Followers

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Keistimewaan Wangsa Maju

Semangat kejiranan, rukun tetangga dan konsep 'gotong-royong' yang diamalkan oleh penduduk Wangsa Maju semenjak 30 tahun dahulu menjadikan kita istimewa berbanding perumahan moden (terutama kondo).Bukan bermaksud kita menolak pembangunan tetapi konsep perumahan moden hari ini menjadi duri dalam daging perpaduan masyarakat kerana mengutamakan wang ringgit dalam semua perkara.Biarpun terdapat kelemahan dalam kejiranan kita hari ini, namun sentiasa ada peluang untuk penambahbaikan dan diperkasa sistemnya.

Wednesday, June 11, 2014

Port Rasmi Arsenal Fans Di Wangsa Maju

Kelab Arsenal Malaysian Gooners (AMG) Lembah Kelang secara rasminya memilih Stadium Cafe Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai port rasmi perlawanan-perlawanan World Cup 2014 dan pasukan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Pekerja Balik Tepat Pada Masanya

Dalam dunia korporat, bila anda BALIK LEWAT tidak seorang pun akan perasan TETAPI jika anda BALIK TEPAT PADA MASANYA... seluruh pejabat akan tahu dan kemungkinan besar anda akan terserempak dengan Bos di pintu keluar pejabat.
Kes balik tepat pada masanya selalu dilihat sebagai suatu SIKAP NEGATIF oleh pihak pengurusan dan pekerja terlibat seakan melakukan suatu dosa.
Tetapi dari sudut keberkesanan dan etika kerja, selagi semua urusan pejabat dapat diselesaikan dalam masa bekerja dan tidak ada yang diabaikan... balik pada masanya bukan suatu kesalahan malah harus digalakkan supaya pekerja dapat pulang berehat untuk menghadapi hari esok.Bahkan, mereka dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.
Dan selalu memaksa bekerja lebih masa bukan meningkatkan tetapi menurunkan efisiensi.Sepatutnya digalakkan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dalam masa bekerja kecuali untuk kes-kes terpencil.

Tuesday, June 10, 2014

Harga Rumah Seksyen 1 Wangsa Maju

118K sekarang... Aritu ada nak jual 160K.Camno tu? Kena bayar duit sendiri la sebab bank boleh bagi loan 100-110K je rasanya.Kalau cerita pasal rumah sewa pulak, atas rumah Admin ada orang nak sewakan 1K sebulan.Mak aiii.... mahal tahap gaban.Tapi jangan tak percaya, ada orang nak jugak tu!

Tahun 1986, 1 unit berharga dalam 25K.

Monday, June 9, 2014

Demam World Cup Di Wangsa Maju!

Tiga hari saja lagi, pertandingan bola sepak terhebat seluruh dunia World Cup 2014 akan bermula... Mari kita tengok sape yang selalu MC atau tersengguk-sengguk mengantuk kat tempat kerja.Apapun mari meriahkan Wangsa Maju dengan World Cup 2014! Gambar bawah ni game budak-budak blok B tengah terlibat projek 'Mencari Ramli' yang takde kesudahan.Hehehe...

Pulau Di Wangsa Maju

Kenapa tempat ni dipanggil sebagai 'Pulau' yea? Sebelah tengahari Makcik Mon meniaga nasik berlauk kat sini.Sebelah malam pulak budak-budak siam meniaga masakan panas.Agak famous juga nama 'Pulau' dalam kamus hidup OWM sini.Mungkin fizikal tempat ni macam pulau di lautan atau ada 7 batang pokok pinang kat situ, so macam Pulau Pinang?

Saturday, June 7, 2014

Hidangan Kenduri Kahwin Kontemporari

Kenduri kahwin Blok F.... Zaman sekarang banyak betul lauk-pauk.Dengan nasik biasa, nasik minyak, ulam-ulaman pun ada.Hidangan lauk kenduri kahwin yang kontemporari.Sedap betul lauk-pauk dia.Gulai keladi, rebung, sambal ikan bilis... mak aiii...Kena sediakan pinggan yang besar lain kali.Hehehe... camner nak mengadap kenduri Blok D pasni? Pening-pening...

Thursday, June 5, 2014

De Laila Tomyam & Seafood Seksyen 1 WM

Menikmati bihun sup tambah cili jeruk, air tangan orang Melayu Siam ori di De Laila Tomyam & Seafood.Bihun sup terbaik di area Seksyen 1 setakat ini.Brader Western kat sebelah pulak sampai hari ni tak bukak-bukak.Hapa dah jadi pun tak tau lah.Penat meniaga pasar malam kot.

Promosi MyRide Carwash Seksyen 1

Promosi polish menjelang raya :  sedan, compact car @ RM88 dan MPV,SUV atau 4X4 starting @ RM118 di MyRide Carwash Seksyen 1 Wangsa Maju.Maksimum masa diperlukan 2 jam untuk sebuah kereta.Siap ada warranty.Ada kemudahan bilik menunggu berhawa dingin dan tv.Kedai mamak sebelah boleh minum-minum kalau boring.Servis terbaik akan diusahakan.

Ucapan Besday Graffiti Di Seksyen 5 WM

Haritu ucapan besday untuk Ayda Jebat.Skarang ni untuk orang lain pulak.Memang tembok ni khas untuk kaki Graffiti lukis gambar ucapan besday la.Pelukis yang sama rasanya nih.Kemungkinan sama ada dia ni amek upah melukis, ramai kawan gurlz ataupun Mat Romeo???

Wednesday, June 4, 2014

Kelab Kereta-Kereta Terdampar WM

Ahli baru Kelab Kereta-Kereta Terdampar Wangsa Maju.Yang kancil putih ni Encik Boy dah booking.Nombor telepon dah tulis kat cermin depan.Toyota Alphard ni je masih takde orang booking.Hehehe...

Wordless Wednesday #2

Sunday, June 1, 2014

Tukar Ler TV Kecik Tu...

Mohon CD Corner tukar tv set kepada LCD atau plasma yang lebih besar untuk World Cup 2014.Gambar ni masa edisi World Cup yang lepas.World Cup 4 tahun sekali tau... maknanya dah bertahun-tahun pakai tv kecik ni.Takkan sayang duit kot? Customer lari gi kedai mamak jangan marah ha...

Kereta Kodok Hijau Di Wangsa Maju

Kereta kodok Volkswagen tauke stesen Mobil seksyen 1... vintage betul selera mat saleh ni.Tapi Admin rasela, kaler kereta dia ni sepatutnya kereta tauke stesen Petronas.Hehehe... Ditanya bila Mobil mau tukar kepada Petron? Dia cakap pun tak tau lagila.Still dalam proses sebab baru berapa tahun je baru cat stesen Mobil ni.Dia pesan kepada semua OWM, dapatkan segera Kad Petron Miles Privilege yang baru.Ada promosi 3000 points tukar kepada minyak RM45 dan peraduan menonton perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil 2014.