Terry Gallyot ialah salah seorang jaguh bina badan terbaik di Malaysia.Berasal dari Melaka dan berketurunan Eurasian, beliau telah bertanding semenjak tahun 1989 dan memenangi banyak anugerah.Antara pencapaian terbaik beliau ialah memenangi kejuaraan berganda Mr. Malaysia dan ketika IFBB Mr. Asia pada tahun 1999.
Beliau kini menumpukan perhatian menjadi trainer di gym beliau sendiri yang dinamakan 'Ultimate Gym' di KLSC Seksyen 5, Wangsa Maju.Dengan pengalaman yang luas, perwatakan yang baik dan mudah mesra pastinya menjadikan beliau seorang trainer yang disegani dan dikenali ramai.
Beliau turut aktif memperjuangkan nasib komuniti di Wangsa Maju terutamanya yang melibatkan isu pembangunan semula dan isu alam sekitar.Admin juga difahamkan, beliau pernah terlibat dalam industri perfileman tanah air.
Untuk info, beliau telah kehilangan peminat nombor satu iaitu ayahnya sendiri, Gene Gallyot pada awal tahun ini akibat serangan jantung.Takziah diucapkan, semoga beliau terus cemerlang dalam bidangnya dan menyumbang bakti kepada komuniti orang Wangsa Maju.
Thursday, September 3, 2015
Ikon Bodybuilder Wangsa Maju - Terry Galyott
Tuesday, May 12, 2015
Konduktor Bas Dalam Kenangan
Semenjak post konduktor bas dimansuhkan, perkhidmatan bas kini menempuh era sistem baru.Terasa masa menjadi lambat apabila penumpang terpaksa beratur di hadapan pemandu bas merangkap cashier.Yang tak bestnya kita terpaksa menyediakan wang kecil secukupnya.Hanya jika anda mempunyai Touch N Go, anda dapat menjimatkan masa.
Dahulu fungsi konduktor bas bukan setakat menjadi cashier dan ticketing malah boleh menjadi pembantu serba boleh kepada pemandu bas.Pekerjaan konduktor bas barangkali di anggap enteng oleh sesetengah orang tetapi bebanan kerja pemandu dapat dikurangkan dan pemandu dapat menumpukan perhatian dalam soal keselamatan jalanraya.Malahan dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Antara VIP yang pernah menjadi konduktor bas ialah tokoh perfileman Dato' Yusof Haslam.Anak kelahiran Jalan Pahang, Setapak ini pernah menjadi konduktor bas Sri Jaya yang menyediakan perkhidmatan dari Setapak ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Memiliki Restoran Haslam di Jalan Pahang bersebelahan Hospital Tawakal, Dato' Yusof Haslam kini menetap di kawasan perumahan Taman Melawati di pinggir Kuala Lumpur.Admin rasa ramai tau rumah dia yang mana satu kan?
~ You Are Lejen