasan. Nyamuk? Jangan ceritala...

Blackout tak sampai dua jam ni sebenarnya takder pape pun impaknya. Cuma kita ni dah terbiasa hidup senang. Takde air-cond atau kipas tak boleh tidurla apelah. Kadang-kadang orang bandar ni siap pemikiran mereka lebih baik takder air daripada takder elektrik! Sebabnya takleh nak charge handphone, panas takder air-cond, takleh tengok Astro, takleh main play station, takleh main internet dan macam-macam lagilah. Setakat tak mandi, ape hal lah sangat? Bila dah sampai tahap minum tak ada, nak flush toilet tak boleh, bau pun dah naik semacam, baru nak rasa menyesal. Hahaha... tipikal manusia zaman sekarang.

Ada yang lebih besar lagi impaknya... kalau korang ingat lagi, seluruh semenanjung Malaysia pernah bergelap selama 12 jam pada 3 Ogos 1996. Haru biru satu semenanjung tak kira kira kawasan perumahan ataupun atas jalan raya. Cerita misteri turut dikaitkan. Ada yang cakap blackout disebabkan UFO terhempas di utara semenanjungla, pastu KL Tower saja yang terang benderangla haperla. Sampai macam tu sekali. Hahaha...


Tapi yang pasti, teruk TNB kena hentam. Pelbagai industri mengalami kerugian melebihi RM123 juta hanya selama 12 jam tanpa bekalan elektrik manakala di pihak TNB pula kerugian sebanyak RM24 juta gara-gara kerosakan pada janakuasa di Paka, Terengganu. Perdana Menteri Malaysia masa tu, Tun Dr. Mahathir cakap ini bukan masalah kerugian lagi, malahan melibatkan isu keselamatan negara.


Stesen Janakuasa di Paka, Terengganu.

Ingat lagi saya masa tu masih bersekolah di Sekolah Teknik Kuantan. Hidup di asrama biasela... macam-macam projek berlaku bila dah blackout malam-malam ni. Masih ingat lagi semua aiskrim dalam koperasi semua kena 'qiqah' kat penghuni asrama. Dan apabila tak boleh tidur, mulalah berkumpul dalam kumpulan, lilin ditengah bercerita segala cerita. Hahaha... 

~ One of my 'Great Time' ~


Thursday, July 4, 2013

Eh, Sungai Kita Sungai Bunus lah!

Wangsa Maju ada sungai?? Mana? Longkang besar ader la. Hahaha...


Generasi sekarang memang tidak menyedari, longkang besar itulah sungai suatu ketika dahulu. Cuma ia telah di turun tarafkan (down graded) kepada longkang. Sebelum dikonkritkan laluan alur sungai ini, kanak-kanak terutamanya di Seksyen 1 bebas bermain air sungai di sini 26 tahun yang lalu.

Ketika itu airnya masih dalam (paras lutut) dan masih bersih. Memang kalau kanak-kanak yang duduk berhampiran (Blok D), memang selalu la kena hambat ngan mak bapak dorang sebab selalu main air kat sini. Carik berudu la, anak ikan la, kura-kura la... belut pun ada!

Tapi sekarang sudah jauh berbeza. Pembangunan tanpa menitik beratkan alam sekitar menyebabkan air semakin kecil dan sampah sarap semakin sewenang-wenangnya di humban ke sungai. Air sungai pun tidak lagi jernih. Kotor dan penuh berlumut namun masih ada saki baki hidupan di dalamnya. Bau pun mak aihhh...

Sungai Bunus hanyalah cabang-cabang sungai di Kuala Lumpur sebelum bergabung dengan sungai utama seperti Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Tapi jangan pandang rendah fungsi Sungai Bunus sebagai sistem perparitan bandar yer... Bila Sungai Bunus menunjukkan belangnya masa penghujung 2011, habis melimpah air sampai ke jalan raya utama (Jalan Tun Abdul Razak berhampiran Perpustakaan Negara).  

Apabila Sungai Bunus melimpah...

Sayang sekali kita... ada sungai tetapi tidak menghargainya. Bahkan digunakan sebagai tapak pembuangan sampah. Buang bayi dan mayat pun ada!

Perangkap sampah di Sungai Bunus. Macam-macam ada...!

Kalau Korea Selatan boleh pelihara sungai mereka dalam bandar Metropolitan Seoul, kenapa kita di Kuala Lumpur tidak boleh?

Warga Seoul boleh santai kat sungai!

  Suasana malam sungai dalam bandar Seoul...

Gambar-gambar terkini cabang Sungai Bunus di Seksyen 1 Wangsa Maju...


Ada inisiatif menjadikan kawasan ini sebagai kawasan rekreasi tetapi masih belum cukup...

Ada taman permainan kat atas tu...

Port carik anak ikan dan berudu dulu...

Boleh bantai memancing plak dorang... tapi memang ada ikan talapia sini!

Trek jogging untuk kemudahan penduduk...

Air sungai yang kini kotor, berlumut dan berbau...

P/S : Hargailah Sungai Kita!


Sunday, June 23, 2013

Catatan Alam 2013 : Jerebu Oh! Jerebu...


Apa itu Jerebu?

Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jerebu terhasil daripada aktiviti perindustrian, pelepasan jana kuasa, kenderaan dan pertanian. Asap  daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu.



