Followers

Wednesday, May 13, 2015

Kamen Rider Black Dan Space Cop Gaban

Padang Lejen Sunyi Antara 4.30 Petang Hingga 5.30 Petang!

Ingatkah lagi anda cerita fiksyen Jepun suatu ketika dahulu yang mampu membuatkan kanak-kanak lejen tidak hadir latihan rumah sukan dan sekolah agama waktu petang? Hahaha... sudah tentu cerita paling lejen, 'Kamen Rider Black' dan 'Space Cop Gaban'!

Pada pukul 4.30 petang setiap Isnin hingga Khamis, RTM1 akan menyiarkan Kamen Rider Black yang juga dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai 'Suria Perkasa Hitam'.Ini kisah superhero cyborg seperti belalang yang menentang musuhnya yang bertiga iaitu 'Gorgom'.Musuhnya yang terhebat ialah abangnya sendiri iaitu 'Shadow Moon'.Antara hikmat-hikmatnya yang digeruni lawan ialah 'Tumbukan Padu Maut' atau 'Rider Punch' dan 'Tendangan Padu Maut' atau 'Rider Kick'.Dia juga memiliki jentera yang cukup hebat iaitu 'Belalang Tempur' dan 'Wira Perkasa'.Cerita fiksyen kanak-kanak ini sebenarnya cukup berat dan bagus kerana kanak-kanak Jepun telah didedahkan awal kepada sains dan teknologi dalam setiap episod dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.Ini yang Admin kagum dan respek!

Selesai 'Kamen Rider Black', fiksyen kanak-kanak lejen ini disusuli 'Space Cop Gaban' ataupun 'Polis Angkasa Gaban'.Kisah ini berkenaan seorang anggota polis daripada angkasa lepas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu organisasi alien yang ingin menakluk bumi dan alam semesta.Presentation cerita fiksyen ini nampak lebih futuristik dan menarik perhatian kanak-kanak ketika itu, contohnya superhero ini boleh bertukar dalam masa 0.05 saat.Mak aii... berapa punya cepat da...! Antara ayat-ayat yang popular dalam cerita ini ialah 'Baju tahan api akan di hantar sebentar lagi!', 'Seret Gaban ke ruang Angkasa Setan!' (Part ni best.Bila ketua jahat tu sebut ayat ni, rasaksa burung akan ketawa sambil menolak gear 'mesin masa'.Maka bumi secara automatik akan berputar melawan arah paksinya sendiri dan Gaban akan terperangkap dalam dimensi lain yang menjadikan lawannya lebih kuat 2 kali ganda) dan 'Gaban Z potong dua!' (Kadang-kadang potong 3, kadang-kadang potong 5 pun ada).Kehkehkeh!

Fiskyen-fiksyen Jepun ini sememangnya lejen.Masakan sampai sekarang budak-budak boleh cakap "Giler tahap Gaban!" padahal cerita Gaban dia tak pernah tengok pun atau pun kalau gurau-gurau, akan cakap "...kau nak kena tumbukan padu maut aku ke?".Hahaha...! 

So kalau ikut tajuk, korang takkan jumpa budak-budak lelaki lejen kat luar rumah antara 4.30 petang hingga 5.30 petang!


~ We Are Lejen

No comments:

Post a Comment