Apakah pengangkutan utama korang kalau nak pergi KL masa era 90-an dulu? Takkan naik kete sendiri kot? Naik teksi? mahal tu! Mana ada duit sangat, keje pun tak lagi. PUTRA ngan STAR takde lagi masa tu.
Bagi orang WM, bas mini #49 ngan bas Len Seng #195 memang cukup signifikan dengan kehidupan kita masa tu. Terutamanya bas mini bernombor #49! Sebabnya bas pink ni memang hardcore atau berani mati nak sapu customer punya pasal. Pernah sekali aku pernah tengok bas mini ni selamba je redah devider jalan (masa tu pagar devider kat jalan utama PUTRA WM belum ada lagi) semata-mata nak amek penumpang yang ramai kat bus stop sebelah jalan. Sepatutnya bas ni kena tunggu penumpang dulu kat seksyen 2 (masa tu bus stop kat selekoh seksyen 2 berdekatan restoran mamak Bunga Emas adalah starter point bagi bas mini dan bas Len Seng). Sebab tu aku cakap bas mini (driver) dia ni memang hardcore. Kalau JPJ ronda nampak tu memang masyak tuh. Itu belum cerita drive giler-giler laju. Hahaha...
Oklah, bagi sesiapa yang dah lupa (takde lupa lah korang), Bas Mini #49, Bas Len Seng #195 termasuk W12 ni route dia Wangsa Maju (termasuk seksyen 10, Taman Bunga Raya dan Sri Rampai) dan ending Lebuh Ampang kecuali bas mini ending kat Lot 10. Masa sekolah dulu atau lepas SPM, aku memang suka naik bas mini #49 pergi Lot 10 sebab dekat ngan Sungai Wang Plaza. Kalau tak pun gi Pertama Kompleks atau Sogo. Pergi sana buka buat hapa pun. Cuci-cuci mata, main-main game 20 sen, makan-makan ngan member pastu balik. Tapi memang syokla life masa tu nak-nak plak kalau kluar ngan member ramai-ramai. Naik-naik je bas terus serbu seat belakang, pastu buat huru hara kacau awek ke hapa ke... conteng-conteng pakai marker pen kat belakang seat, lipat-lipat tiket pastu selit kat celah-celah tingkap, bila tiket inspektor naik baru kelam kabut carik. Betul-betul separa jahiliyah tulla kita orang masa tu. Hehehe...
Tapi bukan setakat merewang je sebabnya kita orang naik bas ni. Kadang-kadang kalau nak gi tuisyen ke (ramai yang tuisyen dekat area Pasar Seni dulu sebab famous pusat tuisyen tu tapi nama aku dah lupa) atau gi tengok wayang kat Pasar Seni (masa dulu ada pawagam Cathay kat sana). Kalau nak gi Muzium atau Taman Burung pun kena naik bas gi Lebuh Ampang dulu, pastu kena jalan kaki sikit lalu Dayabumi ngan Masjid Negara. Tapi masa tu kaki kuat lagi bolehla. Sekarang ni je jadi malas semenjak ada kereta.
Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan ialah masa naik bas mini dari bus stop Jalan Silang kat depan Menara Maybank pergi ke Plaza Phoenix kat Cheras (sekarang dah tutup kompleks tu). Punyala ramai orang konduktor tu sumbat, nasib baik aku dapat tempat duduk. Tapi kepala aku pening sampai nak pitam sebab macam-macam bau dalam bas tu termasuklah bau rokok Gudang Garam. Pastu rilek je driver tu pasang lagu dangdut kuat-kuat sampai speaker pecah. Mak aiihhh... sabarjela!
Tiket bas Len Seng (sediakan duit syiling secukupnya!)
Bas mini semasa di pamerkan kat Muzium Negara (Mercedez tu... patut la laju)
Bus stop Lot 10, hentian terakhir bas mini #49
Sungei Wang Plaza (port main game 20 sen terbaik!)
Bus stop @ Lebuh Ampang, hentian terakhir bas Len Seng #195
Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan bas mini dihentikan mulai 1 Julai 1998 dan digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.
P/S : Masa aku form 4 ngan form 5 kat sekolah asrama Kuantan dulu, bila balik KL masa cuti je aku suka turun bas kat Puduraya pastu jalan kaki ke Lebuh Ampang dan sambung naik bas balik ke Wangsa Maju. Bukan tak boleh bas daripada Kuantan tu berenti kat Greenwood (Gombak) pastu mintak tolong ayah aku amek, tapi bila naik bas kat KL ni aku suka tengok kehidupan manusia daripada tingkap bas sambil dengar lagu-lagu feveret pakai walkman sebab aku tau ia akan jadi kenangan manis aku suatu hari nanti dan sebagai sebahagian suka duka aku sebagai anak yang membesar di kota Kuala Lumpur yang serba mencabar ni...Terima kasih kepada Bas Mini #49 dan bas Len Seng #195 kerana jadi sebahagian daripada hidup aku!!!
kenangan..
ReplyDeleteTringt2
ReplyDeleteTringt2
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya Shaza, saya nak minta izin gunakan gambar bas. Boleh ke tuan? Terima kasih