Kesan-kesan jerebu terdiri daripada empat aspek utama iaitu kesan kepada kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan sosial.
KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN MANUSIA.
o    Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
o    Antara golongan yang berisiko tinggi menerima kesan buruk ketika jerebu ialah :
  • kanak-kanak
  • orang tua
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
  • mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
Simptom-simptom gejala jerebu


KESAN JEREBU TERHADAP EKONOMI.
  • Pelancongan
Apabila semakin banyak partikal dan asap yang berkumpul di atmosfera, warna atmosfera akan menjadi keperangan, menyebabkan  tahap penglihatan buruk yang secara tidak langsung akan menggangu jadual penerbangan kapal terbang dan kapal laut di Malaysia. dianggarkan  sektor perlancongan di Asia tenggara mengalami kemerosotan sebanyak  9.3 bilion dollar Amerika yang disebabkan oleh pembatalan dan kelewatan pengangkutan udara.
  • Perusahaan dan perniagaan
Jerebu yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan darurat di Port Klang dan Kuala Selangor. Malahan, hampir semua institusi pengajian, pejabat kerajaan dan swasta termasuk kawasan pembinaan dan kuari-kuari terpaksa ditutup. Selain itu juga, restoran serta perusahaan kecil dan sederhana juga terpaksa ditutup untuk sementara waktu.
  • Pertanian
Jerebu telah menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran tanaman bagi sumber makanan. jerebu telah menghalang cahaya matahari yang penting bagi tujuan fotosintesis bagi tumbuhan. Dan menyebabkan tumbuhan menjadi layu. Selain itu juga, asap dan habuk-habuk jerebu  juga mendap di atas daun-daun tumbuhan dan menutup pintu-pintu stomata yang penting bagi tujuan transpirasi tumbuhan.
KESAN JEREBU TERHADAP PERSEKITARAN
Dalam aspek alam sekitar, jerebu disebabkan oleh pencemaran yang berlaku dari cahaya matahari . Jerebu memberi impak kepada pemandangan pada persekitaran yang mempengaruhi aspek kejelasan, warna, rupa, tekstur dari kaca mata tumbuhan haiwan dan manusia terutamanya.
Malaysia dan Indonesia menghadapi jerebu disebabkan oleh pembakaran terbuka. Jerebu menyebabkan masalah persekitaran seperti pencemaran air. Jerebu terdiri daripada kandungan asap, zarah, debu dan agen biologi yang akan menyebabkan pencemaran pada komponen air seperti empangan apabila hujan turun. Toksik di dalam air ini juga memberi kesan kepada hidupan akuatik seperti ikan.
Sementara bagi negeri Iceland dan Mexico menghadapi jerebu disebabkan oleh letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi merembeskan abu dan gas ke atmosphera dan memjejaskan cuaca.  Sulfur dioksida yang berlebihan bercampur dengan wap air menghasilkan sulfurik asid akan memantulkan cahaya matahari dari bumi dan memberi kesan kepada pembesaran tumbuhan.
KESAN JEREBU TERHADAP SOSIAL
1.      Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah dan digalakkan untuk memakai topeng muka jika mereka keluar dari rumah untuk mengelak daripada penyakit.
2.     Hampir semua pejabat ditutup yang membawa kepada kejatuhan harga pasaran saham secara drastik.
3.     Proses pembelajaran terganggu apabila pusat pengajian terpaksa ditutup kerana asap jerebu  boleh membahayakan kesihatan para pelajar.
4.     Jerebu teruk yang berlaku di Malaysia telah menyebabkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia menjadi sedikit renggang yang berpunca daripada pembakaran terbuka di Indonesia.
5.     Komunikasi di antara manusia menjadi agak terbatas.
6.     Jarak penglihatan yang berkurangan menjadikan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat menjadi sukar.

KESIMPULAN
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Kurangkan aktiviti luar terutama aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan memakai penutup hidung ketika berada di luar bangunan dan membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Sumber rujukan : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Tuesday, May 21, 2013

Kemalangan Ngeri Di MRR2 Berhampiran Bukit Antarabangsa


Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bukit Antarabangsa. Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada petang 19 Mei 2013. Keadaan mayat sungguh tragis dan mengerikan akibat impak kemalangan tersebut.Oleh sebab itu saya tidak mampu meletakkan gambar live mangsa-mangsa tersebut di sini.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.
Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.






Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya. Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.


Identiti Mangsa Maut

Identiti mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani 26 dan Nurul Intan Syahida, 22 serta sepupu Nurul Intan iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28 dan Asma Ismail, 22.


AL - FATIHAH... Semoga roh-roh mereka ditempatkan ke dalam golongan orang yang beriman.


P/S : Jangan ingat minyak enjin dan minyak gear atau auto saja yang kena tukar. Minyak brek dan power steering pun kadang-kadang kita ambil mudah saja penukarannya. Semak jadual penukaran minyak. Paling lama bertahan pun, 6 bulan dah kena tukar. Itu belum lagi check benda-benda lain macam chasis condition, suspension, alternator, kondisi tayar dan sebagainya. Mari kita ambil iktibar. Memang semuanya adalah ketentuan Tuhan tetapi sebagai manusia kita berusaha mengurangkan risiko.

Wednesday, May 15, 2013

Kerja Naik Taraf Jalan Genting Kelang Sehingga 2015




Kerja menaik taraf Jalan Genting Klang akan bermula esok hingga Mac 2015 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, kerja naik taraf itu akan bermula dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II.

"Ia melibatkan pelebaran sebahagian Jalan Genting Klang sepanjang 1.5 km daripada empat lorong kepada enam lorong dan kerja-kerja tanah, menanam cerucuk serta membina tembok penahan di sebelah kawasan hijau dan cerun Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja itu juga melibatkan pembinaan dua jejantas pejalan kaki di persimpangan Taman Bunga Raya dan persimpangan jalan masuk ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju; menjajar dan membina semula longkang aliran air hujan sepanjang lima kilometer, serta membuat pengalihan utiliti seperti paip air, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi. - BERNAMA