Lagi-lagi nostalgia. Sekarang aku nak cerita tentang idola masa zaman budak-budak. Namanya Macgyver. Dia seorang tokoh fiksyen di siri TV berjudul sama, Macgyver, yang dilakonkan oleh Richard Dean Anderson (Gila, aku masih ingat nama aktor ini). Masih teringat dulu, time-time macam ni lah, jam 8.30 malam (dulu berita setengah jam aje), aku pasti sudah stay tune kat channel TV3. Aku tak mau ketinggalan satu episod pun dari cerita dia ni Mungkin bagi budak-budak lejen sezaman aku pun rase camtu, betul tak?!?!?!
Macgyver adalah seorang yang tidak hanya pandai, tetapi juga cerdik dan kreatif. Dalam memerangi segala macam kejahatan, Macgyver tidak pernah menggunakan senjata api. Bahkan ketika sebuah pistol tanpa sengaja tergenggam di tangannya, dia memilih untuk membuangnya. Ini semua kerana masa kecilnya yang sadis. Senjata api pernah membunuh kawan rapatnya semasa kecil.
Untuk melawan musuh-musuhnya, dia memanfaatkan kemampuannya dalam bidang fizik dan kimia. Bahan-bahannya pun ada yang seadanya. Didapatkan langsung dari tempat kejadian dimana dia berada ketika itu, boleh jadi di hutan, boleh jadi di gudang (biasanya si Macgyver selalu ditawan di gudang), di dalam bangunan, di bawah runtuhan salji atau di mana saja. Hanya dengan bahan-bahan di sekelilingnya, Macgyver mampu mencipta ‘senjata’ yang digunakan untuk melawan musuhnya atau melepaskan dirinya. Aksi penuh idea kreatif inilah yang membuatkan aku dan banyak kawan-kawan sebaya aku mengidolakan si Macgyver ini.
Macgyver dibantu oleh seorang rakan kerja yang paling setia bernama Pete Thornton, seorang lelaki gemuk dan berkepala botak. Dia adalah Pengarah Operasi di Phoenix Foundation, tempat Macgyver bekerja.
Selain rakan Macgyver juga mempunyai musuh ketatnya seperti dalam filem-filem fiksyen superhero yang lain. Musuh ketat Macgyver adalah seorang lelaki cerdik bernama Murdoc. Si Murdoc ini musuh yang diceritakan tidak pernah gagal. Macgyver tidak pernah dapat menangkapnya. Selalu saja, ketika si Murdoc ini hampir terbunuh ataupun Macgyver hampir menangkapnya, tiba-tiba dia boleh meloloskan diri. Si Murdoc ini juga pakar dalam hal menyamar serta mencipta bom.
Tu dia untuk kali ini... sambung balik tengok citer merapu zaman sekarang kat tv.Hehehe...
No comments:
Post a Comment