Followers

Saturday, June 15, 2013

Ikon Wangsa Maju : Alpha Angle Jaya Jusco (Kini AEON)


Alpha Angle Jaya Jusco dan Wangsa Maju berpisah tiada...

Inilah ikon Wangsa Maju semenjak tahun 1992.
Kalau orang luar bertanya, "Awak duduk (tinggal) di mana?"
"Saya duduk di Wangsa Maju..."
"Wangsa Maju? Kat Jaya Jusco tu?"
Pasti Jaya Jusco seboleh-boleh nak dikaitkan dengan Wangsa Maju. Sekarang dah boleh tambah dua lagi ikon, Carrefour (AEON Big) dan Wangsa Walk pulak. Hahaha...

Dulu ketika awal pembukaan Wangsa Maju nih, langsung tidak ada satu shopping complex pun yang nak dibanggakan melainkan kawasan perumahan semata-mata. Waktu itu mak ayah kita akan shopping sampai ke KL macam Sogo, Jalan Masjid India, Yaohan, Sungei Wang dan sebagainya. 

Tapak asal Alpha Angle ni sebenarnya bekas lombong yang mempunyai takungan air dan bertanah lembah. Saya masih ingat lagi ketika saya masih bersekolah rendah dulu, kawasan ini ialah kawasan untuk budak-budak bermain basikal bmx ala-ala X-Games dan tempat menyauk ikan talapia. Seronok betul zaman kanak-kanak masa tu...

Di awal tahun 1991, tiba-tiba satu projek pembinaan shopping complex pun bermula di tapak bekas lombong itu. Pembinaan siang malam keletang-keletung tanpa henti yang mengambil masa hampir 2 tahun itu akhirnya siap pada penghujung tahun 1992. Masa tu kecoh di bincangkan dalam kelas pasal buruh-buruh tak puasa yang selamba je minum waktu bulan puasa waktu siang. Masa tu mana la kitaorang tau sangat bab hukum-hakam ni. Tapi yang jelas dan masih diingati, memang kami asyik kutuk je buruh-buruh tu tak puasa. Hahaha...



Kalau anda masih ingat lagi, pembukaan Alpha Angle Jaya Jusco ini agak grand jugak. Alpha Angle dirasmikan oleh Datuk Bandar KL ketika itu iaitu Tan Sri Elyas Omar. Siap ada konsert Ella lagi masa hari pembukaan. Masa tu manusia kat situ mak aih... padat giler! Nak jalan pun memang berselisih bahu. Keadaan ini kalau tak salah saya berlanjutan sampai 2 minggu. Hebat tak hebatla Alpha Angle ni dulu...




Antara keunikan yang ada atau pernah ada di Alpha Angle Jaya Jusco :

1. Alpha Angle mempunyai deejay yang best dan jam loceng Snow White and 7 Dwarfs (tergantung betul-betul di tengah ruang kosong Alpha Angle groundfloor) yang cukup popular dulu. Setiap sejam pertunjukan Snow White ini akan berlangsung dan tiba-tiba pelanggan akan terpana sebentar melihat keunikan jam ini. Ada sumber mengatakan jam ini berharga 3 juta USD yang di sewa daripada US sebelum diambil semula oleh owner. Saya rasa adalah dalam 5 tahun jugakla deejay dan jam loceng ni bertahan. 

2. Panggung wayang gambar... saya dah tak ingat TGV ke GSC ke atau apa. Tapi yang pasti memang kalau orang datang Alpha Angle ni selain bershopping, mesti datang nak tengok wayang. Inilah satu-satunya pawagam di kawasan Setapak, Ulu Klang dan Gombak. Tapi pawagam ni dah lama tutup. Mungkin rugi sebab ramai masuk free je kot sebab kawan-kawan gak yang kerja kat situ. Hahaha...

3. Pusat permainan video dan kanak-kanak... Agak besar tempat ini sebelum menjadi kecil pada hari ini. Memang ramai orang datang main kat sini termasuk budak-budak sekolah (yang berpakaian uniform sekolah tidak dibenarkan masuk). Game-game masa tu memang setanding dengan game yang ada kat Pertama dan Sungei Wang Plaza.

4. MPH Bookstore... sampai hari ini masih ada dan bertahan. Memang jadi tumpuan kepada pelajar-pelajar seperti saya yang tau baca tapi tak tau beli sebab duit tak ada. Hahaha...

5. Penerapan budaya kerja Jepun kepada pekerja-pekerja Jaya Jusco... Ini dapat diperhatikan ketika awal pembukaan perniagaan dan ketika penutupan premis. Mereka akan berbaris di setiap pintu masuk untuk tunduk dan mengucapkan selamat datang atau terima kasih. Saya masih ingat lagi ketika di awal pembukaan Jaya Jusco, semua pekerja akan berhimpun di atas tempat parkir kereta untuk bersenam pada pukul 9.30 pagi setiap hari.

Ada banyak lagi keunikan tempat ni macam Hari 'J Card'... Memang penuhla parking kereta sampai penuh kat tepi jalanraya utama. Memang sesak sekejapla seksyen 1 kalau ada hari 'J Card' ni. Orang yang member 'J Card' je ada dapat diskaun. Yang takder J Card tak dapat diskaun. Nasib baik buat setahun sekali. Kalau buat sebulan sekali mau jem teruk jalan kat seksyen 1 ni.

Tak lupa juga Jaya Jusco sebagai mata pencarian atau part time masa zaman saya habis SPM dulu. Memang seronok kerja ngan kawan-kawan dalam satu shopping complex. Kat Jusco ada kawan, kat Foodcourt ada, Ayam Dinding's pun ada, pawagam ada, tu yang tak jadi kerja tu. Asyik nak memain jer. Banyak kali kena tangkap mengular ngan supervisor sampai ada yang kena blacklist! hahaha...



P/S : Penulis pernah tengok customer selamba je pakai kain pelikat ngan singlet masuk Alpha Angle. Jatuh prestige Alpha Angle sekejap haritu. Inilah akibatnya shopping complex dekat ngan kawasan perumahan orang. Hahaha...


10 comments:

  1. Wow... Betul2 sejarah ni... Byk kenangan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1988 n 1989....memori yg takkan dilupakan seumur hidup sy kerana sy antara pelopor awal bersama rakan2 ketika itu meneroka tapak Alpha Angle dengan BMX......Kipidap

      Delete
    2. 1988 n 1989....memori yg takkan dilupakan seumur hidup sy kerana sy antara pelopor awal bersama rakan2 ketika itu meneroka tapak Alpha Angle dengan BMX......Kipidap

      Delete
  2. Wahh, taktau pulak macam ni rupanya sejarah Alpha Angle. Saya lahir tahun 93 hihi.
    Tengah buat research pasal Jusco/Aeon terjumpa blog ni. Thanks! :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu!jusco dan wangsa maju x dpt dipisahkan.wpun skrg dah ada jusco au2..alpha angle tetap dihati

    ReplyDelete
  4. pawagam tu mana lak GSC atau TGV.. cathay cineplex daaa... sempat tgk cite Cable Guy ngan The Thin Red Line situ

    ReplyDelete
  5. Jgn lupa patung T-Rex beso kat amusement park tu.. perghhh

    ReplyDelete
  6. bestnya ingatkan aku pasal jam tgh2 tu..hahaha... tq tq tq,,, <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ye ye jam tu akan terbuka bila tepat waktunya dalam tu ade snow white n orang kerdil Ha ha

      Delete
  7. Jam dkt JJ ni legend... Kalo bunyi ja jam tu cepat laribpg tengoknye hehe..

    ReplyDelete