Followers

Friday, October 21, 2016

Oshin Dan Yaohan

Apa Kaitan Antara Yaohan (The Mall) Dan Oshin?

Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen popular dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh saluran NHK di Jepun pada waktu pagi daripada 4hb April 1983 sehingga 31hb Mac 1984. Siri ini mengisahkan kehidupan Oshin daripada zaman Meiji sehingga zaman moden awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980-an dan pernah diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mengasaskan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya terkenal di Asia.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebut.

1 comment:

  1. Assalamu Alaikum

    Sy tukang urut. Sy bosan ddk rumah kerana PKP lockdown. Sy nak tawarkan perkhidmatan urut percuma di kediaman sy @ Wangsa Maju.

    Sy tawar pelbagai jenis urut seperti berikut:

    1. Urutan lenguh² dan lesu-lesu badan

    2. Stress/maigrain

    3. Urutan batin (memulihkan syahwat dan tenaga wanita)

    4. Urutan mengencangkan payudara dan punggung

    5. Urutan kesihatan dan kecantikan wanita

    Klo berminat urut PERCUMA, sila WhatsApp sy: 0182681606

    Sy sorang lelaki umo 47thn. Sy keturunan Arab. Sy dok sorang kat seksyen-2 Wangsa Maju. Contact me for FREE massage during MCO lockdown.

    Special timing for bulan Ramadan: 10pm until 4am
    WhatsApp: 0182681606

    ReplyDelete